MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 31 December 2012

PERSIAPAN SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN BERMULA

31/12/2012(Isnin): Antara persiapan yang dilakukan oleh guru dan pekerja sebelum sesi persekolahan tahun 2013 bermula.

Cikgu Zuhana dan Cikgu Norazyyati menyiapkan cermin tingkap untuk dipasang di bilik Prasekolah bagi menggantikan cermin tingkap yang telah pecah.

Cikgu Hashim membantu prasekolah menggantikan cermin tingkap yang pecah

Pekerja-pekerja SKPTLDM sedang mengecat dinding depan kantin  sambil diperhatikan oleh guru besar en.Ramlan Bin Hussin

Pekerja memastikan sesi persekolahan tahun 2013 dengan wajah sekolah yang ceria.

Memastikan maklumat terkini dapat disebarkan kepada umum; Pemasangan Led Panel di depan bangunan pintu utama SKPTLDM yang akan dikendalikan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Ustazah Norhuda sedang mengemaskini sudut kerjanya yang  tak berapa nak ceria...(hehehe) sebelum proses PdP  tahun 2013 dumulakan.

Sunday 30 December 2012

SENARAI AGIHAN TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPTLDM TAHUN 2013


Berdasarkan senarai agihan tugas yang telah ditetapkan, tugas  guru bimbingan dan kaunseling adalah seperti di bawah . (Tidak termasuk tugas menjalankan sesi kaunseling yang diadakan sepanjang tahun Dan arahan pihak Sek/JPN/PPD dari semasa ke semasa.)

AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA
NORBI BINTI AYOB


Pen.SU Jawatankuasa Pengurusan Murid
SU Jawatankuasa Pengurusan Murid
AJK Siaraya J/K Pembangunan & Aset
AJK Jadual Waktu
Kajian Tindakan
S/U Program Bersepadu Sekolah Sihat
S/U Program Sekolah Selamat
Pen. S/U PPDa
S/U PPDa
S/U 1 Unit Bimbingan Dan Kaunseling
S/U 2 Unit Bimbingan Dan Kaunseling
J/K Rumah Biru
J/K Rumah Hijau
J/K Taekwando
Bola Sepak  & Sepak Takraw 1M1S
J/K PBSM
J/K PBSM
Program Bimbingan/Bengkel/Kursus
Program Bimbingan/Bengkel/Kursus
Pengurus Bilik Khas (B&K)
Pengurus Bilik Khas (B&K)
Kiosk Hasil Kerja Murid
Kiosk Hasil Kerja Murid
Sudut B&K
Sudut PPDa
Bulan Patriotisme/RIMUP

S/U J/K HEM



SENARAI TUGAS MINGGUAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPTLDM TAHUN 2013
NAM GURU
TARIKH
AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA
7/1/2013
-
11/1/2013
1/4/2013
-
5/4/2013
1/7/2013
-
5/7/2013
23/9/2013
-
27/9/2013
NORBI BINTI AYOB
11/2/2013
-
15/2/2013
6/5/2013
-
10/5/2013
5/8/2013
-
6/8/2013
28/10/2013
-
1/11/2013




Disediakan oleh,
(AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Friday 28 December 2012

MOTIVASI DIRI


Artikel MotivasiUntuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI 2013 SKPTLDM

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM 
 31200 LUMUT PERAK 

 WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 2013


BIL KELAS                        HARI                                           WAKTU PERSEKOLAHAN       
1 tahun 1
tahun 2
tahun 3
isnin hingga khamis

jumaat
7.30am - 1.05pm

7.30am - 12.05pm
2 tahun 4
tahun 5
tahun 6
isnin hingga khamis

selasa dan rabu

jumaat
7.30am - 2.05pm

7.30am - 1.05pm

7.30am - 12.05pm


CATATAN:-
-Semua guru dan murid wajib mematuhi waktu persekolah
-semua guru tahap 1 dan 2 dikehendaki balik jam 2.05pm pada hari isnin dan khamis
-semua guru dan murid dikehendaki datang 10minit lebih awal dari waktu persekolahan di atas


Sumber; Senarai Agihan Tugas 2013 SKPTLDM

PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAH TAHUN 2013

28/12/2012 (Jumaat): Kesibukkan tugas harian tidak menghalang ibubapa datang ke sekolah untuk menjelaskan bayaran yang ditetapkan sebagai persediaan awal persekolah tahun 2013 untuk anak-anak. Di awal persekolah ibubapa terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk menyediakan keperluan pembelajaran untuk anak-anak mereka seperti pembeliaan buku latihan, buku tulis, pakaian dan sebagainya.

Sebagai anak, kita perlulah menghargai pengorbanan kedua ibubapa dengan memastikan kita terus belajar bersungguh dan memenuhi harapan mereka supaya tidak menyesal kemudian hari. Sentiasalah muhasabah diri dan renungkan wajah kedua ibubapa agar kita mengenal erti pengorbanan mereka.

Cikgu Juridah dan Cikgu Maziah sedang menerangkan jumlah bayaran yang dikenakan kepada ibu pelajar


Thursday 27 December 2012

MESYUARAT GURU DAN STAF SKPTLDM

Guru-guru begitu khusyuk mendengar ucapan daripada guru besar En.Ramlan Bin Hussin

INFO RINGKAS:

Tarikh: 27/12/2012
Hari: (Khamis)
Masa: 8.30am - 1.00pm

1.Ucapan guru besar en.Ramlan bin Hussin
- minit mesyuarat seperti ingatan terhadap tugas yang diberikan, MMI (Melindungi Masa Instuksional), kutipan bayaran persekolahan, kokurikulum, SKT dan lain-lain.

Wednesday 26 December 2012

PERSEDIAAN AWAL KE SEKOLAH



Salam sejahtera...
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga kehadiran tahun baru 2013 ini akan membawa lebih banyak kejayaan dalam diri anda.

Tuesday 25 December 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

RANCANGLAH PEMBELAJARAN DARI AWAL AGAR ANDA SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGECAPI KEJAYAAN YANG CEMERLANG...




Friday 7 December 2012

KISAH BENAR DARI SEORANG GURU



Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang
 lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Tuesday 4 December 2012

Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu.

ANUGERAH KHAS UBK


Buat pertama kalinya pada majlis Graduasi yang lepas, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah memberi anugerah khas kepada pelajar yang  mempunyai potensi dan komitmen. Pelajar yang terpilih dinilai dari beberapa aspek antaranya kekerapan datang berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling bagi meningkatkan potensi dan pencapaian akademik dan sahsiah, bekerjasama dan ringan tulang untuk memberi bantuan kepada UBK dalam  aktiviti/kerjanya, hubungan mesra dengan guru serta pelajar-pelajar dan lain-lain lagi.

Pemilihan dibuat oleh guru bimbingan dan kaunseling hasil perbincangan dan penilaian yang dijalankan sepanjang tahun. Anugerah khas ini insyaallah akan diteruskan untuk tahun seterusnya bagi memberi penghargaan kepada pelajar di atas kerjasama kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Diharap pelajar SKPTLDM terutamnya pelajar tahun 6 dapat memberi kerjasama dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan Dan Kaunseling pada tahun 2013 nanti.

Pihak UBK turut mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan yang membina untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperbaiki kelemahan yang ada. Sokongan dari semua pihak terutamanya warga SKPTLDM sangat diperlukan untuk bersama-sama meningkatkan pencapaian akademik dan membina sahsiah yang terpuji dikalangan pelajar.

Akhir kata pihak UBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh ubk pada tahun 2012 iaitu Guru Besar En.Ramlan Bin Hussin, barisan Penolong Kanan, Guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan dan ibu bapa serta pihak PIBG. Dan pihak kami juga memohon kemaafan jika ada kelemahan dan kekurangan.

"BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR......"



TOKOH MURID BERPOTENSI DAN BERKOMITMEN TAHUN 2012

FARAH BATRISYIA BINTI MOHD KHAIRUL NIZAM

Friday 30 November 2012

Motivasi Diri: Amanat Bonda




AMANAT BONDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak murid cikgu yang disayangi…
Pada malam ini cikgu akan coretkan secebis kata-kata sebagai wakil dari ibu murid-murid semua…

Cikgu juga seorang ibu…
Cikgu juga melahirkan anak seperti ibu murid-murid juga..
Penat jerih semasa mengandungkan anak... hanya ibu sahaja yang tahu....
Murid-murid semua adalah seperti anak-anak cikgu juga....



DENGARLAH ANAK-ANAK IBU..
semenjak kecil ibu  besarkan anak –anak ibu dengan penuh kasih sayang….
semenjak kecil ibu manjakan dengan belaian gurauan yang indah…..
semenjak kecil ibu beri penghargaan kepada anak-anak  ibu umpama seorang raja…

Ketika  lapar...tangan ibulah yang menyuapkan makanan....
Ketika  haus...tangan ibu yang memberi minuman...
Ketika  menangis...tangan ibu yang mengesat air matamu....
Ketika gembira...tangan ibu yang menadah syukur....memeluk erat dengan deraian air mata bahagia...
Ketika mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran...
Ketika dilanda masalah...tangan ibulah yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.....

Namun suatu hari nanti...
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...adakah tangan dari anak ibu yang menyuapnya?....

Dengan tangan yang menggeletar.....adakah ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata....

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
Di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.


ANAK-ANAK IBU……
ketika anak-anak ibu putus  harapan….ibu tetap beri semangat
ketika sakit …ibu ubati
ketika bersedih...ibu sapu air matamu..
ketika kamu ketawa… ibu juga turut gembira
ketika ibu  berduka.......biarlah ibu sahaja yang merasa….

ANAK-ANAK IBU…
sesungguhnya besar pengorbanan Ibu......
sedangkan masa meniti alam remaja ibulah sahabat mu.....
ibu sayang anak-anak ibu ..

ANAK-ANAK IBU..
Setiap hari ibu bayangkan raut wajahmu....
penuh dengan kasih sayang…
Kadang-kadang ibu datang kepada anak-anak ibu…
Sayang.. maafkan ibu selama ini....
maafkan ibu jika tidak dapat memenuhi kehendakmu....
maafkan ibu jika sering memarahimu.....
maafkan ibu jika sering menyuruhmu....
itu semua ibu lakukan…kerana ibu sayang kamu.....

ANAK-ANAK IBU,
jadilah permata hidup ayah dan ibu...
Tunaikanlah amanah ayah dan ibu..
Ini semua untuk engkau berjaya....
Ingatlah anak-anak ibu..
Ayah dan ibu bukanlah orang kaya..
Ayahmu begitu penat bekerja....
Kadang-kadang.....Siang..malam...entah bila penatnya....entah bila sakitnya..

ANAK-ANAK IBU..
Janganlah di tanya.... penatkah ayah bekerja...
Penatkah ibu bekerja..... belajarlah anak-anakku...
Selagi hayat dikandung badan..               
Tenaga dan jiwa ayah  ibu korbankan...
Agar anak-anak ibu berjaya di masa hadapan...

Anak-anak ibu.....

Ibu tidak meminta apa daripadamu..
Walaupun ibu banyak berkorban untukmu selama ini...
Agar anak-anak ibu tidak kecewa di masa hadapan..

ANAK-ANAK IBU..
Peganglah kepada nasihat ibu....ibu tak pernah walaupun sekali menyuruh anak2 ibu melakukan keburukan...

Dengarlah anak-anak ibu...
Pernah ibu menyuruh mu untuk  nakal di sekolah..
Pernahkah ayahmu menyuruh anak-anaknya mengejek kawan-kawan..
Pernahkah ibu memaksamu supaya malas semasa belajar....
Tidak sekali-kali anak ibu.... ibu tidak menyuruh semua itu...
Tapi.....
Kenapa anak-anak ibu lakukan juga....kenapa anak-anak ibu.....!

Anak2 ibu yang disayangi...

Betapa kecewanya hati ibu ...
Betapa menyesalnya ibu di atas perbuatan anak ibu yang buruk....
Adakah ini salah ibu...
Adakah ini balasan  atas pengorbanan ibu...

Anak-anak ibu.....
Jangan bazirkan airmata ibu kerana kesalahanmu..
Jangan bazirkan keringat ayahmu kerana keburukkan mu....

Biarlah ibu simpan air mata ibu untuk kegembiraan atas kejayaanmu..
Biarlah keringat ayahmu di balas dengan kecemerlanganmu....

Anak-anak ibu..
Ibu tidak marah sekiranya anak2 ibu gagal
Ibu tidak menyesal jika anak2 ibu tidak cemerlang...
Sekiranya anak2 ibu sedaya upaya telah berusaha....
Itu adalah ujian dari tuhan......

Anak2 ibu yang disayangi...
Betapa gembiranya hati ibu pabila anak-anak ibu berjaya....
Betapa bertuahnya ibu mempunyai anak sepertimu..
Terharunya hati ibu bila anak ibu cemerlang dalam peperiksaan..

Tapi.....
Adakah kejayaan anak2 ibu nanti dapat kita kecapi bersama....

Ya Allah...
Panjangkanlah umurku.... untuk bersama-sama meraikan kejayaan anakku...


ANAK-ANAK YANG IBU SAYANGI,
Setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian...
Ingatlah kematian yang sentiasa  menjemput....
Ia datang tanpa menunggu waktu...
Entah esok..lusa....atau sebentar lagi....

Setiap masa..
Ibu bayangkan pada wajah anak-anak ibu  yang masih kecil..
Bagaimanakah sekiranya tuhan mengambil nyawa ayah dan ibu ketika anak-anak ibu masih belajar...
siapakah yang akan menyara mereka belajar..makan minum..jaga adik-adik....

ANAK-ANAK IBU..
Setiap hari ibu berdoa untuk anak-anak ibu
Walau  air mata berlinangan sepanjang waktu..
Ibu tak sanggup melihat anak-anak ibu gagal dalam hidup...

ANAK-ANAK IBU..
Sekiranya ibu pergi dahulu menghadap illahi...
Ibu harap...anak-anak ibu menjadi penawar ibu di alam sana nanti..
Segala ilmu yang anak-anak ibu pelajari...ibu harap untuk kebaikan.....
Apabila liang lahad menutupi jasad ibu....
Apabila malaikat datang mendampingi ibu..
Ibu harap..anak-anak ibulah doakan untuk ibu...
Semoga ibu bahagia di sana....

Wednesday 21 November 2012

8 CARA RANGSANG OTAK KANAN ANAK-ANAK

Otak manusia merupakan tempat yang paling hebat untuk menyimpan maklumat. Oleh kerana itu, penerimaan atau pengetahuan awal bagi seseorang kanak-kanak selalunya menjadi perkara yang paling diingati dan sukar dikikis. Ahli psikologi neurologi kebanyakkan dapat membuktikan yang otak kanan berfungsi kepada pemikiran holistik, ilham dan juga proses memahami ruang. Ini bermakna otak kanan mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan kesenian.


GAMBAR TAHUN 6 SKPTLDM TAHUN 2012



SAHABAT SEJATI...

Di dalam kehidupan manusia, persahabatan memang merupakan sebuah hubungan yang paling indah dibandingkan dengan relationship yang lain. Mungkin anda juga punya pengalaman pernah atau sedang dalam hubungan dengan seseorang yang merupakan sahabat sejati anda yang selalu menemani anda dalam situasi apapun.

Berikut ini merupakan gambar  dan puisi dari  kami unit bimbingan dan kaunseling untuk tahun 6 skptldm 2012. Kita perlu sedar bahawa persahabatan itu sangatlah penting dalam kehidupan. Semoga sebuah persahabat yang terbina sebelum ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dan ia memberi inspirasi buat semua  untuk selalu menjalin hubungan baik walau dimana berada. Sentiasalah menghargai sebuah persahabatan.

TAHUN 6 HARMONI BERSAMA 
GURU KELAS PUAN NONI HANIZAR BT ZAINAL

TAHUN 6 KUALITI BERSAMA
 GURU KELAS PUAN RAZANA BT DASIMON


TAHUN 6 PINTAR BERSAMA 
GURU KELAS PUAN SALWA BT ABD WADUD




Sahabat Sejati

kian lama hidup yang ku jalani
selalu bersama mu sahabat ku
susah sedih senang yang ku rasakan
bersama mu sahabat ku

sahabat
begitu banyak kenangan yang kita lalui
ke mana  selalu kita  bersama
namun musnah dengan sekejap
telah di ragut oleh masa 

sahabat
kini kau telah pergi meninggalkan memori
meninggalkan semua kenangan kita
menyimpulkan sebuah jalinan yang bermakna


sahabat
meski kini kita tak bersama
meski kita telah berbeza arah
namun kita tetap satu dalam hati dan jiwa
kerana kau sahabat sejati

selamat tinggal sahabat
selamat jalan sahabat sejati
pahit manis bersamamu  sentisa di hati
selamanya ………

"KALIAN TETAP DIJENDELA KENANGAN"

Jangan lupa tulis komen kat bawah......
manalah tahu dapat hadiah misteri "pengomen terbaik'....:-)

Oleh:Ahmad Zuliadi bin Mustafa
Gbk...



Tuesday 20 November 2012

Usaha Berbaloi


Ceria…Sebahagian pelajar yang mendapat keputusan 5A


SKPTLDM: 19/11/2012 (ISNIN)
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telah diumumkan hari ini dan semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. 
Penat lelah mengulangkaji mata pelajaran telah membuahkan hasil kepada 12 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Dengan keputusan yang diperolehi mereka boleh memilih untuk memohon kemasukkan ke asrama penuh, MRSM dan sebagainya mengikut kelayakkan dan syarat yang telah ditetapkan.

Dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang  mendapat 5A, kepada pihak sekolah dan guru2 yang bertukus lumus membantu pelajar dan juga kepada ibubapa yang turut memberi dorongan dan sokongan selama ini. Bagi yang tidak berjaya dan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan semoga tingkatkan lagi usaha  untuk mencapai  keputusan yang cemerlang pada tahun akan datang kerana peluang masih ada.



Sunday 18 November 2012

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.

Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau 1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.



SUMBER: http://khairulaznan.wordpress.com/2011/11/08/10-perkara-tentang-israel-yang-kita-tidak-tahu/

Wednesday 14 November 2012

Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharam

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.