MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday 30 October 2012

GADIS 'GHAIB' SMS DARI DALAM KUBUR

GADIS 'GHAIB' SMS DARI DALAM KUBUR (KISAH BENAR) | JERTIH: ”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis, 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.

Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.SUMBER

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR 2 SKPTLDM

Berikut adalah jadual peperiksaan PKSR 2 Tahun 3, tahun 4 dan tahun 5 Skptldm. PKSR telah bermula pada 29 oktober 2012. Jadual peperiksaan PKSR 2 juga boleh dirujuk di dalam kelas masing-masing-masing.

Monday 29 October 2012

MEMBINA DISIPLIN DIRI

Kita memerlukan ‘disiplin diri” untuk membina “disiplin diri”. Bagaimana untuk membina disiplin diri? Kita perlu memahami tunggak yang ada dalam disiplin diri untuk membina disiplin diri dalam diri kita. 1) Tunggak 1 : Acceptance (penerimaan diri) Langkah pertama membina disiplin diri, anda perlu tahu dimana anda sekarang. kekuatan dan kelemahan diri anda. Setelah mengetahui, anda perlu menerima keadaan diri anda sekarang sebelum anda memulakan langkah seterusnya.

2) Tunggak 2 : Will power (kekuatan diri) Anda perlu ada kekuatan diri untuk bermula. Terutama kekuatan untuk menghilangkan ketakutan yang ada dalam diri dan percaya yang anda boleh berjaya.

3) Tunggak 3 : Hard work (kerja yang kuat) Anda perlu berusaha dan terus berusaha

4) Tunggak 4 : Industrious (beupaya melakukannya berulang kali) Apa jua aktiviti yang telah anda rancangkan, anda perlu melalukannya berulang kali.

5) Tunggak 5 : Persistence (bersedia melakukannya walau dalam apa keadaan)

Sehubungan dengan itu, apa jua yang anda lakukankan, disiplin diri amat penting untuk memastikan yang anda sentiasa consistent , barulah kejayaan itu mudah anda hampiri. Semestinya juga, anda perlu sentiasa berdoa.

Tuesday 16 October 2012

CERAMAH AWAL REMAJA OLEH LPPKN DAERAH MANJUNG

16/10/2012(Selasa): Persediaan awal menuju ke alam remaja perlu di beri perhatian yang sewajarnya sebagai langkah mempersiapkan diri dengan ilmu pengentahuan yang secukupnya tentang peringkat perkembangan dan cabaran-cabaranyan. Sehubungan dengan itu program ceramah awal remaja dilaksanakan untuk pelajar tahun 6 dengan menjemput penceramah daripada Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) daerah Manjung iaitu Puan Razania Binti Salleh. Ia diadakan di dewan SKPTLDM pada jam 11.00 pagi.

Sepanjang ceramah diadakan, pelajar memberi tumpuan dan kerjasama yang memuaskan bagi memastikan mereka mendapat input yang berguna sebagai maklumat awal tentang perkembangan awal remaja yang mereka akan tempuhi.

Turut terlibat dengan program ceramah ialah guru-guru matapelajaran yang lain yang bersama-sama mengawal disiplin pelajar. Diharap dengan ceramah yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling ia berguna kepada semua pelajar tahun 6 sebagai persediaan awal menuju kea lam remaja.

Monday 15 October 2012

CERAMAH PDRM

15/10/2012 (ISNIN): Jenayah ada dimana-mana dan hanya menunggu peluang dan ruang sahaja untuk bertindak oleh pelaku. Bersesuaian dengan itu, unit bimbingan dan kaunseling mengadakan ceramah bersama wakil PDRM pada hari ini bermula jam 9.00pagi bertempat di dewan SKPTLDM. Ceramah ini melibatkan semua pelajar tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6.

Aktiviti ceramah telah dipengerusikan oleh cikgu Ahmad Zuliadi dan penceramah jemputan ialah Sarjan Mejar (SM) Zakaria Bin Mohd Noor serta dibantu oleh Sarjan Mohd Nazir daripada Balai Polis Lumut, Perak.Turut terlibat ialah guru-guru matapelajaran yang bersama-sama membantu mengawal disiplin pelajar.

Tajuk ceramah yang disampaikan ialah "Jenayah Dikalangan Remaja". Ia merupakan pendedahan awal kepada pelajar dalam menghadapi dan mengelakkan berlakunya jenayah yang melibatak pelajar dan mengenalpasti cara-cara penjenayah bertindak serta tindakan mereka apabila melihat jenayah berlaku di depan mata.

Aktiviti ceramah tamat jam 10.15 pagi dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan oleh PK1 Puan Khatijah Bt Ali.
*SARJAN MEJAR (SM) ZAKARIA BIN MOHD NOOR MENYAMPAIKAN CERAMAH YANG BERTAJUK "JENAYAH DIKALANGAN REMAJA" DAN TURUT DIBANTU OLEH SARJAN MOHD NAZIR
*PUAN KHATIJAH BT ALI (PK1 SKPTLDM) MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH

Friday 12 October 2012

Pertandingan Tarian Tradisional Tahun 6 SKPTLDM

12/10/2012(Jumaat): Program yang kedua anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling selepas pertandingan bola sepak 5 sebelah ialah pertandingan tarian tradisonal yang melibatkan pelajar tahun 6 sempena program selepas UPSR. Pertandingan tersebut disertai oleh 10 kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Semua ahli kumpulan telah memberi kerjasama dengan baik bagi memastikan kumpulan mereka dapat mempersembahkan tarian yang boleh memikat hati juri pertandingan yang diketuai oleh cikgu Noni Haniza dan dibantu oleh Ustazah Norhuda dan cikgu Azira. 3 aspek yang dinilai iaitu persembahan, kreativiti dan aksesori/pakaian peserta.

Manakala 2 buah lagu yang disediakan untuk setiap kumpulan membuat pilihan iaitu lagu Joget Pahang dan Tarian Pucuk Pisang. Sebelum pertandingan diadakan, semua kumpulan diberikan peluang untuk membuat persembahan di atas pentas seterusnya diberi komen dan cadangan oleh cikgu Noni Hanizar dan Pn.Khatijah untuk setiap kumpulan memperbaiki kelemahan mereka sebelum memulakan pertandingan yang sebenar.

Pertandingan akhir tarian tradisional telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi ia dimulai dengan persembahan daripada kumpulan Chery dan diakhiri dengan kumpulan Preeve. Setiap kumpulan telah membuat persembahan dengan lancar dan memuaskan.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar tahun 6 yang terlibat dan kami memohon kemaafan jika ada sebarang kelemahan sepanjang pertandingan diadakan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Wednesday 10 October 2012

Program Jati Diri Pelajar Lelaki Dan Hati Ke Hati Pelajar Perempuan Tahun 6

10/10/2012 (Rabu): Program Jati Diri Pelajar Lelaki Dan Hati Ke Hati Pelajar Perempuan Tahun 6 telah diadakan di Puteri Bayu Beach Resort Pulau Pangkor. Program peringkat negeri ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 8 oktober jam 2.00 petang dan berakhir pada 10 oktober 2012 jam 1.30 tengah hari. Seramai 131 orang peserta dari sekolah rendah seluruh Negeri Perak. Bagi Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM ia disertai oleh 2 orang peserta yang terpilih iaitu Nik Illiya Maisara Bt Rokman Dan Ain Nabillah Bt Mohd Zaid daripada tahun 6P

Program ini melibatkan semua sekolah di bawah 10 Pejabat Pelajaran Daerah di Negeri Perak. Bagi PPD Manjung seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada 8 lelaki dan 10 perempuan serta 2 orang guru pengiring merangkap sebagai fasilitator iaitu cik Farah dari SK Seri Manjung dan En.Ahmad Zuliadi dari SK Pangkalan TLDM.

Tujuan program ini dianjurkan antaranya untuk membentuk sahsiah pelajar, memupukkeyakinan diri, membina ketahanan fizikal, emosi, mental serta interaksi antara pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman dan berkemahiran dari Pusat Kokurikulum Negeri Perak dan turut dibantu oleh guru-guru pengiring yang dilantik sebagai fasilitator.

Sepanjang program dijalankan, ia juga turut di sertai oleh Kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu En.Rashid sebagai penyelia, En.Aziz (Unit Kaunseling) dan En.Kamaruddin Bin Ghazali dari Unit Hal Ehwal Murid.

Keseronokan nampak terselah dikalangan peserta dengan melakukan aktiviti penuh bersemangat dan berkerjasama dikalangan ahli dalam setiap kumpulan. Banyak pengalaman baru yang diperolehi sepanjang mengikuti program ini. Aktivti peserta dimulai dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh cikgu Hasnan Bin Hamid dari SK Bahagia daerah Hilir Perak yang merupakan motivator berpengalaman. Selain itu aktiviti-aktiviti seperti berkayak, tracking, snockling dan lain-lain lagi turut dijalankan.

Manakla dari aspek keselamatan,kesihatan, makan minum dan penginapan sangat dititik beratkan oleh pihak penganjur dimana rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan penyediaan dan layanan yang diberikan oleh pihak Puteri Bayu Beach Resort.

Diharap dengan Program ini dapat meningkatkan jati diri peserta dan memberi keyakinan sebagai seorang pelajar terutamanya tahun 6 yang akan ke sekolah menengah sebagai satu persediaan awal untuk menempuh alam remaja.

Majlis perasmian penutup diadakan pada jam 11.30 pagi oleh en.Kamaruddin Bin Ghazali Penolong Pengarah Unit Disiplin Jabatan Pelajaran negeri Perak. Dan Seterusnya penyampai cenderamata kepada barisan fasilitator, sijil dan hadiah kepada peserta program. Selepas itu semua peserta makan tengahari sebelum bertolak ke jeti Pulau Pangkor pada jam 1.45 petang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak iaitu PPD Manjung, JPN Perak, Pihak Sekolah dan ibu bapa peserta terutamanya yang memberi peluang dan ruang kepada anak-anak mereka menyertai program yang sangat berguna ini.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI PESERTA:-

SESI ICE BREAKING SEBAGAI SESI PENGENALAM AWAL DIANTARA PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA 10 BUAH DAERAH SELURUH NEGERI PERAK
PROSES MEMBINA HUBUNGAN DIANTARA PESERTA BERMULA DISINI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI LDK
KESERONOKAN PESERTA BERMAIN AIR LAUT DAN MEREKA DIBANTU OLEH JURULATIH BERPENGALAMAN DARIPADA PUSAT KOKURIKULUM NEGERI PERAK
AKTIVITI BERKAYAK YANG TURUT MEMBERI KEYAKINAN DAN MEMBINA JATI DIRI PESERTA APABILA BERHDAPAN DENGAN PELBAGAI SITUASI
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPERTI INI, MEMBERI KEYAKINAN KEPADA PESERTA DALAM BERHADAPAN DENGAN ORANG RAMAI.
LANGKAH-LANGKAH AWAL PERLU DIDEDAHKAN DAN DIAJAR KEPADA PESERTA BAGU MEMASTIKAN MEREKA MENGETAHUI BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SITUASI KECEMASAN
PESERTA DIBAWA UNTUK MENGHARUNNGI PELBAGAI CABARAN DENGAN MEMASUKI HUTAN DAN MENDAKI BUKIT SERTA MENGENTAHUI JENIS-JENIS TUMBUHAN DISEKITARNYA.
PERASMIAN PENUTUP OLEH EN.KAMARUDDIN BIN GHAZALI DARI UNIT DISIPLIN JPN PERAK
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA FASILITATOR YANG TERLIBAT
PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL KEPADA PESERTA PROGRAM r/>
BARISAN FASILITATOR BERSAMA KAKITANNGAN JPN PERAK
BARISAN PESERTA DAN FASILITATOR SEKOLAH DI BAWAH PPD MANJUNG

Wednesday 3 October 2012

Keputusan Perlawanan Bola Sepak 5 Sebelah Tahun 6 SKPTLDM

3/10/2012 (Rabu): Perlawanan bola sepak 5 sebelah yang bermula pada 1 hingg 3 oktober bagi pelajar tahun 6 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Kerjasama daripada cikgu Hashim dan Ustaz Syaibani selaku pengadil turut menjayakan perlawanan sehingga ke perlawanan terakhir. Perlawanan yang diadakan adalah secara liga dan pasukan yang mempunyai jumlah mata tertinggi dinobatkan sebagai juara. Setiap pasukan akan dikumpul mata setiap aktiviti yang dianjurkan oleh UB&K dan akan diumumkan setelah semua aktiviti dijalankan.Antara aktiviti-aktiviti lain termasuklah tarian tradisional, mencantin banner dan sebagainya.TAHNIAH diucapkan kepada pasukan yang telah muncul juara, dan terima kasih kepada semua pelajar yang menyertai perlawanan bola sepak 5 sebelah.Pada Hari yang sama turut diadakan juga perlawanan bola jaring yang melibatkan semua pelajar perempuan SKPTLDM yang dikendalikan oleh cikgu Asfarita dan cikgu Maznah


KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH TAHUN 6 SKPTLDM
A1: PROTON TUAH
A2: PROTON INSPIRA
A3: SAVVY
A4: PREEVE
A5: WAJA

Monday 1 October 2012

AKTIVITI UBK Untuk Tahun 6:Perlawanan Bola Sepak 5 Sebelah

-PELAJAR MELAKUKAN SENAMAN SEBELUM PERLAWANAN DIADAKAN-

1/10/2012 (Isnin):- Aktiviti Selepas UPSR tahun 6 pada minggu ini diteruskan lagi dengan aktiviti perlawanan bola sepak 5 sebelah. Perlawanan tersebut diadakan dipadang SKPTLDM yang melibatkan 5 pasukan iaitu PROTON TUAH, PROTON INSPIRA, SAVVY, PREEVE DAN WAJA. Masing-masing pasukan menunjukkan kesungguhan sepanjang perlawanan dijalankan.

Perlawanan hari pertama diadakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Dalam perlawanan pertama keputusannya seperti berikut:-
1. PROTON TUAH (0) VS PROTON ISPIRA (0)
2. SAVVY (0) VS PREEVE (0)
3. SAVVY (2) PROTON TUAH (1)

-PENGLIBATAN SEMUA PELAJAR TAHUN 6 DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH AMAT BAIK DAN MEREKA BERMAIN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGI MEMASTIKAN PASUKAN MEREKA MENANG-