MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 19 January 2019

Perjumpaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

19/1/2019: Perjumpaan PRS kali pertama sesi tahun 2019 diadakan di open class pada jam 8.30pagi  yang dikendalikan oleh guru penasihat iaitu cikgu Norbi dan cikgu Zuliadi dari unit bimbingan dan kaunseling SKPTLDM.


Perjumpaan ini bertujuan membincangkan beberapa perkara seperti perlantikkan jawatankuasa PRS, peranan PRS disekolah dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.


Dengan falsafah PRS "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain" diharap ahli PRS dapat mempraktikkan di dalam  menjalankan tugas harian di sekolah dan dapat membentuk keperibadiaan dan sahsiah yang terbaik di sekolah sebagai role model kepada pelajar-pelajar lain.



Selain itu tugas utama PRS adalah membantu unit bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan setiap program dan aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya nanti PRS akan menerima watikah perlantikkan dan beberapa kursus yang akan diberikan untuk memastikan mereka tahu dan faham tentang tugas serta peranan mereka di sekolah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DILANTIK PRS TAHUN 2019. TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MENGIZINKAN ANAK JAGAAN MENJADI AHLI PRS. TERLEBIH DAHULU PIHAK KAMI MEMOHON KEMAAFAN JIKA ADA SEBARANG KEKURANGAN SEPANJANG MENGENDALIKAN PRS TAHUN INI. SEGALA CADANGAN PIHAK PENJAGA BOLEH AJUKAN DI WHATSAPP PRS. PIHAK KAMI SANGAT MENGALU-ALUKAN CADANGAN ANDA.

Wednesday 16 January 2019

PERJUMPAAN BSMM KALI 1 SESI 2019

16/1/2019:perjumpaan kali pertama persatuan BSMM SKPTLDM1 diadakan di kelas tahun 6 Delima. Turut hadir ialah guru-guru penasihat yang mengendalikan perjumpaan kali ini. Perjumpaan ini diadakan bertujuan mesyuarat agung untuk melantik jawatankuasa BSMM bagi sesi persekolahan tahun 2019. Seramai 67 orang ahli yang hadir . Sebelum itu ahli-ahli dingatkan membawa buku log dan kain anduh setiap kali perjumpaan oleh guru penasihat.

 Perjumpaan diadakan bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.30petang.

JAWATANKUASA BSMM SKPTLDM1 SESI 2019

LATIHAN KAWAD