MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 23 April 2012

Bimbingan Kerjaya Tahun 4Harmoni

23/04/2012 (Isnin): Bimbingan kerjaya untuk tahun 4 H telah diadakan pada jam 12.50 hingga 1.50 di kantin SKPTLDM. Bimbingan ini diadakan sempena minggu kerjaya yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar jenis kerjaya yang mereka impikan. Selain itu juga aktiviti yang dijalankan ini juga memupuk semangat kerja berpasukan, kemahiran interpersonal dan lain-lain nilai murni.Bimbingan ini diadakan secara berkumpulan iaitu sebanyak 5 kumpulan yang terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki. Pelajar dikehendaki mencari jenis-jenis kerjaya berdasarkan bahan yang disediakan iaitu surat khabar. Mereka dikehendaki bekerjasama berkumpulan untuk mendapat pelbagai jenis kerjaya dan di tampal di kertas manila kad.

Pelajar membentangkan hasil kerja mereka secara berkumpulan secara bergilir-gilir.

Wednesday 18 April 2012

GERAI USAHAWAN MUDA PRS DISERBU

18/04/2012(RABU): Sempena minggu kerjaya yang telah diadakan bermula 09/04/2012 telah diadakan aktiviti jualan oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Aktiviti jualan tersebut untuk menilai cara ahli PRS berkounikasi dengan pelajar lain ketika menjalankan aktiviti jualan.

Saturday 14 April 2012

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2

14/04/2012 (SABTU): Sempena minggu kerjaya yang bermula pada 09 April, pada hari ini diadakan pertandingan melukis poster yang bertemakan "Ilmu Pemangkin Kerjaya". Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tahap 2 SKPTLDM.

Monday 9 April 2012

Program Minggu Kerjaya SKPTLDM 2012

09/04/2012 (Isnin):Minggu Kerjaya 2012 yang dianjurkan oleh UBK SKPTLDM adalah untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh pelajar dan secara tidak langsung mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kerjaya pilihan mereka kelak.

.

Monday 2 April 2012

PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR

Bersesuaian dengan Program Guru Penyanyang, selain daripada program mentor mentee, guru menjemput pelajar di pintu pagar sekolah dan memberi ucapan penghargaan kepada pelajar ia turut melibatkan pameran hasil kejayaan dan potensi pelajar yang bersama-sama menaikkan nama baik sekolah. Sebagai penghargaan, setiap aktiviti yang melibatkan pelajar akan di pamerkan di sudut informasi sekolah..