MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 17 January 2011

MENGENALI KAUNSELING

Definisi Kaunseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Objektif Kaunseling Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan berkesan. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi melalui proses penyelesaian masalah. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu. Menolong klien menyelesaikan masalahnya. Tujuan Kaunseling 1. Memberi Maklumat Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor 2. Menggalakkan Celik Akal Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya 3. Memberi Sokongan Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. 4. Penyelesaian Konflik Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 5. Membuat keputusan Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil Aktiviti Kaunseling PERKEMBANGAN Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif PENCEGAHAN Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya INTERVENSI Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri PEMULIHAN Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya

OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.3.1 Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan: 2.3.1.1 Pemilihan mata pelajaran secara berkesan. 2.3.1.2 Kemahiran belajar. 2.3.2 Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan : 2.3.2.1 Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran. 2.3.2.2 Ujian psikometrik. 2.3.3 Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui: 2.3.3.1 Program psikososial. 2.3.3.2 Program kesejahteraan mental. 2.3.4 Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui: 2.3.4.1 Konsultasi keibubapaan. 2.3.4.2 Kaunseling keluarga. 2.3.5 Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:- 2.3.5.1 Pendekatan Keluarga Cemerlang 2.3.5.2 Pembentukan Jati Diri Remaja 2.3.5.3 Sekolah Bebas Dadah 2.3.6 Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:- 2.3.6.1 Mengenal Diri Dan Potensi Diri 2.3.6.2 Kemahiran Kepimpinan 2.3.6.3 Kehidupan Bermasyarakat 2.3.6.4 Penyelesaian Masalah

MUKADIMAH

Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid. Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan. Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu menjalankan tugas-tugas seharian sebagai seorang guru kaunseling.

Saturday 15 January 2011

Program Kesedaran: Keibubapaan Tahun 5 K

27 Jun 2011 (Isnin): Program kesedaran telah diadakan di Makmal Bestari SKPTLDM yang melibatkan tahun 5 K sahaja. Program ini diadakan bertujuan ,memberi kesedaran kepada para pelajar tentang betapa besarnya peranan ibu bapa untuk memberi pendidikan kepada mereka. Ia diadakan pada jam 12.50 tengah hari selama 1 jam. Terima kasih kepada semua pelajar 5K yang telah memberi kerjasama. Dan di harap semua pelajar sentiasa sedar akan tanggungjawab mereka terhadap amanh ibu bapa dalam mencapai kejayaan di dalam pembelajaran. Semoga berjaya dalam pelajaran.

Thursday 13 January 2011

MUAT TURUN LAGU/DOA

1. Lagu Negaraku (Vokal & Minus One)
KLIK UNTUK DOWNLOAD



2.Lagu Patriotik Set 1
-Akhlak Mulia Masyarakat Kita, Alam Tanahair, Anak Merdeka, Bersatu Berdisiplin, Bersatu ke Alaf Baru, Budaya Menentu Kecapaian, Bersatu Menuju Wawasan, Bersatu, Bumi Malaysia, Darah Satria, Fikirkan Boleh, Inilah Barisan Kita, Kemegahan Negaraku, Khidmat Negara, Ku Cari Damai Abadi, Malaysia Baru, Malaysia Berjaya, Malaysia Jaya, Malaysia Tanahairku, Malaysiaku Gemilang, Muhibbah, Negara Berkehendakkan Kamu, Negara Kita Tanggungjawab Kita, Nyalakan Tekad, Pahlawanku, Perajurit Tanah Air, Putra Putri, Tanah Pusaka, Wawasan 2020, Wira Wirawati Negara.
KLIK UNTUK DOWNLOAD

3.Lagu Patriotik Set 2
-Berjaya (vokal), Berjaya (minus), Budi Bahasa (vokal), Budi Bahasa (minus), Cemerlang (vokal), Cemerlang (minus), Dirgahayu Tanah Airku (vokal), Dirgahayu Tanah Airku (minus), Guru Malaysia (vokal), Guru Malaysia (minus), Jalur Gemilang (vokal), Jalur Gemilang (minus), JPNJ (vokal), JPNJ (minus), Keranamu Malaysia (vokal), Keranamu Malaysia (minus), Kualiti (vokal), Kualiti (minus), Perkhidmatan Awam (vokal),Perkhidmatan Awam (minus), Tanggal 31(vokal), Tanggal 31(minus).
KLIK UNTUK DOWNLOAD



4. Lagu Kanak-Kanak
-Anak Ikan, Anak Itik Tok Wan, Bengawan Solo, Buih Sabun, Chan Mali Can, Cik Mamat, Di Tanjong Katong, Du Du Da, Enjit-enjit Semut, Gelang Si Paku Gelang, Ikan Kekek, Itu Bulan, Itu Bintang, Jong jong Inai, Kapur Sirih, Katak Lompat, Kopi Susu, Lenggang Kang Kong, Oh Bangau, Oleh oleh Bandung, Rasa Sayang, Suar Suir, Suriram, Tepuk Amai Amai, Terek Tek Tek, Wau Bulan.
KLIK UNTUK DOWNLOAD



5.Himpunan Doa
-Doa ziarah hari raya
KLIK UNTUK DOWNLOAD


-Doa Jamuan
KLIK UNTUK DOWNLOAD


-Doa Khatam Al-Quran
KLIK UNTUK DOWNLOAD


-Doa Majlis Perpisahan
KLIK UNTUK DOWNLOAD

Sumber Dan Kredit Kepada:- SK. Seri Maimon, Batu Pahat Johor