MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 27 February 2013

Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1
1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

Monday 25 February 2013

Luahan Hati seorang IBU



Anakku,

Apabila ibu memarahi kamu,
Janganlah merasakan ibu seorang yang jahat,
melainkan niat ku untuk membentuk mu,
menjadi seorang insan yang berguna,
didunia mahupun akhirat.

Anakku,
Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu,
Ketahuilah kamu bahawa luka di tangan dan tubuh kamu,
terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu,
kerana terpaksa memukul anak nya,
untuk memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku,
Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan,
Ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan,
uuntuk berpisah dengan jantung hati ibu,
semaata-mata untuk melihat anaknya berjaya.

Anakku,
Jika ada keinginan mu ditentang,
Janganla kamu membenci ibu mu ini,
kerana ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang,
kerana akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Anakku,
hati seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya menangis dihadapannya,
tetapi tidak akan sekali-kali membenarkan keinginan itu membunuh anaknya,
di masa hadapan.

Anakku,
Ibu ibarat seorang lilin yang membakar diri,
untuk menerangi anaknya,
dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun,
anaknya tidak sesekali dibiarkan susah dan lapar.

Anakku,
Jika kamu sakit,
Ibu rela menggantikan tempat itu dari melihat kamu menahan kesakitan,
Jika kamu menjadi buta,
Ibu sanggup memberi mata ibu,
Jika kamu memerlukan buah pinggang,
ambil lah buah pinggang ibu,
Jika kamu sedang nazak,
Ibu sanggup memberi nyawa ibu andai boleh dilakukan,
Namun ibu bukannya Tuhan,
Begitulah tingginya kasih sayang seorang ibu.

Anakku,
seandainya telah sampai waktu ibu pergi menghadap Ilahi,
jaga lah dirimu sebaik ibu mu ini menjaga dirimu,
jagalah maruah mu untuk kesenangan ibu dan ayah disana,
dan jangan sekali-kali dilupakan,
Ibu terlalu menyanyangimu,
melebihi nyawa ibu.

Anakku,
walaupun jasad dimamah bumi,
namun doa seorang ibu untuk anaknya tidak pernah hilang,
malah akan sentiasa dihati ibu,
walau dimana ibu berada.

Anakku,
bila ibu sudah tiada,
ingatlah ibu didalam doamu,
semoga kamu menjadi isteri dan ibu yang baik,
suatu hari nanti,

Anakku..
Kau lah permata hatiku.

LAPORAN PROGRAM:KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2013



Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin sekolah seperti pengawas, ketua kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat penting untuk dikuasai oleh semua ahli yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya mereka  dapat memacu diri mereka ke arah kecemerlangan sahsiah. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan prestasi dan kualiti kepimpinan mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.

Kursus ini dilaksanakan untuk kumpulan sasar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ahli pembimbing rakan sebaya. Program ini dilaksanakan pada 22 hingga 23 februari  2013 di  Kem Amir Chalet Kampung Baru, Setiawan.

Para peserta bertolak ke Kem Amir Chalet dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan oleh pihak TLDM pada jam 3.30 petang. Sebelum itu semua peserta berkumpul dikantin untuk mendengar taklimat awal dan membuat semakan nama peserta yang melaporkan diri oleh AJK pendaftaran.

Kira-kira jam 4.00 petang peserta sampai di Kem Amir Chalet dan terus membuat pendaftaran di meja urusetia diketuai oleh cikgu Salwa dan dibantu oleh cikgu Nureha. Semasa pendaftaran peserta telah ditetapkan bilik masing-masing yang telah disediakan. Sebanyak 5 buah bilik disediakan oleh pihak chalet untuk penginapan peserta

Setelah selesai pendaftaran dan  lebih kurang jam 4.30 petang selepas menghantar pakaian ke bilik masing-masing semua peserta minum petang dikantin chalet. Seterusnya mereka masuk ke dewan untuk menjalankan aktiviti ice breaking. Aktiviti ini diketuai oleh cikgu Zuliadi dan dibantu oleh beberapa orang fasilitator. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memastikan peserta salin kenal mengenali dengan semua peserta, mewujudkan kemesraan diantara mereka dan sebagainya. Selain itu juga pembentukkan kumpulan turut dibuat semasa aktiviti ice breaking dijalankan.

Seterusnya pada jam 6.30 petang peserta mempersiapkan diri untuk menjalankan aktiviti kerohaniaan bagi peserta islam seperti solat maghrib, solat hajat, solat isya dan zikir yang diketuai oleh ustaz Fadzil dan Ahmad Syaibani. Manakala bagi peserta bukan islam mereka diberikan tugasan yang bersesuaian oleh fasilitator yang terlibat.

Pada jam 9.15 malam selepas menunaikan solat isyak aktiviti seterusnya ialah peserta perlu menyiapkan tugasan yang disediakan oleh fasilitator yang diketuai oleh cikgu Norbi. Aktiviti ini mengambil masa 2 jam dengan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk mengenalpasti beberapa nilai-nilai murni yang diamalkan setiap kumpulan seperti bekerjasama, kreativiti, bertanggungjawab dan sebagainya. Seterusnya pada jam 11.15 malam peserta disediakan minum malam sebelum  masuk ke bilik untuk tidur.

Semua peserta bangun tidur pada jam 5.30 pagi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh  disurau yang diketuai oleh cikgu Adam dan ustaz Ahmad Syaibani. Kira-kira jam 8.00 pagi peserta melakukan sedikit senaman dengan aktiviti berjalan kaki sekitar pantai berhampiran dengan kem yang diketuai oleh cikgu Adam dan dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang lain.

Pada jam 8.30 pagi peserta bersarapan pagi dan selepas itu mereka mmbuat persiapan diri untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Aktiviti kali ini dijalankan oleh semua peserta mengikut  unit masing-masing yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa unit masing-masing. Dimana pengawas diketuai oleh cikgu Salmiah, pengawas pusat sumber cikgu Asfarrita dan Pembimbing Rakan Sebaya ialah cikgu Norbi. Aktiviti yang dijalankan melibatkan peranan dan tanggungjawab mereka disekolah dalam menjalankan tugas harian sebagai pemimpin pelajar. Aktiviti ini mengambil masa  lebih kurang 2 jam  dan setelah selesai peserta diarahkan ke kantin untuk minum pagi.

Pada jam 11.00 pagi semua peserta dikehendaki berada didalam dewan untuk mengikuti aktiviti ceramah dan  majlis penutupan kursus kepimpinan pelajar tahun 2013. Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah Norafiza binti Mohd Hasdi daripada Fakulti Pentadbiran Perniagaan UiTM Seri Iskandar. Selepas 1 ½ jam, majlis penutupan dijalankan, dimana ia dimulai dengan ucapan oleh wakil pengajur kursus iaitu cikgu Norsikin, bacaan doa oleh ketua pelajar, ucapan wakil peserta, penyampaian sijil penyertaan oleh penolong kanan Hal Ehwal Murid cikgu Maziah Abdul Rahman dan diakhiri dengan persembahan peserta dengan menyanyikan lagu tema kursus iaitu “Aku Yang Terpilih”.


Kursus ini disertai oleh 107 daripada 109 peserta yang telah membuat pendaftaran sebelum ini. Namun semasa pendaftaran 2 orang peserta telah dimaklumkan mengalami masalah kesihatan oleh penjaga masing-masing. Kursus ini dikendalikan dengan baik dan lancar oleh guru-guru sebagai fasilitator yang terlibat mengikut jadual tugasan masing-masing dengan penuh kerjasama dan prihatin terhadap tugas masing-masing.

Disepanjang kursus dijalankan keselamatan dan disiplin peserta terkawal dan tiada sebarang kemalangan yang berlaku,  namun ada sedikit ketidakselesaan peralatan di bilik penginapan. Dimana beberapa katil yang disediakan tidak boleh digunakan, namun peserta dinasihatkan  untuk tidur di bawah dengan dialaskan tilam.

Penglibatan peserta dalam semua aktiviti yang dijalankan sangat memuaskan dan mereka melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang disediakan oleh fasilitator dengan beberapa nilai-nilai murni dapat diperhatikan seperti kerjasama, kreatif, bertanggungjawab, tolong menolong dan sebagainya. Dari segi persiapan keperluan  kursus seperti bahan-bahan aktiviti, tempat dan fasilitator  dapat disediakan dengan sepenuhnya. Manakala keperluan makan dan minum, pengangkutan  serta penginapan  peserta dapat disediakan dengan baik dan lancar.




            Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pemimpin pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek. 

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:-
 SEMUA YANGTERLIBAT: PIHAK PENTADBIR, GURU-GURU, PELAJAR, IBU BAPA, PIHAK TLDM DAN PIHAK AMIR CHALET YANG MENJAYAKAN KURSUS INI...




Disediakan oleh,

AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Disemak oleh,                                                             Disahkan oleh,
HJH MAZIAH BT ABDUL RAHMAN              EN.RAMLAN BIN HUSSIN
PK HEM SKPTLDM                                           GURU BESAR SKPTLDM



Saturday 23 February 2013

Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun 2013


peserta bertolak ke kem Amir Chalet dengan menaiki 2 buah bas TLDM


Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin sekolah seperti pengawas, ketua kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat penting untuk dikuasai oleh semua ahli yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya mereka  dapat memacu diri mereka ke arah kecemerlangan sahsiah. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan prestasi dan kualiti kepimpinan mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.

Objektif kursus ini adalah  seperti memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan kepada peserta, meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi cabaran menjalankan tugas, memberi kefahaman mendalam kepada perserta tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi, memberi pendedahan terhadap kaedah dan  konsep pengurusan masa yang praktikal kepada peserta dan  melahirkan pemimpin  yang berkarisma dan berfikiran terbuka serta mempunyai jati diri yang kuat.


Kursus ini dilaksanakan untuk kumpulan sasar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ahli pembimbing rakan sebaya.

Program ini dilaksanakan pada 22 hingga 23 februari  2013 yang bermula pada hari  Jumaat  hingga sabtu jam  3.00 pm (Jumaat)  – 3.00 pm (Sabtu) bertempat di  Kem Amir Chalet Kampung Baru, Setiawan. Ia  dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif

Program dimulai dengan para peserta membuat pendaftaran   di kem Amir Chalet, ice breaking dan membuat tugasan pada malamnya pada hari pertama. Manakala pada hari kedua peserta melakukan senaman terlebih dahulu yang diketuai oleh cikgu Adam sebelum melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti latihan dalam kumpulan dan ceramah yang disampaikan oleh cik Norafiza Bt Mohd Hardi pensyarah UiTM Seri Iskandar dan berakhir dengan majlis penutup serta penyampaian sijil penyertaan kepada peserta oleh penolong kanan HEM puan Maziah.

            Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pemimpin pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pihak sekolah, guru-guru, pelajar, ibubapa dan semua. Pihak kami memohon kemaafan jika ada kelemahan dan kekurangan sepanjang mengendalikan kursus ini- GB&K SKPTLDM



Minum Petang

Pendaftaran Peserta

sesi ice breaking

Makan Malam

Aktiviti Kerohaniaan

Aktiviti Moral

Aktiviti Tugasan

Semangat Kerjasama diterapkan kepada peserta kursus



Thursday 21 February 2013

Teka-teki Imam Ghazali R.A


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Program Guru dan Sekolah Penyayang


Program Guru dan Sekolah Penyayang

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Aktiviti Selepas PMR Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 pada 11 Oktober, 2011 bertempat di Pejabat Pelajaran Putrajaya telah menetapkan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah akan menjadi Setiausaha kepada Program Guru dan Sekolah Penyayang manakala jawatan setiausaha Program Sekolah Selamat diberikan kepada Guru Disiplin.

Sehubungan itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang dengan slogan “Murid Didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan”. Dalam pelaksanaan program atau kempen tersebut, amalan dan pembudayaan elemen 9P dan 5K secara holistik hendaklah disemai agar dapat direalisasikan dalam konsep penyayang di sekolah pada semua peringkat dari pihak pengurusan, guru, bilik darjah, P & P, peraturan sekolah, PIBG, Pengawas, PRS, Pemimpin murid, Satf sokongan, pekerja dan pengawal keselamatan.

Elemen 9P adalah :                                    Elemen 5K adalah :

1.     Penyayang                                            1. Kesepunyaan
2.     Penerimaan                                           2. Kemesraan
3.     Penghormatan                                       3. Kepuasan
4.     Pengiktirafan                                         4. Keseronokan
5.     Prihatin                                                 5. Kesabaran
6.     Persefahaman
7.     Permuafakatan
8.     Perpaduan
9.     Persaudaraan

Antara contoh program yang dirancang hendaklah menuju ke arah :

1.     Kumpulan Pengurusan sekolah
1.1  Pentadbir yang dapat mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan
1.2  Pentadbir yang dapat memahami, merasai dan menghayati jiwa murid
1.3  Pentadbir yang dapat memenuhi keperluan murid untuk belajar dan keselamatan yang terjamin
1.4  Pentadbir yang bersikap rasional dan stabil dari segi emosi dan psikologi.


2.     Kumpulan Guru
2.1 Guru yang “caring and friendly’   dan menerima murid tanpa syarat
2.2 Guru yang penyayang, penyabar dan sentiasa tersenyum
2.3 Guru yang memenangi hati murid, sentuhan jiwa dan minda serta berupaya memahami
      murid
2.4 Guru yang meransang kreativiti, daya fikir dan pencetus inspirasi murid
2.5 Guru yang mempunyai penampilan diri dan karektor yang menarik
2.6 Guru yang sentiasa bersikap terbuka dan positif

3.     Pengajaran dan Pembelajaran
3.1  P&P yang menarik dan menyeronokkan mengikut kepelbagaian murid
3.2  P&P yang banyak menggunakan ‘soft skill’
3.3  P&P yang memberi rangsangan positif untuk menggalakkan pembelajaran

4.     Kumpulan Staf Sokongan
4.1  Staf sokongan yang sentiasa prihatin, membantu dan mesra pelanggan

5.     Peraturan Sekolah
5.1  Peraturan yang bersifat mendidik dan fleksible berdasarkan akta, peraturan dan surat
      arahan yang bersesuaian dengan situasi.

6.     Pemimpin Murid
6.1 Pemimpin murid sebagai ‘role model’
6.2 Pemimpin murid yang berperanan dan berkesan

7.     Kumpulan PIBG
7.1  PIBG yang berperanan mencari dana dan mewujudkan hubungan dua hala termasuk
menyumbangkan kepakaran.

Tuesday 19 February 2013

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2013


19/2/2013 (Selasa): Taklimat Perlawanan Bola sepak peringkat daerah yang diadakan  pada hari ini di Sekolah Dato Seri Kamarudin adalah seperti berikut:

JUMLAH PENYERTAAN: 32 BUAH SEKOLAH
Tarikh Perlawanan: 5 hingga 8 Mac 2013
MASA: PAGI HINGGA PETANG
HADIAH: SIJIL DAN MEDAL TEMPAT PERTAMA HINGGA KETIGA

Tempat  Dan Kumpulan:
KUMPULAN A ( TEMPAT: SK DATOK SERI KAMARUDIN)
1.       SKJT PANGKALAN BARU
2.       SK GELUNG GAJAH
3.       SKDATO’ SERI KAMARUDIN
4.       SK MOHD SAMAN

KUMPULAN B( TEMPAT: SK DATOK SERI KAMARUDIN)
1.       SKJT PUNDUT
2.       SKJT MGVS
3.       SK SG.WANGI
4.       SK BERUAS

KUMPULAN C  (SK SERI SAMUDERA)
1.       SK SERI SAMUDERA
2.       SAK AYER TAWAR
3.       SK SG TIRAM
4.       SK DATO’ ISHAK

KUMPULAN D (SK SERI SAMUDERA)
1.       SKJT LADANG SG.WANGI
2.       SK ST FRANCIS
3.       SK SERI MANJUNG
4.       SK  PANGKALAN TLDM 1

KUMPULAN E (SK LEKIR)
1.       SK LEKIR
2.       SK PANCHOR
3.       SK PANGKALAN BARU
4.       SK METHODIST AYER TAWAR

KUMPULAN F (SK LEKIR)
1.       SK PANTAI REMIS
2.       SK METHODIST SITIAWAN
3.       SK SERI PANGKOR
4.       SK SG BATU

KUMPULAN G (SK GANGGA)
1.       SK GANGGA
2.       SK SIMPANG EMPAT
3.       K PANGKALAN TLDM 2
4.       SK SERI SELAMAT

KUMPULAN H (SK GANGGA)
1.       SK SERI SITIAWAN
2.       SK NAKHODA MOHD TAIB
3.       SK LADANG WALBROK
4.       SK SERI BAYU

WE WANT WIN

Monday 18 February 2013

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN SEMPENA MAULIDURRASUL

18/2/2013 (ISNIN): Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Maziah Abdul Rahman, Pen.Kanan HEM semasa perhimpunan mingguan sekolah. Hadiah disampaikan kepada peserta yang telah berjaya dalam pertandingan sempena menyambut maulidurrasul SKPTLDM yang lepas anjuran Panitia Pendidikan Islam








TINDAKAN PESERTA KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR PADA 22-23/02/2013

Berikut adalah jadual Kursus Kepimpinan Pelajar yang akan diadakan pada 22-23/02/3013 di Amir Chalet. Peserta juga boleh merujuk di papan kenyataan UBK secara lebih jelas lagi.