MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 26 August 2020

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah sebagai rujukan pengurusan sekolah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Korona virus 2019 (COVID-19) dan memastikan  kesihatan  murid  sentiasa diutamakan. (KPM.600-17/1/22 JLD. 2 ( 93 )

Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan  dan  Kaunseling  serta  Program  Minda  Sihat  dalam  Kebiasaan  Baharu  ini adalah maklumat tambahan garis panduan berkenaan. Panduan ini dikeluarkan bertujuan memastikan

  •  menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang teratur;
  • mengamalkan            langkah-langkah             keselamatan       dan     kebersihan      dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
  • memastikan perkhidmatan                    kaunseling dilaksanakan dalam                  keadaan selamat;
  • meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental; dan
  • memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.


PANDUAN PELAKSANAAN

SESI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KONSULTASI DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU

 

OBJEKTIF

Objektif panduan  pelaksanaan ini adalah untuk:

memastikan perkhidmatan yang dijalankan selamat, teratur dan efektif; dan

mengamalkan  langkah-langkah  keselamatan  dan  kebersihan  dalam melaksanakan sesi bimbingan, kaunseling dan konsultasi.

Guru Bimbingan dan Kaunseling

memberi taklimat tatacara perkhidmatan kepada guru dan murid;

mempamerkan tatacara perkhidmatan di luar bilik kaunseling;

memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi;

mengendalikan kes krisis secara profesional; dan

melaksana perkhidmatan berdasarkan perubahan peraturan semasa.

Guru

merujuk murid yang mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK;

melaksanakan program minda sihat dalam kelas;

meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan

mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika perlu.

 


Persediaan Kemudahan di Bilik Kaunseling


 
GBK perlu memastikan perkara-perkara berikut disediakan sebelum beroperasi:

membersihkan bilik kaunseling;
memastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam keadaan baik; memastikan  bilik  sesi  kaunseling  individu  dan  kelompok  tidak  dijadikan ruang kerja;
menampal poster bagi  mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan dan keselamatan diri;
menampal mak umat tatacara pelaksanaan perkhidmatan; menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat;
menyediakan pensanitasi tangan di luar bilik kaunseling dan kaunter daftar masuk;
menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan;
menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh; memastikan  susunan  kedudukan  kerusi  ruang  menunggu  dan  bilik  sesi mematuhi  penjarakan   sosial  satu   (1)   meter   dengan   menggunakan  pita pelekat;
menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala;  dan
sekiranya   perlu,   GBK   boleh   menggunakan   kelas   yang   kosong   untuk menjalankan sesi bimbingan dan  kaunseling kelompok.


 
Sebelum Sesi

GBK bertanggurigjawab;

merancang temujanji sesi sekurang-kurangnya sehari lebih awal;
meminta murid untuk hadir lima (5) minit sebelum sesi dijalankan;
mengutamakan sesi kepada murid yang mengalami kes krisis;
melaksc:4nakan  sesi  kaunseling  kelompok   dengan   mematuhi   penjarakan sosial (bergantung kepada keluasan bilik)
memastikan murid tidak berkumpul di bilik kaunseling;
memastikan murid mengisi borang/instrumen di luar waktu sesi;
tidak membenarkan murid yang bergejala berada dalam billik kaunseling; dan
memastikan murid mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan sebelum masuk ke bilik kaunseling.

Semasa Sesi

GBK bertanggungjawab

memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial;
memakai pelitup muka Uika perlu);
mengelakkan bersentuhan dan bersalaman;
melaksanakan sesi dengan profesional dan beretika; dan
menentukan temujanji akan datang (jika perlu).


Selepas Sesi

GBK bertanggur:igjawab

memastikan kehadiran setiap murid dan pelawat telah direkodkan;
menyediakan laporan sesi kaunseling;
menyediakan tindak susul bagi kes krisis; dan
memastikan kerusi dan tempat yang disentuh oleh murid disanitasi.


 PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

1.       Pengenalan

 

1.1         Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku.

1.2        Program ini mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.

 

2.      Objektif

 

Objektif program ini adalah untuk;

 

2.1        meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental;

2.2        mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku;

2.3        melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid;

2.4       meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi; dan

2.5        memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

 

3.      Pendekatan

Program    ini  menggunakan      empat    pendekatan    utama    iaitu    pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.

 

3.1              Pencegahan

 Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

3.1.1         mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan;

3.1.2        mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit mental; dan

3.1.3        membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya tindak.

 

3.2              Perkembangan

 

Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:

 

3.2.1        · meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya;

3.2.2             meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan resilien; dan

3.2.3             meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan

·       berterusan.

 

3.3              Pemulihan

 

Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:

 

3.3.1        melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti; dan

3.3.2        melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy

dan Choice Theory Reality Therapy.

 

3.4              Krisis

 

Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:

 

3.4.1         mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan mental (contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar);

3.4.2         melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar; dan

3.4.3         mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.

 

4        Peranan dan Tanggungjawab

 

4.1          Pentadbir Sekolah

 

4.1.1         melaksanakan program dengan lancar dan berkesan;

4.1.2        memantau pelaksanaan program secara berterusan;

4.1.3         merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/penjaga; dan

4.1.4        melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN melalui Sistem Pelaporan lsu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).

 

4.2          Guru Bimbingan dan Kaunseling

 

4.2.1         menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid;

4.2.2         melaksanakan penataran program kepada guru;

4.2.3         menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru, ibu bapa dan murid;

4.2.4         menyediakan panduan dan bahan program kepada guru;

4.2.5         Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi;

4.2.6         Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut keperluan murid;

4.2.7         memantau perkembangan murid dari masa ke semasa;

4.2.8         melaporkan kes krisis kepada Pengetua dan Guru Besar; dan

4.2.9         menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.

 

 

4.3         Guru

 

4.3.1         memastikan program dilaksanakan dengan lancar;

4.3.2         memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid;

4.3.3         merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK; dan

4.3.4        meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas kurikulum.

 

5      Pelaksanaan Program

 

Program ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah rendah dan menengah manakala saringan minda sihat di sekolah menengah sahaja.

 

Promosi Minda Sihat

 

Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut;

 

5.1.1        Senarai semak keperluan murid

5.1.2        Program 5 minit Pemugaran Minda Sihat

5.1.3        Teknik Relaksasi

5.1.4         Kuiz

5.1.5         Ekspresi Emosi (luahan emosi di nota pelekat)

5.1.6        Pertandingan - (karikatur, info grafik, lagu dan video pendek satu minit Minda Sihat).

 

 Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan Mental Remaja (KKM)