MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday 3 July 2018

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH

2 JULAI 2018(ISNIN): Para pelajar merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Rosaknya sesebuah negara pada masa depan bergantung kepada nilai-nilai dan sikap generasi masa kini. 


Pada hari ini  Unit pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1 dengan kerjasama guru Im Free telah melancarkan minggu pendidikan pencegahan dadah dan I'M Free peringkat sekolah yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 Hajah Siti Zaharah Bin Mokhtar sesi pagi dan Puan NorFaazila Bt Hamzah untuk sesi petang.



Para pelajar memerlukan pengentahuan yang tepat dan berkesan  untuk memastikan  langkah-langkah awal yang perlu diambil bagi mengelakkan terjebak kepada najis dadah sepanjang menuju ke alam remaja yang penuh cabaran.
Minggu anti dadah yang dilaksanakan akan memberi impak yang besar kepada pelajar kerana pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan melalui aktiviti yang dijalankan seperti ceramah, pameran dan pertandingan

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang minggu pendidikan pencegahan dadah dan I m Free.
Aktiviti
1.     Ceramah / Pameran/Persembahan Pelajar
2.      Pertandingan (Poster, mewarna, koir dan sebagainya)
3.     Bimbingan Kelas
4.     Hebahan Maklumat  Disudut PPDa/ Tayangan Video / 5 Minit dadah / Kemaskini Sudut PPDa


Dengan sambutan minggu PPDa yang akan diadakan semua warga sekolah memperolehi manfaat menerusi aktiviti yang disediakan. Mereka memperolehi maklumat yang  berguna dan bermanfaat. Secara tidak langsung mereka tidak melibatkan diri dalam segala tindakan yang akan menjerumus ke gejala penagihan dadah. Usaha yang berterusan ini akan dapat  melahirkan generasi  yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Monday 14 May 2018

PROGRAM SAYANGI DIRI TAHUN 5

14/4/2018: Kem sahsiah dan disiplin diadakan selama 2 hari yang bermula pada 13 april dan berakhir pada 14 april di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1. Objektif utama ialah peningkatan disiplin diri dan pembangunan sahsiah diri murid. Seramai 70 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahap 2 lelaki dan perempuan. Aktiviti bermula jam 6.00petang dengan pendaftaran pelajar dan berakhir pada jam 10.30pagi keesokan harinya dengan aktiviti ceramah yang disampaikan oleh En.Mahadi Bin Bin Zamri dari PPD Manjung. Antara aktiviti lain ialah seperti solat maghrib dan isyak berjemaah, tazkirah disampaikan oleh ustaz Syaibani, muhasabah diri yang disampaikan oleh ustazah jemputan dan SK Seri Selamat iaitu puan Asiah dan aktiviti-aktiviti lain yang dikendalikan oleh guru-guru SkPTLDM1.

Saturday 14 April 2018

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

14/4/2018: Kem sahsiah dan disiplin diadakan selama 2 hari yang bermula pada 13 april dan berakhir pada 14 april di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1. Objektif utama ialah peningkatan disiplin diri dan pembangunan sahsiah diri murid. Seramai 70 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahap 2 lelaki dan perempuan.

Aktiviti bermula jam 6.00petang  dengan pendaftaran pelajar dan berakhir pada jam 10.30pagi keesokan harinya dengan aktiviti ceramah yang disampaikan oleh En.Mahadi Bin Bin Zamri dari PPD Manjung. Antara aktiviti lain ialah seperti solat maghrib dan isyak berjemaah, tazkirah disampaikan oleh ustaz Syaibani, muhasabah diri yang disampaikan oleh ustazah jemputan dan SK Seri Selamat iaitu puan Asiah dan aktiviti-aktiviti lain yang dikendalikan oleh guru-guru SkPTLDM1.
Slot Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh en.Mahadi dari PPD Manjung

Pelajar membuat pendaftaran untuk kem Sahsiah Dan Disiplin
Pelajar Mendengar takzirah ringkas yang disampaikan oleh cikgu Adam selepas solat isyak dan oleh ustas Syaibani selepas solat Magrib
Malam Muhasabah diri yang dikendalikan oleh Ustazah Asiah dari SK Seri Selamat


Sebahagian guur yang turut  hadir membantu menjayakan kem Pemantapan Sahsiah Dan Disiplin 2018







Thursday 29 March 2018

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KRAFTANGAN NEGARA

Pada 28 Mac 2018 seramai 37 orang murid tahun 5 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kraftangan Negara di Kuala Lumpur. Turut bersama ialah 4 orang guru pengiring dan matan penolong kanan 1 puan Khatijah Bt Ali.



Rombongan lawatan bertolak dari sekolah pada jam 7.00 pagi dengan menaiki bas Arwana yang disewa khas oleh pihak sekolah. Pada jam 10.30 pagi rombongan telah selamat tiba di Kuala Lumpur dimana tempat lawatan yang pertama ialah sekitar Tugu Negara. Selepas itu, rombongan terus pergi melawat ke Pusat Kraftangan Negara sebelum makan tengah hari.

Sepanjang lawatan disekitar Pusat Kraftangan Negara banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh pelajar untuk diaplikasikan di dalam pembelajaran mereka di sekolah seperti bahan dan cara membuat bahan kraftangan daripada rotan, kayu, tembaga, kain dan sebagainya. Selain itu juga pelajar turut mengambil kesempatan melakukan aktiviti tradisional seperti permainan, cara menangkap ikan, melastik burung dan sebagainya.


Sebelum bertolak pulang pelajar turut membeli cenderamata untuk di bawa pulang sebagai tanda kenang kenangan. Pada jam 5.00petang rombongan bertolak pulang ke sekolah dan selamat tiba pada jam 9.30 malam. 

Kami dari pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan ibubapa kerana membenarkan anak masing-masing menyertai dan menjayakan program lawatan ini dan segala kelemahan dan kekurangan kami memohon berbanyak kemaafan.

Saturday 10 March 2018

MOTIVASI PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID

9 Mac 2018: Motivasi diadakan untuk pelajar tahun 6 bertujuan membentuk keperibadian cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tapi yang paling peting ialah sikap mereka juga perlu seiring  dalam mencapai kegemilangan di dalam hidup.

Program motivasi dikendalikan oleh puan Huzaimah Bt Roghibin kaunselor daripada Sekolah Menengah Convent Sitiawan.


Thursday 8 March 2018

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN (TMS)

Program teknik menjawab soalan SKPTLDM 1 disasarkan kepada semua calon UPSR 2018 seramai 98 orang. Ia dikendalikan oleh guru-guru penanda kertas soalan UPSR Lembaga Peperiksaaan Malaysia dari SKPTLDM 1 iaitu Puan Salwa( Bahasa Melayu Pemahaman), En.Rasidi (Bahasa Melayu Penulisan), Pn.Fadzrina (Matematik) dari sk Simpang 4, Cik Komathy (Bahasa Inggeris Pemahaman), Puan Vani (Bahasa Inggeris Penulisan) Dan Puan Noni Hanizar (Sains). Program dijalan selama dua hari bermula 7-8 mac 2018 di dewan SKPTLDM 1,