MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 29 June 2013

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 4 DAN 5 HARMONI SKPTLDM

29/6/2013: Program motivasi yang melibatkat pelajar tahun 5 Harmoni dan 4 Harmoni telah sempurna diadakan pada 28 Jun 2013 di SKPTLDM yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.  Program ini adalah usaha berterusan pihak sekolah untuk pembangunan sahsiah pelajar dengan kerjasama antara Unit Bimbingan Dan kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam dan PIBG

CIKGU NORBI MENERANGKAN TENTANG PERJALANAN PROGRAM KEPADA PESERTA

Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan, mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat dan mentranformasikan  pembangunan pelajar  ke arah melahirkan generasi  yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam seperti bacaan yasin, solat hajat, LDK dan ceramah motivasi.

CIKGU NORFAAZILA MENGENDALIKAN AKTIVITI 1 YANG TURUT DIBANTU OLEH AJK YANG TERLIBAT BERSAMANYA

Memandangkan pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan  dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang  meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat.  Seterusnya ia dapat mencegah masalah gejala disiplin di kalangan  pelajar.

CIKGU RAZANA  MEMERHATIKAN PELAJAR MEMBUAT AKTIVITI YANG DIARAHKAN

KERJASAMA PESERTA DALAM KUMPULAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN OLEH GURU

Kehadiran peserta yang terlibat sangat baik, namun dari segi kehadiran  ibu bapa/penjaga kurang memuaskan berbanding pada program  yang melibatkan tahun 4Bestari dan 5 Bestari yang telah diadakan sebelum ini. Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang telah diadakan ini dan lebih bermotivasi dan cenderung untuk membentuk diri lebih positif dan  belajar dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek.

USTAZAH NORHUDA SEDANG MENGENDALIKAN AKTIVITI MOTIVASI YANG TURUT DIBANTU BEBERAPA ORANG AJK YANG TERLIBAT


PESERTA MENIKMATI MAKAN MALAM YANG TELAH DISEDIAKAN

USTAZ FAISAL MENGENTUAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI

PARA PESERTA SEDANG MENIKMATI MAKAN MALAM YANG TELAH DISEDIAKAN

SEBAHAGIAN IBU BAPA YANG HADIR BERSAMA UNTUK MENGKUTI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI YANG DIKETUAI OLEH USTAZ FAISAL DARI SK LUMUT

ENCIK ZULMAN NYDP PIBG MENERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PROGRAM YANG DIADAKAN KEPADA PELAJAR DAN IBU BAPA YANG HADIR

USTAZ FAISAL MENUNJUKKAN CONTOH BAGAIMANA HATI MANUSIA APABILA DIKOTORI DENGAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG BURUK.

IBUBAPA ADALAH ORANG YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK

PN.ZAHARAH (PK HEM) MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN USTAZ FAISAL

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik terutamanya AJK Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh ustazah Norhuda,  guru matapelajaran kedua-dua kelas , pihak pentadbir, pelajar dan ibubapa yang hadir.  Semoga ALLAH membalas pengorbanan kalian dengan keberkatan. Apa yang penting kita bersama-sama membentuk sikap pelajar kearah yang diredhai oleh ALLAH S.W.T tanpa mengharapkan sesuatu ganjaran di dunia. Perlu diketahui  bahawa untuk membentuk sikap bukan sekali dua ingatan kepada pelajar tapi ia memerlukan masa,. Sekurang-kurangnya usaha sudah dilakukan, sedangkan nabi Muhammad sendiri pun bertahun-tahun berdakwah untuk mengubah sikap dan kepercayaan orang kafir

Thursday 13 June 2013

TAKLIMAT TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL DAERAH MANJUNG DAN PERAK TENGAH

13/6/2013: Taklimat diadakan di Kolej Vokasional Manjung yang dihadiri oleh guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah dan rendah daerah Manjung dan Perak Tengah. Taklimat bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.30pm. Taklimat diadakan bertujuan untuk menjelaskan kepada semua GB&K tentang transformasi pendidikan vokasional dan kepentingan kepada pelajar terutamanya pelajar yang  mempunyai tahap pencapaian peringkat pertengahan dalam bidang akademik agar masa depan mereka terus gemilang. Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di aliran vokasional boleh menghubungi pihak kolej untuk mendapatkan maklumat dan penerangan secara jelas. Di kolej vikasional Manjung sendiri terdapat dua kursus ditawarkan iaitu elektrik dan elektronik. 

Tuan Haji Bakar Bin Md Jelas Pengarah vokasional  Port Dickson menerangkan secara terperinci tentang pendidikan vokasional


Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Daerah Manjung Ustaz Lothfi  menerangkan tentang kurikulum yang diajar di Kolej Vokasional Manjung

GB&K daerah Manjung yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah bergambar bersama pengarah dan timbalan pengarah Kolej Vokasional Manjung selepas sesi taklimat