MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 27 September 2012

Bangau Oh Bangau



Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul?
Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.

Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.

Ini adalah sebuah cerita yang telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak-kanak. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik dan mudah menjadi hafalan kanak-kanak. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait-bait lagu ini mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.

Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.

Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.

Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yang proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. Misalnya apabila seseorang anak itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas ia menyalahkan ibu-bapanya.

Jika ditanyakan kepada sianak, “Henapa awak jadi begini?” Dia pun menjawab, ”Ini bukan salah saya. Ayah dan ibu saya yang salah!” Manakala apabila ditanya kepada ibu-bapanya pula, lantas mereka pula menjawab, “ Ini bukan salah kami tetapi ini salah guru.”
Begitulah seterusnya.

Masing-masing melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yang tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila-bilapun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif. Dan inilah yang sedang membudaya dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain.

Lawan kepada sikap reaktif ialah proaktif. Proaktif maksudnya apabila ia berhadapan dengan sesuatu masalah, berdepan dengan suatu peluang, dia akan menumpukan kepada apa yang dia boleh buat. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang mampu dikawalnya. Walaupun pengaruh itu kecil, lama kelamaan ia akan bertambah. Jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu akan mampu mengubah orang lain. Sikap lebih berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita.

Orang yang proaktif ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan self- esteem (harga diri) yang tinggi. Ia bukan sahaja mampu mengawal diri bahkan akan mampu mengawal orang lain. Manakala orang yang reaktif pula ialah orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana dia pergi, dia akan dicorakkan kerana tiada kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan setiap masalah.

Dalam kes masalah sosial remaja setiap pihak hendaklah bersikap proaktif. Budaya ‘bangau oh bangau’ hendaklah dihentikan. Sebagai manusia yang telah akil baligh, yakni berfikiran waras, remaja tidak seharusnya terus menyalahkan ibu-bapa atas kesilapan dan kesalahannya. Firman Allah swt:
“Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa-apa yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikt apa-apa yang kami perolehi dari bapa-bapa kami. Meskipun bapa-bapa mereka itu tiada memikirkan suatu apapun dan tiada pula mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah: 170)

Sekalipun, ibu-bapa tidak memainkan peranan yang betul, maka dengan fikiran dan ilmu yang didapati dari sekolah dan masyarakat para remaja sudah sewajarnya mampu menilai dirinya sendiri. Mereka adalah ‘pemandu’ pada kereta kehidupan mereka. Jika berlanggar jangan salahkan ibu-bapa, tapi salahkan diri sendiri. Dan tindakan selanjutnya ialah belajar lebih gigih agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Manakala bagi pihak ibu-bapa pula, janganlah terus menyalahkan guru atau masyarakat. Sebagai individu yang terapat dengan para remaja, tentulah pengaruh mereka lebih besar daripada mana-mana pihak dalam membentuk keperibadian anak-anak. Anak kita adalah hak kita dan Allah telah menetapkan bahawa kita adalah pencorak utama kepada akhlak mereka. Lupakah ibu-bapa kepada firman Allah ini: “Anak-anak dilahirkan suci bersih, kedua ibu-bapanyalah yang akan menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi.”

Jadi ibu-bapa yang baik tidak akan menyalahkan guru, masyarakat dan kerajaan atas kerosakan anak mereka. Sebaliknya, mereka akan memperbaiki diri dan mula mendidik anak mereka dengan terlebih dahulu mendidik diri sendiri!

Begitulah juga masyarakat, pihak sekolah, para pemimpin – masing-masing hendaklah melihat dan bercermin pada hati nurani masing-masing. Apa akan jadi jika pemimpin menyalahkan rakyat dan rakyat pula menyalahkan pemimpin? Ingat-ingatlah, kita bukan bangau, kerbau atau ikan yang tidak punya akal fikiran. Allah sendiri mengiktiraf hak dan pilihan

individu, maka atas dasar itu masing-masing akan ditanya mengikut peranan, kemampuan dan tanggung-jawab masing-masing. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, hatta menyalahkan syaitan sekalipun! Jika kita terpedaya akan tipu-dayanya itu bukan salahnya, tetapi itu adalah salah kita… Kenapa kita boleh ditipu? Rasulullah saw bersabda: “Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin), dan setiap pengembala akan ditanya akan gembalaannya.”

Friday 21 September 2012

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Geming

21/09/2012 (Jumaat): Majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan dan kibar jalur gemilang telah selesai diadakan dengan lancar di tapak perhimpunan sekolah. Majlis telah dikendalikan oleh Cikgu Salwa selaku guru bertugas minggu ini.

Majlis dimulai dengan ucapan alua-aluan oleh cikgu Salwa selaku pengacara majlis dan disusuli oleh nasyid Asma Al-Husna oleh semua pelajar dan guru-guru. Selepas itu pengacara majlis memberi sedikit informasi dan peringatan tentang masalah disiplin yang perlu dielakkan oleh pelajar.

Seterusnya majlis penutup secara rasminya dilancarkan oleh guru besar En.Ramlan Bin Hussin dengan sedikit ucapan yang berkaitan dengan erti kemerdekaan dan tema sambutan tahun ini iaitu "Janji Ditepati"

Aktiviti penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena sambutan bulan kemerdekaan disempurnakan oleh Penolong Kanan H.E.M Hajah Maziah Bt Abdul Rahman Dan Penolong Kanan Pentadbitan Puan Khatijah Bt Ali.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan pelajar yang dimulai dengan Lagu "Joget Malaysia" daripada pelajar Tahun 3K, Nyanyian duet lagu "Sketsa Alam" oleh cikgu Juridah dan Rusyaidi (4 Potensi) dan nyanyian solo oleh juara pertandingan nyanyian solo lagu bertema patriotik zon Lumut aitu Muhd Arfan Bin Azman dengan lagunya "Bakti Jasamu Pertiwi".

Sebagai penutup semua pelajar dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" beramai-ramai dengan penuh semangat. Dan majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Pengawas iaitu Shafiq Sham.


GAMBAR: PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP
-PERSEMBAHAN PELAJAR TAHUN 3 KUALITI

-NYANYIAN YANG MANTAP DARIPADA CIKGU JURIDAH YANG BERDUET DENGAN RUSYAIDI TAHUN 4POTENSI

-MUHAD ARFAN MENYAMPAIKAN LAGU "BAKTI JASAMU PERTIWI.

Wednesday 19 September 2012

JADUAL, SENARAI PASUKAN DAN PERATURAN PERLAWANAN FUTSAL TAHUN 6 SKPTLDM

PERLAWANAN FUTSAL TAHUN 6 SKPTLDM 2012
TARIKH: 1 HINGGA 5 OKTOBER 2012 (ISNIN – JUMAAT)
MASA: 7.30 – 10.30 PAGI

PASUKAN FUTSAL

A1: PROTON TUAH
A2: PROTON INSPIRA
A3: SAVVY
A4: PREEVE
A5: WAJA

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN:

1. Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola semasa perlawanan
2. Semua dikehendaki bersedia awal 15 minit sebelum perlawanan dan TIDAK DIBENARKAN meninggalkan padang ketika permainan berlangsung samada melibatkan perlawanan kumpulan lain atau sendiri .
3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat dan peraturan mengakibatkan pemotongan mata dan lain-lain tindakan oleh pihak penganjur.
4. Sentiasa menjaga keselamatan dan sikap serta TIDAK DIBENARKAN mengeluarkan perkataan atau melakukan sebarang tindakan yang boleh menjatuhkan imej/ maruah seseorang/sekolah
5. Sentiasa mengikuti arahan guru dari masa ke semasa.
6. Keputusan penganjur / pengadil perlawanan adalah MUKTAMAD dan tidak dibenarkan membuat sebarang rayuan.

JADUAL PERLAWANAN:-

Pertandingan Tarian Tradisional Tahun 6 SKPTLDM

Pertandingan Tarian Tradisional Tahun 6 SKPTLDM 2012
Tarikh : 10 hingga 12 Oktober 2012
Masa : 7.30 Hingga 1.50
Tempat : Dewan SKPTLDM
Penyertaan : Pelajar Tahun 6 SKPTLDM Mengikut Kumpulan Yang telah ditetapkan

Pengenalan
Pertandingan Tarian Tradisional adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang dilaksanakan untuk pelajar tahun 6 menerusi Program Selepas UPSR. Pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai jenis tarian tradisional agar ianya tidak pupus ditelan zaman

Matlamat
Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

Objektif
1. Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2. Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.
3.Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
4. Sebagai altenatif mengisi Program Selepas UPSR.

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL SKPTLDM 2012
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tahun 6 SKPTLDM mengikut kumpulan yang telah ditetapkan yang dianggotai minimum 7 orang dan maksimum 10 orang.
2. Kategori tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli)
3. Persembahan tarian tersebut wajib disertai oleh semua kumpulan.
4. Persembahan hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit.
5. Lagu atau muzik iringan semasa persembahan disediakan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dalam bentuk minus one.
6. Pakaian atau aksesori peserta disediakan sendiri dan hendaklah bersesuaian dan sopan.
7. Pemarkahan akan dikira dari segi gaya persembahan(40%), kreativiti(30%), pakaian dan alatan yang digunakan(30%). Markah penuh 100% dan keputusan juri adalah muktamad.

SENARAI LAGU TARIAN YANG DIPERTANDINGKAN

1 Aladom (Joget)
2 Canggung
3 Damak (Asli)
4 Hari Ribut (Zapin)
5 Inang Kampung (Inang)
6 Inang Rancak Bertemu
7 Joget Pahang
8 Joget Pucuk Pisang
9 Makan Sireh (Ghazal)
10 Musalmah Manis
11 Naam Sidi (Zapin)
12 Nasib Panjang (Ghazal)
13 Patah Hati (Asli)
14 Sekapur Sireh Seulas Pinang

PESERTA BOLEH MENDOWNLOAD LAGU DIATAS DI SINI:
http://ubkskptldm.blogspot.com/2012/09/koleksi-lagu-tradisional-instrumental.html

Tuesday 18 September 2012

SKPTLDM Johan Nyanyian Solo Lagu Patriotik

18/09/2012 (Selasa):Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM telah muncul sebagai johan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Bertema Patriotik Sekolah-Sekolah Daerah Manjung Peringkat Zon Lumut.

Dalam pertandingan tersebut SKPTLDM diiwakili oleh Muhd Arfan Bin Azman Tahun 5 Potensi telah menyampaikan lagu bertajuk "Bakti Jasamu Pertiwi" dengan penuh yakin, sementara itu sebagai pilihan Rusyaidi Tahun 4 Potensi sebagai penyanyi simpanan. Semua peserta menyampaikan lagu di hadapan pelajar lain di depan semasa perhimpunan pagi sempena sambutan penutup sambutan kemerdekaan ke-55 sekolah Kebangsaan Methodist.

Sekolah lain yang turut menyertai ialah Sekolah Kebangsaan Methodist Lumut (tempat kedua), Sek.Keb Dato' Ishak (ke-3) dan Sek Keb Pangkalan TLDM 2 (ke-4). Hadiah telah disampaikan oleh guru besar Sk Methodist.

Selaku juara, SKPTLDM sebagai wakil zon Lumut untuk pertandingan peringkat daerah yang akan diadakan pada 20 september 2012 di Sekolah Kebangsaan Methodist Sitiawan.
JOHAN: MUHD ARFAN BIN AZMAN (SKPTLDM) NAIB JOHAN: SK METHODIST LUMUT
KETIGA:SK DATO' ISHAK
KEEMPAT: SK PANGKALAN TLDM 2

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG TERLIBAT..
**Video Pertandingan "coming soon"....

Thursday 13 September 2012

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-55


13/09/2012 (Khamis): Makluman Awal Majlis penutupan sambutan kemerdekaan ke-55 Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 21/09/2012 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi
Tempat :Tapak Perhimpunan Sekolah

Pengisian:
1. Ucapan guru bertugas
2. Bacaan Al-Husna
3. Ucapan Penutupan Guru Besar
4. Penyampaian Hadiah
5. Persembahan Murid
6. Doa

Pengacara: Guru Bertugas

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan...

Tuesday 11 September 2012

Hari Pertama Pelajar SKPTLDM Menduduki UPSR


11/09/2012 (Selasa): Gambar: Persediaan Sebelum Masuk Ke Dewan PELAJAR BERATUR SEBELUM MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

USTAZAH NORHUDA MEMBERI TAKLIMAT DAN PESANAN TERAKHIR KEPADA PELAJAR SEBELUM MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

PELAJAR MENANTI DENGAN PENUH DEBARAN UNTUK MENJAWAB SOALAN UPSR HARI YANG PERTAMA

GURU BESAR SKPTLDM TURUT MEMBERI SEMANGAT DAN SOKONGAN KEPADA PELAJAR SEBELUM MASUK KE DEWAN

CALON UPSR SYAFIQ SHAM MEMBACA DOA SUPAYA ALLAH MEMPERMUDAHKAN UNTUK MENJAWAB KERTAS SOALAN YANG AKAN DITEMPUHI NANTI

ANTARA GURU-GURU YANG MENGIRINGI PELAJAR MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN SEBAGAI TANDA RESTU MEREKA AGAR CALON UPSR TAHUN 2012 MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

Monday 10 September 2012

Bina Insan Murid....

GAMBAR: AKTIVITI MASUK HUTAN; SEMASA TERLIBAT DENGAN KEM 1MALAYSIA DI SEKOLAH KEBANGSAAN JELI 1, KELANTAN.

Ketika tercari-cari idea untuk aktiviti pelajar, "terklik" gambar dalam folder maka terlihat kembali gambar-gambar kenangan melakukan aktiviti bersama-sama dengan pelajar suatu ketika dulu. Mungkin untuk tahun depan aktiviti tersebut boleh dipraktikan di SKPTLDM.


1. GAMBAR: PROGRAM KEM BINA INSAN MURID TAHUN 5
Aktiviti ini diadakan pada tahun 2010 semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kem Kabota, Tawau Sabah. Majoriti pelajarnya terdiri daripada anak-anak tentera darat. Ia melibatkan semua pelajar yang baru melangkah ke tahun 5. Aktiviti ini diwajibkan kepada semua pelajar tahun 5 dan penglibatan semua guru mengikut jadual dan mereka dilantik sebagai komanden (guru bertukar jadi harimau..hehehe).

Aktiviti ini dijalankan mengikut ala-ala " PLKN" (Program Latihan Khidmat Negara). Pelajar dikehendaki melakukan beberapa aktiviti lasak, ikhtiar hidup dan sebagainya bagi menguji jati diri dan sahsiah mereka untuk berdikari.Aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam turut mendapat kerjasama ibu bapa, dimana ada beberapa orang ibu bapa turut memberi semangat ketika aktiviti diarahkan oleh guru.

GAMBAR BAWAH:ANTARA AKTIVITI DAN HALANGAN YANG TERPAKSA DITEMPUHI OLEH PELAJAR YANG MENGUJI JATI DIRI MEREKA. GAMBAR: SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN TURUT MEMENTINGKAN KERJASAMA DAN KEAKRABAN BERSAMA AHLI KUMPULAN.

GAMBAR: MELOLOSKAN DIRI MELALUI LUBANG

GAMBAR: BERENANG DIDALAM PAYA.

GAMBAR: WALAUPUN PENAT, TETAP MAMPU TERSENYUM.



GAMBAR: "MENCARI LINTAH KE....:-)

GAMBAR: GURU TURUT MEMAINKAN PERANAN AKTIF DENGAN MENJANA IDEA BERSAMA PELAJAR DALAM SETIAP AKTIVITI YANG DIADAKAN.

ESOK AKAN TIBA:Amanat Terakhir Sebelum Menduduki UPSR

10/09/2012 (Isnin): Pelajar tahun 6 SKPTLDM diberi amanat dan pesanan terakhir sebelum menduduki UPSR pada keesokan hari (11/09/2012). Amanat dan pesanan tersebut disampaikan oleh guru-guru tahun 6 yang diketuai cikgu Noni Hanizar. Sebelum itu selepas perhimpunan mingguan semua pelajar tahun 6 mengadakan majlis bersalaman dan mohon restu daripada semua guru skptldm. Bagi Unit Bimbingan Dan Kaunseling, kami mengucapkan selamat menjawab peperiksaan, semoga dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan dan mendapat kecemerlangan dalam keputusan nanti.



"CIKGU NONI HANIZAR SEDANG MENJELASKAN PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON"




"SEMOGA CALON MENGIKUTI SEMUA ARAHAN DAN PESANAN YANG DIBERITAHU OLEH GURU-GURU UNTUK MENGELAKAN SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL SEMASA MENJAWAB PEPERIKSAAN"

Saturday 8 September 2012

PROGRAM SELEPAS UPSR ANJURAN UB&K

8/09/2012 (SABTU):- Hasil daripada mesyuarat yang diadakan pada hari ini, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah ditugaskan untuk menjalankan beberapa aktiviti untuk pelajar tahun 6 yang akan tamat menduduki UPSR. Selain daripada UB&K, panitia lain juga akan menganjurkan program-program yang sesuai dan akan dimaklumkan kepada pelajar nanti. Program-program yang akan dianjurkan oleh UB&K ialah seperti berikut:-
1. Pertandingan FUTSAL: 1 hingga 5 Oktober
2. Pertandingan Tarian Tradisional: 10 hingga 12 Oktober
3. Ceramah Keremajaan: 15 Oktober
4. Ceramah Keselamatan: 10 Oktober 2012
5. Lawatan : 1 November 2012
6. Pertandingan Memasak: 6 November 2012

Diharapkan dengan program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar tahun 6 sebagai persediaan mereka melangkah ke sekolah menengah. Dan penglibatan semua pelajar sangat digalakkan kerana ia menjadi pengalaman manis mereka semasa berada disekolah rendah yang tidak dapat dikembalikan lagi.

Semua pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti nanti mengikut kumpulan yang akan dibahagikan oleh pihak pengurusan program SKPTLDM.

AKTIVITI TAHUN 4HARMONI

8/08/2012 (Sabtu): Aktiviti untuk tahun 4 Harmoni diadakan di dalam bilik UB&K dimana mereka dipertontonkan tayangan drama yang bertajuk "Apa Tengok-Tengok". Drama ini mengisahkan beberapa orang pelajar nakal yang sering menggangu pelajar lain di sekolah serta sering di denda oleh guru akibat kesalahan disiplin mereka. Namun mereka mempunyai kebolehan dan bakat yang perlu digilap untuk mewakili sekolah dalam beberapa aktiviti. Diakhir drama, mereka bersama-sama dengan pelajar lain telah mengharumkan nama sekolah dan menjadi pelajar yang baik.

Tayangan drama tersebut dapat memberi pengajaran kepada semua pelajar tahun 4 Harmoni melalui nilai-nilai murni dan perkara-perkara negatif yang mesti dielakkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang anak dan pelajar.

Monday 3 September 2012

PERTANDINGAN KOIR TAHUN 5 SKPTLDM

3/09/2012:Pertandingan koir lagu-lagu patriotik berjaya dilaksanakan dengan lancar dengar penglibatn semua peserta tahun 5. Dalam pertandingan tersebut peserta di adili oleh 4 orang juri yang terdiri daripada guru muzik iaitu Pn.Azira, Pn.Juridah, Pn.Patricia dan Mr Adam.

-------------------TAHUN 5 KUALITI-------------------

Pertandingan ini dimulakan selepas semua pelajar menyanyikan lagu negaraku, nyanyaian lagu jalur gemilang, ucapan guru bertugas, ikrar dan ucapan PK 1 Pn.Khatijah. Semasa pertandingan dijalankan, Pn.Azizah telah dipilih selaku pengacara berdasarkan minggu beliau bertugas.

------------------TAHUN 5 POTENSI------------------

Kelas yang pertama membuat persembahan ialah tahun 5 Kualiti dengan lagu Jalur Gemilang, diikuti kelas 5 Potensi dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita dan yang terakhir oleh pelajar kelas 5 Harmoni dengan lagunya Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.

---------------------TAHUN 5 HARMONI--------------------

Persembahan mereka telah mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pelajar dan guru yang bersama-sama memberi tepukan. Setiap kelas tahun 5 yang masuk pertandingan telah diajar dan dibantu oleh guru muzik kelas masing-masing sebagai "mentor"tentang persiapan yang mereka perlu lakukan.

Keputusan pertandingan koir akan diumumkan pada majlis penutupan sambutan Kemerdekaan yang akan dimaklumkan nanti. Dan sekalung tahniah kepada semua pelajar tahun 5, guru-guru, warga skptldm yang lain kerana turut menjayakan pertandingan koir Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 SKPTLDM tahun 2012.

Sunday 2 September 2012

PERANCANGAN AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPTLDM BULAN SEPTEMBER

Antara aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan september adalah seperti berikut:-
1.Aktiviti Dan Bengkel Bimbingan Kecemerlangan Akademik PRS
-Bimbingan kecemerlangan akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli Pembimbing Rakan Sebaya

2. Persediaan Mengahadapi UPSR, Ujian Bulanan & UPSR
-Membimbing murid-murid menguasai dan mengamalkan kemahiran menghadapi peperiksasn

3.Penerapan Input Psikososial dan Kesejahteraan Mental, Kemahiran Kerohanian, Kemahiran Penyelesaian Masalah.
-Menerapkan kemahiran kerohanian dan penyelesaian masalah kepada semua murid sebagai panduan dalam kehidupan seharian

4. Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
5. Pertandingan Sajak/Pantun Tahun 6
6. Program Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

7. Lain-lain aktiviti berdasarkan arahan semasa pihak sekolah.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang di atas juga tertakluk pada perubahan dan aktiviti SKPTLDM

PERTANDINGAN KOIR SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pertandingan Koir Lagu Patriotik akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh:3 September 2012
Masa:7.30 pagi
Penyertaan: Semua Kelas Tahun 5 SKPTLDM
Lagu Pilihan:
1. Tahun 5K : Jalur Geilang
2. Tahun 5P : Budi Bahasa Budaya Kita
3. Tahun 5H : Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Pada pertandingan tersebut pengacaranya ialah cikgu Azizah selaku guru bertugas pada minggu ini dan diadili oleh guru muzikyang berpengalaman iaitu cikgu Juridah, cikgu Adam, cikgu Patricia dan cikgu Azira

Berdasarkan undian yang telah dijalankan pada hari khamis oleh wakil setiap kelas, kumpulan yang pertama ialah tahun 5K, Kedua 5P dan terakhir 5H.

Setiap kelas akan menyanyikan lahu dengan iringan muzik minus one yang akan disediakan oleh UB&K.

Dalam pertandingan tersebut aspek penilaian yang akan diambil kira ialah seperti Harmoni 40%, Dinamik 20% Intonasi 10%, Imbangan 10%, Tempo/Stabiliti 10% Sebutan 5% dan Ketrampilan 5%. Dan segala keputusan juri adalah muktamad.

Atucara pertandingan adalah seperti berikut:-
1.Semua guru dan pelajar berkumpul ditapak perhimpunan.
2.Ucapan pengacara Majlis
3.Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu SKPTLDM, Jalur Gemilang
4.Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
5.Ucapan Guru Besar
6.Pertandingan Koir
7.Doa
TAMAT

SEGALA KERJASAMA SEMUA PIHAK KAMI DAHULUKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.