MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 30 July 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID TAHUN 6

30 Julai 2011(Sabtu)Murid-murid merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara.

Friday 22 July 2011

"BERPISAH JUA KITA AKHIRNYA..."

22 JULAI 2011(JUMAAT): Berpisahnya jua akhirnya warga SKPTLDM dengan Tuan Haji Noh Bin Ahmad yang banyak berbakti

Thursday 21 July 2011

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERPINDAHAN GURU BESAR

20 Julai 2011(Rabu): Majlis makan malam sempena perpindahan guru besar SKPTLDM Tuan Haji Noh bin Ahmad telah diadakan di Batik Resort Hotel, Lumut bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Majlis tersebut dihadiri oleh semua guru dan kakitangan sokongan. Tuan Haji Noh akan bertugas di sekolah yang baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Manjung.

Friday 15 July 2011

Program Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR

15 Julai 2011(Jumaat): Teknik menjawab soalan matematik UPSR telah diadakan di dewan SKPTLDM yang melibatkan semua pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 13 September ini. Penceramah jemputan ialah Cikgu Dzulkifle Bin Mohd Razali seorang penggubal dan pemeriksa kertas matematik UPSR dari Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 2. Program yang berlangsung lebih kurang 2 jam bermula pukul 8.30 hingga 10.30 pagi turut dibantu oleh guru-guru SKPTLDM. Dalam program ini cikgu Dzulkifle telah memberi panduan bagaimana menjawab kertas soalan matematik dengan cara yang mudah dan berkesan serta mudah di fahami oleh para pelajar.

Saturday 2 July 2011

Larian 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia

02 Julai 2011(Sabtu): Larian 1murid 1 sukan 1 Malaysia telah diadakan pada hari ini yang turut melibatkan 3 buah sekolah dalam pangkalan TLDM. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM. Larian tersebut diadakan serentak sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk di masukkan di dalam Malaysian Book Of Record. Larian tersebut sejauh 1.5km yang turut disertai oleh ibu bapa pelajar. Bagi SKPTLDM peserta dilepaskan oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji Noh bin Ahmad pada jam 8.15 pagi. Sebelum larian semua peserta mendaftarkan diri dan melakukan senamrobik yang dikendalikan guru-guru SKPTLDM 2.

Friday 1 July 2011

Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR

1 Julai 2011(Jumaat): Teknik menjawab soalan Sains UPSR telah diadakan di dewan SKPTLDM. Ia bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program ini melibatkan semua pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada september nanti. Penceramah jemputan kali ini ialah cikgu Azrulnizam Bin Yeop dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu Pantai Remis. Dengan penerangan daripada beliau akan membantu para pelajar untuk menjawab soalan sains dalam peperiksaan UPSR yang sebenar nanti dengan teknik yang betul. Kerjasama dari guru-guru mata pelajaran sains juga turut membantu untuk menjayakan program yang dijalankan ini.