MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 26 May 2014

Penyampaian Hadiah Minggu Kerjaya

26/5/2014 (ISNIN): Penyampaian hadiah pertandingan  yang dianjurkan oleh Bimbingan Dan Kaunseling sempena minggu kerjaya yang telah diadakan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah melukis poster, kuiz, menulis karangan dan lain-lain lagi. Hadiah disampaikan oleh PK HEM Pn.Siti Zaharah  Bt Mokhtar





Thursday 22 May 2014

5 Cara Untuk Membuat Jiwa Tenang




5 Cara Untuk Membuat Jiwa Tenang


Memiliki ketenangan jiwa adalah impian setiap manusia. Orang yang jiwanya tenang sentiasa dapat merasai kegembiraan dalam apa jua keadaan sekalipun. Ketenangan jiwa tidak boleh di beli atau di buat-buat. Ianya lahir dari hati dan terpancar di wajah.

Ada banyak cara untuk membuat jiwa kita menjadi tenang. Antaranya:

1. Banyakkan Membaca/Mendengar Bacaan kitab Suci Al-Qur'an


Ketenangan jiwa akan kita perolehi jika kita mencintai al-quran dan sentiasa ingin mendekatkan diri kita dengan nya. Jika orang yang bercinta sentiasa ingin bersama, maka dengan al-quran juga caranya harus sama. Pastikan kita peruntukkan masa untuk membaca al-quran setiap hari biarpun hanya beberapa potong ayat. Dan ambilah peluang untuk memahami maksud bacaan kita.

2. Banyakkan Berzikir Mengingati Allah.

 
Jiwa kita akan tenang jika kita sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah dengan memperbanyakkan zikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun. Apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

3. Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah


Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita sentiasa bersyukur atas segala pemberian Allahs.w.t, biarpun sedikit. Ingatlah betapa ramai manusia di dunia ini yang kurang bernasib baik samada dari segi pekerjaan, kekayaan, kesihatan, rupa paras dan juga pendidikan. 

"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, berarti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjamaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Sentiasa Menjaga Hubungan Sesama Manusia


Ketenangan jiwa akan kita perolehi, jika kita berusaha menjaga hubungan dalam keluarga dan juga mereka-mereka yang berada disekeliling kita.  

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim(menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Sentiasa Berfikiran Positif

Jiwa kita akan lebih tenang jika kita sentiasa berfikiran positif. Yang menjadikan jiwa kita kusut selalunya adalah perasaan negatif yang ada didalam hati kita. Terlalu banyak keluh kesah dan tidak puas hati. Jika kita berfikiran positif, yang susah selalunya akan jadi senang kerana kita melihat sesuatu dari banyak sudut. Pilihan kita tidak terbatas.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal