MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 28 April 2021

INFO TERKINI: PSIKOMETRIK TAHUN 6

Berikut dibawah ini adalah maklumat tentang psikometrik tahun 6.

PEMBETULAN TARIKH PADA INFO B&K

TARIKH SEBENAR: 5 MEI 2021 (RABU) BUKAN 7 MEI 2021

MASA: 11.00AM – 11.45AM

TEMPAT: KELAS MASING-MASING

"SEMUA MURID TAHUN 6 DIWAJIBKAN MENDUDUKI UJIAN TERSEBUT. PASTIKAN SEMUA MURID HADIR PADA TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN"

"double click pada gambar untuk besarkan"

27/4/2021: Guru B&K menyampaikan maklumat Perlaksanaan Psikometrik kepada semua murid tahun 6 melalui edaran "INFO B&K". Info ini untuk makluman murid dan ibu bapa masing-masing tentang psikometrik.

MAKLUMAT PSIKOMETRIK: TAHUN 2020
 
ATAU KLIK DISINI


Tuesday 20 April 2021

Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah Sesi Tahun 2021

20/4/2021 ( Selasa): Majlis pentauliahan pemimpian sekolah diadakan di khemah sekolah yang melibatkan  badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber(PSS), Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas ICT dan Pengawas SPBT. Majlis diadakan dua sesi bermula jam 7.25 pagi dan berakhir pada jam 8.15pagi. Atucara majlis adalah seperti berikut:

- 7.25pagi : Pengawas mengambil tempat

-7.30pagi: Ucapan pengacara majlis oleh cikgu Asfarrita

                 -Nyanyian lagu Negaraku

                 -Bacaan doa oleh cikgu Zuliadi

                 -Ucapan Guru Besar / PK 1

                 -Lafaz Ikrar Oleh adik Diana

                 -Penyampaian Watikah kepada pengawas oleh Guru Besar en.Rohaizan Bin Mohamed Hanif (sesi 1) dan Penolong Kanan 1 Hajah Siti Zaharah Binti Mokhtar (sesi2). 

Turut hadi bersama ialah penolong kanan HEM en.Ibharim bin AYob dan PK Kokurikulum pn.Nureha Bt Mohamad serta guru penasihat setiap unit pengawas.

Pada kali ini majlis pentauliahan diadakan dengan suasana norma baharu dengan  SOP yang telah ditetapkan. 


Cikgu Asfarrita sebagai pengacara majlis  

Guru besar en.Rohaizan bin Mohamed Hanif menyampaikan ucapan kepada semua pengawas sekolah sebagai peringatan dan pesanan kepada mereka sepanjang menjalankan tugas  menjadi pemimpin pelajar di sekolah

Adik Elysha mengetuai bacaan ikrar  pemimpin sekolah




Penyampaian watikah sesi 1 oleh guru besar kepada ketua setiap unit pengawas masing-masing






Pn. Siti Zaharah penolong kanan 1 menyampaikan ucapan kepada pemimpin pelajar sesi kedua yang terdiri daripada pelajar tahun 4

Adik Mirza  tahun 4 mewakili PRS untuk menerima watikah perlantikan sesi 2





Thursday 1 April 2021

Lawatan Penanda Aras Wakil MGKK Daerah Manjung

 19/3/2021: Lawatan dari wakil Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) daerah Manjung ke unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pangkalan TLDM.




Penerangan Ujian Permata Pintar UKM

 24/3/2021: Penerangan tentang proses menjawab soalan ujian untuk kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM oleh Mohammad Adief Absyar iaitu salah seorang calon dari SK Pangkalan TLDM yang akan melaporkan diri ke SM Sains Pendang (Akademi Pintar Pendang) pada tahun ini.







1.Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).
2.Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan internet dengan melayari laman sesawang ini.
3.Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti menjawab atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula menjawab ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
4.Murid yang telah menamatkan ujian dengan mendapatkan skor minima layak menerima Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Murid yang mendapat sijil penyertaan UKM1, perlu melepasi skor kelayakan untuk ke ujian saringan kedua UKM2.
5.Murid perlu memastikan kod sekolah adalah betul dan mengemaskini maklumat sebelum mencetak sijil penyertaan. Jika terdapat kesilapan, murid boleh mencetak semula di pautan http://pelajar.permatapintar.edu.my/
6.Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk sertai ujian saringan kedua UKM2 secara terkawal yang akan diadakan dalam bulan Julai hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/guru/ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam maklumat murid.
7.Ujian hanya boleh diduduki setahun sekali sahaja.