MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 11 March 2011

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6

Majlis bacaan yasin dan solat hajat telah diadakan di dewan sekolah kebangsaan Pangkalan TDLM pada 10/03/2011 pada jam 7.00 hingga 9.00 malam telah diadakan dengan lancar. Majlis tersebut telah diketuai oleh ustaz Fadhil sebagai imam solat hajat. Selain daripada itu kehadiran guru-guru ke majlis tersebut turut mengeratkan hubungan dan interaksi bersama ibu bapa pelajar. Secara tidak langsung guru-guru dapat mengentahui masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menghadapi UPSR nanti. Majlis tersebut dimulai dengan bacaan zikir secara beramai-ramai sehingga masuk waktu solat maghrib. Selepas solat maghrib ia diteruskan dengan solat hajat dan bacaan surah yasin oleh guru, ibubapa dan pelajar beramai-ramai. Majlis tersebut berakhir selepas solat isyak lebih kurang jam 9.20 malam.

Thursday 10 March 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2011 PENUH KONTROVERSI...

Kejohanan bola sepak bawah 12 tahun daerah Manjung telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato'Kamaruddin pada peringkat kumpulan dan pada peringkat separuh akhir ia diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Dalam Perlawanan tersebut ia berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 - 9 Mac 2011. Dalam perlawanan tersebut SKPTLDM telah mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada SK Seri Bayu melalui sepakan penalti iaitu 4-3. Diawal permainan agak baik dengan SKPTLDM telah berjaya mendahului SK Seri Bayu 1-0 pada babak pertama. Namu diakhir babak kedua Seri Bayu menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti di akhir perlawanan dan seterusnya membawa perlawanan ke masa tambahan. 20 minit perlawanan berlangsung masih lagi kedudukan seri dan membawa kepada sepakan penalti. Dalam perlawanan ini jelas pengadil lebih memihak kepada Seri Bayu dimana, banyak advantage tidak diberikan kepada SKPTLDM walaupun pemaian SK seri Bayu jelas melakukan kesilapan. Namun begitu pihak pengurusan dan jurulatih skptldm terpaksa akur dengan keputusan pengadil. Apa yang dapat diperkatakan dalam perlawanan tersebut, keputusan pengadil telah mempengaruhi dan menidakan SKPTLDM ke perlawanan akhir perlawanan bola sepak bawah 12 tahun peringkat daerah Manjung 2011. Dalam Perlawan akhir SKPTLDM 2 telah berjaya mengalahkan SK seri Bayu dengan sepakan penalti.

Monday 7 March 2011

Program Smart Sifir Dan Bahasa Inggeris 2011 Anjura UBK SKPTLDM

Program smart sifir dan bahasa inggeris telah berlangsung pada 5 Mac 2011 di dewan SKPTLDM dengan baik. Program tersebut diadakan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari yang melibatkan pelajar tahun 3,4,5,6 dengan bayaran RM20 seorang. Program tersebut dikendalikan oleh fasilitator yang dijemput khas dari Shah Alam Selangor. Sepanjang program ini berlangsung para pelajar telah memberi kerjasama dan tumpuan yang baik. GBK iaitu pn.Norbi dan en.Ahmad Zuliadi serta guru yang hadir pada hari tersebut berpuas hati dengan penganjuran program tersebut. Dengan adanya program seperti ini diharap para pelajar dapat mempraktikan dalam menjawab ujian yang akan diadakan nanti. Selain dari itu juga tujuan program ini juga untuk memudahkan para pelajar menghafal sifir dan bahasa inggeris berdasarkan teknik dan kaedah yang telah dijar sepanjang program tersebut.

Friday 4 March 2011

Pemain Terbaik Kejohanan Hoki Daerah Manjung 2011

Pemain terbaik kejohanan hoki peringkat daerah Manjung 2011 telah disandang oleh adik Shahhairul dari SKPTLDM. Tahniah diucapkan..semoga teruskan komitmen.

Thursday 3 March 2011

KEJOHANAN HOKI PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2011

Kejohanan hoki peringkat daerah Manjung telah diadakan pada 1 dan 2 Mac 2011 di padang hoki Majlis Daerah Manjung. kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari yang melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Manjung seperti Sk.Sitiawan, Sk, Dato'Kamarudin, Sk.Kayan, SK.Nakhoda,SK.TLDM dan SK.Pangkor. Dalam Kategori Perempuan johannya disandang oleh SK.Sitiawan dan bagi SKPTLDM telah menduduki tempat ketiga. Manakala dalam kategori Lelaki SKPTLDM dinobatkan sebagai juara dimana telah berjaya merampas kedudukan dari bekas juara tahun lalu SK Kayan. Kejohanan tersebut diadakan dengan penuh meriah dengan sokongan daripada penyokong setiap pasukan yang bertanding. Dalam Kejohanan tersebut 6 orang pemain lelaki dan 5 orang perempuan dari SKPTLDM telah dipilh untuk mewakili kejohanan hoki peringkat negeri perak. Bagi SKPTLDM yang dibawah kendalian jurulatihnya cikgu Mohd Shah dan Pn.Ro'idah serta dibantu oleh cikgu Zuliadi kejayaan pasukan hoki kali ini telah mencapai keputusan yang baik dan cemerlang. dalam perlawanan tersebut SKPTLDM telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos dalam kategori lelaki. Dengan semangat kesukanan dan kerja berpasukan yang ditonjolkan oleh pasukan hoki lelaki dan perempuan SKPTLDM mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih.."MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH"