MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 29 April 2013

AKTIVITI KERJAYA

26/4/2013: AKTIVITI bimbingan kerjaya: Pelajar tahun 5H menjalankankan aktiviti mendapatkan maklumat dan gambar yang berkaitan dengan jenis kerjaya di dalam surat khabar





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI KERJAYA

29/4/2013: Penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan  semasa perhimpunan pagi yang disampaikan oleh Puan Maziah. Pada minggu lepas diadakan beberapa pertandingan melukis poster, mewarna dan menulis karangan sempena minggu  kerjaya yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Tahniah kepada semua pemenang tempat pertama hingga ketiga serta ucapan ribuan  terima kasih kepada semua  guru atas kerjasama yang diberikan sepanjang pertandingan diadakan.

CIKGU NORBI MEMPENGERUSIKAN MAJLIS

HADIAH KEPADA PEMENANG  DISAMPAIKAN OLEH CIKGU MAZIAH 




Thursday 18 April 2013

Ketika Ambil Wuduk


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

... 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".



Sunday 14 April 2013

Lawatan Ke Bilik UBK SK TUDM Subang Selangor

14/4/2013: Lawatan ke unit bimbingan dan kaunseling SK TUDM diadakan sempena kunjungan beberapa orang pelajar dan guru ke sekolah tersebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan Kriket dan bola jaring. Di kesempatan ini peluang diambil dengan sebaik  mungkin untuk melihat sendiri pengurusan dan pentadbiran UBK SK TUDM.  Sepanjang lawatan saya telah di bawa oleh GBK iaitu puan hajah Nabihah untuk melihat beberapa sudut bimbingan dan kaunseling seperti sudut PPDa, kios PRS, sudut kerjaya dan lain-lain lagi. Selain itu juga saya turut melawat suasana dan pengurusan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok. Layanan yang baik oleh PK HEM dan Pn.Nabihah yang sentiasa senyum dan peramah diharap dapat diteruskan sampai bila-bila  walau hanya sekejap sahaja pertemuannya. Dengan adanya lawatan seperti ini dapat juga saya bertukar  dan berkongsi idea untuk bersama-sama membantu pelajar di sekolah dengan beberapa penambahbaikkan aktiviti/program yang sedia ada di sekolah. Setinggi ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamnya PK HEM dan GBK Hajah Nabihah atas sumbangan, layanan dan maklumat yang diberikan.
 "SEMOGA BERJUMPA LAGI"

Bergambar bersama Pn.Nabihah dan PK Hem (tengah)

Ruang tamu UBK SK TUDM

Tempat penyimpanan fail 

Bilik Sesi Kaunseling Individu (kanan) Dan Kelompok (kiri)

Sudut PPDa yang masih dalam pengemaskinian

Tapak permainan PPDa yang berada di depan bilik UBK

Sudut Dadah dan Rokok bersebelahan bilik UBK

Papan kenyataan dan hebahan dari UBK di sepanjang luar bangunan

Friday 12 April 2013

Thursday 11 April 2013

KEM MOTIVASI TAHUN 6

11/4/2013: Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia dan hidayatnya kem motivasi tahun 6 dapat dijalankan dengan lancar pada hari ini di Pusat Kepimpinan TLDM, Lumut. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM dengan kerjasama Pusat Latihan TLDM bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator TLDM yang diketuai oleh En.Izani Pegawai Waran 1.

Program dimulai dengan para peserta membuat pendaftaran melalui "kakak navy" yang telah ditugaskan bahagian pendaftaran. Seterusnya peserta menjalankan aktiviti ice breaking, LDK dan diakhiri dengan majlis penutup yang  dirasmikan oleh Pegawai Laksana Pusat Kepimpinan TLDM, En.  Zaharuddin dan turut dihadiri oleh ibu bapa peserta pada jam 5.30 petang.

Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:


·         Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

·         Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual supaya murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.

·         Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

      Diharap aktiviti yang dijalankan pada hari ini,  peserta dapat manfaatkan sepenuhnya dalam pembelajaran harian mereka di sekolah sebagai dorongan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti.




pendaftaran peserta



Aktiviti Dalam Kumpulan





Ketua Fasilitator En Izani

Kehadiran ibubapa dalam slot keibubapaan da majlis penutup sangat baik




Monday 8 April 2013

MAKLUMAN AWAL: SURAT MAKLUMAN KEPADA PENJAGA PESERTA KEM MOTIVASI TAHUN 6



TEL : 0
 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM,
32100 LUMUT,
PERAK DARUL RIDZUAN.
 
_________________________________________________________________________
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN                      Ruj. Kami  : SKPTLDM/L 01/35(13) PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”                                             Tarikh : 9  APRIL  2013
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Kepada, 
Ibu Bapa / Penjaga
Pelajar  Tahun 6 SKPTLDM                                                               9 APRIL 2013



Tuan/puan,

PERUBAHAN  TARIKH  KEM  MOTIVASI  PELAJAR  TAHUN  6  SKPTLDM  2013

 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan Dan Kaunseling   akan mengadakan Kem Motivasi   yang mewajibkan semua murid tahun 6  menyertainya.

2.             Berdasarkan surat yang telah diedarkan sebelum ini yang bertarikh 4 April 2013 terdapat sedikit perubahan yang dilakukan iaitu perubahan tarikh pada 10 April 2013 (Rabu) ditunda kepada 11 April 2013 (Khamis) dan slot keibubapaan yang akan diadakan jam 3.30 petang di ubah kepada 2.00 petang. Lain-lain maklumat tiada perubahan.

3.             Sehubungan dengan itu kami sangat berharap ibubapa/penjaga peserta dapat menghadiri dan  meluangkan masa bersama-sama dengan anak  jagaan masing-masing  semasa slot keibubapaan pada jam 2.00 petang. Disini dimaklumkan juga pada masa yang sama Tengku Mahkota Kelantan akan bersama-sama menyaksikan perjalanan kem motivasi tersebut  sempena lawatan baginda ke Pusat Kepimpinan TLDM

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak terutamanya ibu bapa/penjaga amatlah dihargai dan disanjung tinggi serta didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.



Sekian, terima kasih.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 



Yang benar,
               

(EN.RAMLAN BIN HUSSIN)
GURU BESAR.



*SURAT AKAN DIEDARKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PADA 9/4/2013

MOTIVASI TAHUN 6 SKPTLDM


Pelajar yang cemerlang bukan sahaja hebat dalam akademik tetapi juga hebat akhlak dan kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadiaan cemerlang belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar dianggap sebagai cemerlang.  Kualiti  tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Dengan itu, Kem motivasi yang akan diadakan bertujuan untuk mendedahkan bakal calon UPSR  2013 agar lebih bersemangat dan bermotivasi serta membina jati diri yang kuat untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.

Objektif program motivasi yang akan diadakan ialah:-
1. Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

2. Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual supaya murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.

3. Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Seramai 98 orang calon UPSR SPTLDM yang terlibat dimana program  akan diadakan pada 10 April  2013(Rabu) bermula jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 5.30 pm bertempat di Pusat Kepimpinan TLDM

Kem Motivasi  yang akan  dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) Lumut.

Satu slot khas akan diadakan yang melibatkan ibubapa dan pelajar bersama-sama melibatkan diri yang akan diadakan pada jam 2.00 petang. Dan harapan agar ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka sebagai dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan.


            Diharapkan dengan program kem motivasi yang dijalankan calon UPSR SKPTLDM 2013 memperolehi manfaat dan  lebih bermotivasi serta cenderung untuk lebih bersedia  menghadapi UPSR yang sebenar nanti.

"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." -
(Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning ).

Tuesday 2 April 2013

TERKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

2/4/2013(SELASA): Aktiviti  pada bulan April dimulakan dengan program teknik menjawab soalan UPSR tahun 6. Dimana ia diadakan selama 2 hari yang bermula pada hari ini dan berakhir pada hari rabu. Matapelajaran yang terlibat pada hari ini ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa  Melayu Penulisan. Aktiviti diadakan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.35 petang di dewan SKPTLDM.

Cikgu Salmiah (Matematik)

Cikgu Norbi (Bimbingan Dan Kaunseling)

Semua pelajar tahun 6 iaitu calon UPSR 2013 SKPTLDM  terlibat dengan program teknik menjawab soalan UPSR

Cikgu Haris (Bahasa Melayu Penulisan)

Cikgu Azah (Bahasa Inggeris)

Pelajar menyiapkan aktiviti menjawab soalan yang disediakan oleh guru yang terlibat dengan program teknik menjawab soaloan UPSR


Monday 1 April 2013

KUMAN YANG TERDAPAT PADA TANGAN KOTOR






PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6: KENAL DIRI BINA IDENTITI


Pelajar yang cemerlang bukan sahaja hebat dalam akademik tetapi juga hebat akhlak dan kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadiaan cemerlang belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar dianggap sebagai cemerlang.  Kualiti  tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Dengan itu, Kem motivasi yang akan diadakan bertujuan untuk mendedahkan bakal calon UPSR  2013 agar lebih bersemangat dan bermotivasi serta membina jati diri yang kuat untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.

OBJEKTIF
·         Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

·         Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual supaya murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.

·         Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tahun 6 SKPTLDM seramai 98 orang.

PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: 10 April  2013
Hari : Rabu
Masa: 8.00 am – 5.00 pm
Tempat: Pusat Kepimpinan TLDM


Kem Motivasi  yang akan  dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif.

            Diharapkan dengan program kem motivasi yang dijalankan calon UPSR SKPTLDM 2013 memperolehi manfaat dan  lebih bermotivasi serta cenderung untuk lebih bersedia  menghadapi UPSR yang sebenar nanti.

"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." -
(Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning ).


Disediakan oleh,
 AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA