MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 28 January 2013

SENARAI NAMA PESERTA YANG TELAH MEMOHON UNTUK MENYERTAI PRS TAHUN 2013


BERIKUT ADALAH  SENARAI NAMA PESERTA YANG TELAH MEMOHON UNTUK MENYERTAI PRS TAHUN 2013
PERHATIAN:
SEBELUM DILANTIK, SEMUA PELAJAR YANG MEMOHON DIBAWAH AKAN DIPANGGIL UNTUK UJIAN/TEMUDUGA PADA TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN UNTUK MENILAI BEBERAPA ASPEK SEPERTI TANGGUNGJAWAB, BERKETRAMPILAN, SAHSIAH TERBAIK , BOLEH MENOLONG DAN SEBAGAINYA. HANYA 10 ORANG SAHAJA YANG AKAN DIPILIH UNTUK PRS PERINGKAT MUDA SKPTLDM  DAN YANG LAIN AKAN DISENARAIKAN SEBAGAI AHLI BIASA JIKA BERMINAT.


Sunday 27 January 2013

Cemerlang Diri:Strategi belajar berkesan





RAJAH menunjukkan strategi belajar berkesan.
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen tindakan yang dapat dilihat seperti rajah berikut: (ada rajah motivasi)

1. Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. 

Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

2. Merujuk: Merujuk bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. 

Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui enjin pencari maklumat (contoh: www.yahoo.com)


3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.


Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk. 

Wednesday 23 January 2013

Kelebihan Selawat ke atas Nabi Muhamad saw



Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. Quran [33.56]


Telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w. : " Orang yang bakhil itu adalah orang yang ketika mana aku disebut di sisinya dia tidak mengucapkan sholawat ke atasku." Hadits diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Baginda 'Ali r.a. dan dihukumkannya sebagai hasan shohih. 

Juga didatangkannya satu riwayat lagi:- "Sesiapa yang bersholawat ke atasku, para malaikat akan bersholawat ke atasnya. Sesiapa yang bersholawat ke atasku sekali, Allah bersholawat ke atasnya 10 kali, dihapuskan daripadanya 10 kesalahan dan diangkatkan baginya 10 darjat," - dalam satu riwayat - "ditulis baginya 10 kebajikan". 

Telah warid hadits yang menyatakan:- "Sesiapa yang mengucapkan salam ke atasku 10 kali, maka seolah-olah dia memerdekakan seorang hamba." ........ "Sungguh akan datang kepadaku beberapa kaum (pada hari kiamat nanti) yang aku tidak mengenali mereka melainkan dengan banyaknya sholawat mereka ke atasku." ...... "Orang yang paling berjaya di antara kamu pada kedudukannya nanti di hari kiamat adalah sesiapa di antara kamu yang paling banyak bersholawat ke atasku." 

Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata:- "Sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. lebih kuat pada menghilangkan dosa-dosa daripada air sejuk memadamkan api; Dan salam ke atas baginda lebih utama daripada memerdekakan hamba." 

Daripada Sayyidina 'Umar dan Sayyidina 'Ali radiyaAllahu 'anhuma:- "Sesungguhnya doamu terhenti di antara langit dan bumi (yakni tidak naik), sehinggalah engkau mengucapkan sholawat ke atas Nabimu." 

Dan telah warid: "Doa yang dipanjatkan antara dua ucapan sholawat ke atasku tidak akan ditolak. Dan sesungguhnya Allah telah mewakilkan di kuburku satu malaikat yang diberi keupayaan untuk mendengar segala ucapan makhluk. Maka tiadalah seseorang yang bersholawat ke atasku sehinggalah ke hari kiamat, melainkan sampai kepadaku akan namanya dan nama bapanya: "Inilah si fulan anak si fulan yang telah bersholawat ke atasmu." 

Dan telah datang riwayat bahawasanya Allah ta'ala telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.: "Keadaanmu yang paling Aku sukai dan yang paling hampir denganKu (yakni hampir dengan keredhaanNya), adalah ketika engkau memperbanyakkan ucapan sholawat ke atas Nabi Muhammad." 

Dan telah warid: "Sholawat kamu ke atasku menyebabkan doa-doa kamu diterima, menyebabkan Tuhan kamu redha, menjadi zakat penyucian bagi badan (diri) kamu. Dan sesiapa yang bersholawat ke atasku dalam kitab (yakni dengan tulisan atau dengan mengucapkan sholawat apabila bertemu dengan nama Junjungan dalam sesebuah tulisan), maka sentiasalah para malaikat beristighfar baginya selama mana namaku masih berada dalam kitab tersebut." 

Dan telah diriwayatkan daripada Junjungan s.a.w.: "Sholawat ke atasku adalah nur." ...."Penyuci hati umatku dan pembersihnya daripada kekaratan adalah ucapan sholawat ke atasku." 

Diriwayatkan daripada Junjungan s.a.w. daripada Allah ta'ala (yakni hadits qudsi):- "Wahai Muhammad, Aku telah menjadikan engkau sebagai satu zikir daripada zikirKu, sesiapa yang menyebutmu maka dia telah berzikir kepadaKu, dan sesiapa yang mencintaimu, maka dia telah mencintaiKu." 

Dan telah warid: "Sesiapa yang mengucapkan sholawat ke atasku pada hari Jumaat 80 kali, Allah akan mengampuni baginya dosa-dosa 80 tahun." 


Marilah kita bersama rebutkan pahala berselawat ke atas nabi muhamad saw.

Monday 21 January 2013

WATIKAH PERLANTIKKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER


21/1/2013 (Isnin): Watikah perlantikan pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas dan pengawas pusat sumber diadakan semasa perhimpunan pagi  SKPTLDM.  Mereka menerima watikah tersebut sebagai satu pengesahan menjadi pemimpin pelajar SKPTLDM bagi tahun 2013. 





Semoga pelajar yang terlibat dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik, sentiasa meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan akademik serta mempunyai jati diri yang kuat dalam menjalankan tugas harian disekolah. Selain itu mereka juga perlu menjadi contoh kepada pelajar lain. Watikah tersebut telah disampaikan oleh guru besar SKPTLDM en.Ramlan Bin Hussin dan dipengerusikan oleh puan Maznah  serta turut dibantu oleh guru disipilin cikgu Salmiah daan guru pusat sumber cikgu Asfarrita.








AMAR SELAKU KETUA MURID MEMBACA IKRAR DAN DIIKUTI OLEH SEMUA PEMIMPIN PELAJAR

BARISAN PENGAWAS SEKOLAH PANGKALAN TLDM


BARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS) SKPTLDM


Wednesday 16 January 2013

PENGENALAN SUBJEK TAHUN 4


16/01/2013:Pelajar yang mula memasuki  tahun 4 pada tahun ini telah didedahkan kepada beberapa maklumat penting oleh guru matapelajaran yang tentang beberapa format yang perlu mereka ketahui dan pelajari apabila memasuki tahap 2.  Antara matapelajaran yang perlu diambil perhatian ialah matapelajaran teras yang melibatkan peperiksaan UPSR seperti Bahasa Melayu, sains, matematik dan bahasa inggeris.



Dengan adanya program seperti ini pelajar mendapat pendedahan awal sebelum meneruskan pembelajaran mereka di dalam kelas. Diharap pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dan diterangkan oleh guru-guru dari SKPTLDM yang berpengalaman dalam menjawab kertas soalan ujian nanti.


Program ini diadakan di Makmal Bistari, dimana pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Makmal B dan Makmal A. Ia bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang bagi memberi peluang kepada pelajar mengikuti persatuan masing-masing. Unit Bimbingan Dan Kaunseling memohon kemaafan atas kekurangan dan kelemahan sepanjang program ini diadakan dan turut megucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat. menjayakan program ini.









Saturday 12 January 2013

PROGRAM LADAP SKPTLDM



12/1/2013 (Sabtu): Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)  kali-1 sesi tahun 2013 diadakan di Bilik Mesyuarat Bestari SKPTLDM yang melibatkan semua guru-guru. Pada kali ini program LDP membincangkan tentang KSSR yang dijelaskan secara terperinci  oleh guru yang terlibat. Taklimat bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.

Sebelum itu, guru besar En.Ramlan Bin Hussin menjelaskan beberapa peringatan untuk perhatian semua guru seperti masalah kelewatan guru datang ke sekolah, peralatan sukan hendaklah diuruskan dengan cara yang betul, kunci bilik hendaklah dimaklumkan kepada beliau jika ada pertukaran, pemberian wisel kepada semua guru untuk aktiviti kelas dan 1murid 1sukan, penyediaan awal peralatan sukan sebelum sesuatu permainan dijalankan dan penyediaan banner untuk beberapa maklumat yang perlu dihebahkan kepada semua.

Seterusnya penerangan tentang KSSR oleh guru  mata pelajaran yang dimulakan oleh cikgu Asfarrita dengan KSSR Bahasa Melayu Tahun 3.


Dengan taklimat yang disampaikan oleh guru-guru yang terlibat  dengan KSSR diharapkan semua guru memahami dan bersama mencapai objektif kementerian pelajaran dalam dunia  pendidikan  yang semakin mencabar.



KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 3:PN ASFARRITA BINTI JAAFAR


KSSR DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3: PN.RUHAIDA BINTI FADZIL


KSSR MATEMATIK TAHUN 3:PN WANIE FAZLINDA BT INCHE ZAKUAN


KSSR PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN: PN NORLELAWATI BINTI ABDULLAH


KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3: CIK NADIAH BT SHARUL HAYALI


KSSR DUNIA MUZIK TAHUN 3: PN.IDELLYATI BINTI MOHD ANID



KSSR BAHASA INGGERIS TAHUN 3: EN.MOHD ADAM BIN RAZALI


PUAN KHATIJAH MEMBERI BEBERAPA PESANAN SEBAGAI PERSEDIAAN PEMANTAUAN JPN DALAM PERLAKSANAAN KSSR DI SKPTLDM YANG AKAN DIADAKAN NANTI

GURU BESAR SKPTLDM EN RAMLAN BIN HUSSIN JUGA TURUT SERTA DALAM PROGRAM LADAP YANG DIADAKAN




Friday 11 January 2013

PELAN SK PANGKALAN TLDM LUMUT




JADUAL KOKURIKULUM 2013 SK PANGKALAN TLDM


   JADUAL KOKURIKULUM 2013
SK PANGKALAN TLDM 1, LUMUT                                                                 

SETIAP RABU :  JAM 2.00 – 3.30 PETANG
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM  – EN HASHIM JAIN 0134757410
A) PENGAKAP

     1. PN. NORFAAZILA BT HAMZAH  (KETUA) -  0195901215
     2. PN. SALWA BT ABD WADUD
     3. PN. NONI HANIZAR BT ZAINAL
     4. PN. NORHUDA BT HJ AZIZI
     5. PN. PATRICIA A/K PANUNG
     6. PN. MAZNAH BT ABD MALEK
     7. PN. RUHAIDA BT FADZIL
     8. PN. NOR AZAH BT AHMAD
    9. PN. ZAKIAH BT ABD RAHIM
    10. PN. RAZANA BT DASIMON
    11. EN. MOHD SHAH B MD SANI
    12. EN HARIS B HUSSIN

B) PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

     1. PN. HASLINA BT ISMAIL (KETUA) -   0132024623
     2. PN. ISMAZAWATI BT MAMAT@ ISMAIL
     3. PN. NORASWANI BT NORFAIZ
     4. PN. AZIZAH BT ABD RAHIM
     5. PN. ZURAIDAH BT AB LLAH
     6. PN. ROHAIDA BT MOHAMAD
     7. PN. NOORAINI BT ABD RAHMAN
     8. PN. NURLIA BT ABDULLAH
     9. PN. NORAZIPAH BT ISMAIL
    10.PN. RAHIMAH BT MOHAMMAD

C) PBSM

     1. EN. AHMAD ZULIADI B MUSTAFA (KETUA) - 0197490204
     2. PN. NORBI BT AYOB
     3. EN. HASHIM B JAIN
     4. PN. ZUHANA BT SAARI
     5. PN. NOR HERDA YANTI BT MOHAMED ISA
     6. PN. NURAZYYATI BT HAMZAH
     7. PN ASNAH BT SAMSUDDIN           
      

D) TKRS

     1. EN. MOHD ADAM B AHMAD RAZALI (KETUA) 0193449228
     2.  PN. NORMAH BT SETAPA
     3. EN. MOHD FADZIL B ZAINAL ABIDIN
     4. EN. AHMAD SYAIBANI B BASIRON
     5. PN. ASFARRITA BT JAAFAR
     6. PN. NUREHA BT MOHAMAD
     7. PN. NORHAFIZAH BT RAMLI    
     8. MIMI ANITA BT ABU HASSAN
PERSATUAN / KELAB

PENYELARAS – CIK KOMATHY  0197088782
HARI  : RABU
MASA            : 3.30 – 5.00 petang
PERSATUAN / KELAB
NAMA GURU

B.MELAYU


  • PN. NORSIKIN (K) 0193566046 , PN ZURAIDAH 


B.INGGERIS

  • PN. VANI (K) 0165511640, PN WANIE FAZLINDA


MATEMATIK

  • PN. NORLELAWATI 0135849211 (K) , PN. IDEALYATI


EUREKA / SAINS


  • PN. ROBIAH (K) 0134809356, PN. NATHERAH

SENI & BUDAYA


  • PN. AZIRA (K) 0129633065, CIK NADIA, PN. JURIDAH


ICT


  • PN. SALMIAH (K) 0194060025, CIK KOMATHY. PN ROSE

JADUAL PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 2013

 PENYELARAS           : PN RUHAIDA BINTI FADZIL 0175805282
 HARI/ MASA
  SUKAN
NAMA GURU / JURULATIH
ISNIN
5.00 – 6.30 PTG

PEMANTAU
PN KHATIJAH
1. BOLA SEPAK



2.  BOLA JARING
1.  EN.ZULIADI (K) 0197490204
2.  EN.ADAM 3. PN. RUHAIDA  4. PN. WANIE FAZLINDA
5. PN. HASLINA   6. PN. MIMI 7. EN. AHMAD SYAIBANI

1. PN. ASFARITA (K) 012 5074075
2. PN. MAZNAH  3. PN. NONI  4. PN. ZUHANA  5. PN.NURAZYYATI        6. PN. SALMIAH  7. CIK KOMATHY  8. PN. ZURAIDAH A
SELASA
5.00 – 6.30 PTG

PEMANTAU
PN MAZIAH
1. HOKI



2. BADMINTON
1. EN. MD SHAH (K) 019 6520548
2. PN. NUREHA  3. PN. ZAKIAH 4. PN. IDELLYATI 5. EN. HARIS
6. EN. MOHD FADZIL   7. PN ASNAH 8. PN NORHAFIZAH

1. PN. ISMAZAWATI (K) 019 5700203
2. PN. NORBI  3. PN. NATHERAH  4. PN. NOR FAAZILA
5. PN. ZURAIDAH H  6.PN SALWA
RABU
5.00 – 6.30  PTG

PEMANTAU
EN DURAI
1. CATUR



2. BOLA TAMPAR
1. PN. NURLIA (K)019 4986361
2. PN. NORAZIPAH  3. PN. ROBIAH  4. PN. ROHAIDA  5. PN. AZIZAH
6. PN. HERDA  7. PN. NOOR AINI

1.    PN. JURIDAH (K)013 4465310
2.    PN. VANI  3. PN. AZIRA  4. PN. PATRICIA  5. CIK  NADIA
6.    PN. NORMAH  7. PN. NORSIKIN
KHAMIS
5.00 – 6.30  PTG
1. KRIKET
1. EN. HASHIM  (K) 0134757410
2. PN. RAZANA  3. PN. NORHUDA  4. PN. NORAZAH
5. PN. NORASWANI  6. PN. NORLELAWATI  
LATIHAN UNTUK PEMAIN ELIT – DITETAPKAN OLEH  GURU/ JURULATIH YANG TERLIBAT – MEMILIH HARI DAN MASA YANG SESUAI YANG TIDAK MENGGANGU PROGRAM 1M 1S

 Untuk makluman ibubapa murid Tahap 2 wajib menyertai aktiviti Kokurikulum- 1 Unit Uniform, 1 Persatuan dan  1 Sukan. Untuk Sukan terpulanglah kepada murid berapa sukan yang ingin terlibat. Jika tidak sihat masuk lah permainan Catur atau ada surat perakuan dari ibubapa. Murid dari Tahun 3 adalah digalakkan menyertainya juga jika ada permintaan. Murid Tahap 1 akan diajar sukan semasa Pendidikan Jasmani.

Bagi yang tidak pulang ke rumah, bawalah duit untuk makan di kantin dan pakaian untuk bersukan.

Salam dari Guru Besar En Ramlan Hussin 0175250195…Majulah Sukan Untuk Negara !

…………………………………….AKTIFKAN DIRI ANDA……………………………………………


Sumber:Email sekolah

Tuesday 8 January 2013

MESYUARAT KURIKULUM SKPTLDM

8/1/2013 (Selasa): Mesyuarat Kurikulum SKPTLDM pada jam 1.15pm di bilik mesyuarat Bestari yang dihadiri oleh guru matapelajaran dan dipengerusikan oleh  PK 1 Puan Khatijah Bt Ali

Pn.Khatijah mempengerusikan mesyuarat


Guru-guru begitu khusyuk mendengar apa yang diperkatakan oleh  PK 1







Monday 7 January 2013

GURU BARU SKPTLDM TAHUN 2013

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA 3 ORANG GURU BARU SKPTLDM.  PENGALAMAN YANG ADA DAPAT DIKONGSI BERSAMA.

CIKGU HARIS BIN HUSSIN DARIPADA SK KAYAN, PERAK

USTAZAH RAHIMAH BINTI MOHAMMAD DARI SK LARKIN 2 JOHOR BAHRU

CIKGU IDELYYATI BINTI MOHD ANID DAR SK PANCHOR, PERAK