MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 26 February 2011

Perlawanan bola sepak 11 sebelah zon Lumut/Pangkor 2011

Perlawanan bola sepak 11 sebelah zon Lumut/Pangkor 2011 telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 22-24 Februari 2011. Dalam perlawanan tersebut Sekolah Kebangkalan TLDM telah berjaya mencipta sejarah buat kali pertama layak ke separuh akhir dan seterusnya layak menyertai perlawanan peringkat daerah. Dalam perlawanan peringkat kumpulan SKPTLDM menduduki tangga ke 2. pada peringkat separuh akhir SKPTLDM terpaksa akur dengan naib juara peringkat daerah tahun lalu iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Bayu dengan keputusan 2-0. Namun dalm merebut tempat ke-3 dan ke-4 SKPTLDM telah menebus kekecewaan dengan mengalahkan SKPTLDM(1) 2-0. dalam perlawanan tersebut ia melibatkan 11 buah sekolah. SKPTLDM di bawah kendalian juru latih cikgu Saari dan Cikgu Zuliadi serta di Bantu oleh Encik Yaacob telah memberi komitmen dengan sepenuh perhatian bagi mencapai sasaran awal iaitu untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir. Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh penyokong dari SKPTLDM 1 dan ibu bapa. Dalam perlawanan tersebut ia di adili oleh pengadil yang di bawa khas daripada TLDM, Lumut perak. LAGI GAMBAR KLIK DISINI...

Kursus Kepimpinan Murid 2011 SKPTLDM anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling berjalan lancar

26 Februari 2011: Kursus Kepimpinan Ketua Murid diadakan dengan penyertaan daripada pengawas, pengawas pusat sumber dan ketua kelas tahun 3,4,5,6 yang bermula pada jam 7.15 pagi hingga 5 petang. Sepanjang program dijalankan pelajar dan guru-guru yang terdiri daripada AJK Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPTLDM. Tentatif program tersebut bermula dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh guru disiplin Puan Noni Hanizar dan Ustaz Fadhil. Selepas itu pelajar menjalankan sesi LDK yang dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada kalangan guru SKPTLDM yang dipertanggungjawabkan. Sepanjang program ini berjalan pelajar sangan gembira dengan aktiviti yang disediakan. Diakhir program diadakan majlis penutup yang dirasmikan oleh Puan Noni Hanizar sebagai wakil kepada Penolong Kanan HEM puan Maziah Abdul Rahman.

Monday 21 February 2011

Sambutan Maulidurrasul 2011

Bengkel Teknik Menjawab Kertas B.Inggeris UPSR

Bengkel Teknik menjawab kertas soal bahasa inggeris telah diadakan di Dewan Sekolah SKPTLDM yang dipengerusikan oleh Ahmad Zuliadi dan penceramah jemputan ialah Encik Ahmad Roslan Bin Kamaruddin, Penyelia Bahasa Inggeris JPN Perak. Bengkel ini juga mendapat kerjasama daripada pihak sekolah dan juga guru-guru Bahasa Inggeris dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Bengkel Ini diadakan pada 19/02/2011(Sabtu) jam 8.30 pagi hingga 12.00 t/hari.

Perarakan Maulidurrasul Meriah

Perarakan oleh semua pelajar dan guru-guru SKPTLDM sangat meriah yang diadakan pada 18 /02/2011.Jaraknya lebih kurang 3km yang bermula ditapak perhimpunan SKPTLDM. Penglibatan semua pihak termasuk Unit PROTELA dari TLDM turut membantu menjayakan aktiviti yang dianjurkan