MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday 30 December 2014

Taklimat Ibubapa Tahun 1 sesi 2015

30/12/2014: Taklimat dipengerusikan oleh PK HEM hajah Siti Zaharah binti Mokhtar.  Taklimat turut disampaikan  oleh guru besar cikgu Ramlan bin Hussin dan cikgu Adam bin Razali berkaitan dengan LINUS.






Monday 22 September 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 KPTLDM 1


Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Khasnya  generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati hari kemerdekaan.  “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama   panitia-panitia yang lain beserta pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2014. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru.

Objektif sambutan kali ini ialah menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara, melahirkan murid kreatif dan inovatif dengan, dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan dan menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara.


Sambutan bulan kemerdekaan peringat sekolah berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat.  Iaitu dari majlis persmian sehingga majlis penutupan  pada 22 september 2014. Perasmian sambutan bulan kemerdekaan dilancarkan pada 18 ogos 2014 oleh guru besar en.Ramlan Bin Hussin. 


Manakala majlis penutupan diadakan pada 22 september 2014 yang dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu puan Khatijah Binti Ali. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan sambutan diterangkan oleh cikgu Norbi Bt Ayob iaitu guru bimbingan dan kaunseling semasa majlis perasmian. Aktiviti tersebut melibatkan semua pelajar dan guru-guru.  



Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan melukis dan mewarna poster, pertandingan mural untuk guru, nyanyian lagu patriotik  setiap pagi  dan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik  terbuka serta info merdeka yang ditampal di sudut patriotisme sebagai bahan bacaan pelajar.








 Aktiviti pertandingan yang melibatkan pelajar diadakan pada waktu PdP matapelajaran sivik dan kenegaraan, kajian tempatan dan PSV dengan kawalan dan panduan yang diberikan oleh guru yang terlibat. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang  diadakan pada majlis penutupan yang disampaikan oleh puan Khatijah semasa perhimunan mingguan sekolah.


Sepanjang aktiviti sambutan diadakan dari awal perasmian sehingga majlis penutupan  semua pelajar dan guru memainkan peranan penting bagi menjayakan program sambutan. Apa yang jelas dapat dilihat ialah setiap kelas dan bilik khas dihias dengan jalur gemilang dan nyanyian lagu patriotik pada setiap pagi.



 Mereka juga turut memberi kerjasama yang baik dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap pertandingan yang diadakan dan lebih 80% pelajar telah  menghantar lukisan yang diwarnai dan dilukis kepada guru matapelajaran yang terlibat.


Program Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2014 berjalan  dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah  serta objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan baik.  




Monday 4 August 2014

Gambar Dan Logo Serta Tema Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57

Gambar logo dan tema hari Kemerdekaan Malaysia 2014 kali ke 57. Slogan “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta” merupakan tema rasmi Sambutan Hari Merdeka 2014 di negara ini. Tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Maksud tema itu juga akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.
Tema Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57
“Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”


Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57

Jadual Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Malaysia

Sambutan kemerdekaan tahun ini bermula dengan program Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra, Putrajaya diikuti Kempen Kibar Jalur Gemilang dijadual dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos. Kemuncak sambutan iaitu acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia pula di Sarawak pada 16 Sept.


Friday 11 July 2014

Ceramah Sempena Minggu Anti Dadah SKPTLDM

11/7/2014 (Jumaat): Ceramah sempena Minggu Anti Dadah SKPTLDM diadakan di kantin sekolah yang melibatkan semua pelajar tahap 2. Ceramah disampaikan oleh Inspektor Amel Sufian dan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Minggu anti dadah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Pencagahan Dadah (PPDa) SKPTLDM. Selain dari ceramah, juga turut diadakan aktiviti-aktiviti lain seperti melukis dan mewarna poster, mencipta replika rokok dan 5 minit anti dadah.

 
Inspektor Amel sedang memberi ceramah berkaitan dengan dadah



Cikgu Haris mempengerusikan slot ceramah

PK 1 Puan Khatijah menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan

Penolong Kanan HEM Hajah Siti Zaharah dan PK 1 Pn.Khatijah bergambar bersama penceramah jemputan. Turut bersama ialah cikgu Haris dan cikgu Norbi guru bimbingan dan kaunseling

Friday 4 July 2014

MAJLIS PELANCARAN SMART SUPPORT TEAM (SST)

4/7/2014 (Jumaat): Majlis Perasmian Smart Support Team (SST) Peringkat Negeri Perak  diadakan di Dewan EMV Manjung pada 27 Jun 2014 bermula jam 3.00pm. Ia melibatkan guru bimbingan dan kaunseling yang akan memberi khidmat bantuan psikologi sekiranya berlaku bencana alam di seluruh negeri Perak khasnya.