MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 30 June 2012

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lawatan ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang pada tahun 2012 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPTLDM. Program ini akan disertai oleh para pelajar yang menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ahli Pusat Sumber Sekolaha (PSS). Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang dunia globalisasi ,kemajuan teknologi dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui pemerhatian, penerangan dan sebagainya. Ini juga merupakan pembelajaran secara tidak langsung di luar bilik darjah.

HARI INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA

29/06/2012 (Jumaat): Interaksi bersama ibu bapa PKSR1 yang melibatkan semua guru kelas. Cikgu Hashim sedang menerangkan sesuatu kepada bapa pelajar yang berkaitan dengan prestasi anaknya.
Cikgu Saari Guru Kelas 5P
Cikgu Mimi Anita..

Thursday 28 June 2012

CERAMAH DAN PAMERAN OLEH AADK MANJUNG

28/06/2012 (KHAMIS): Sempena minggu anti dadah SKPTLDM yang diadakan selama 2 minggu, pada hari ini diadakan program ceramah dan pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Manjung (AADK). Program ceramah diadakan melibatkan semua pelajar tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 yang diadakan di kantin sekolah.

Tuesday 26 June 2012

AGENDA MESYUARAT AJK PIBG KALI -1

**Gambar Arkib UB&K

MESYUARAT AJK PIBG 1
TARIKH:26 Jun 2012
MASA:2.20 ptg

Penyampaian Penghargaan Kepada Pelajar Cemerlang PKSR 1

26/06/2012 (Selasa): Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang disempurnakan oleh guru besar SKPTLDM iaitu en.Ramlan Bin Hussin semasa perhimpunan pagi sekolah. Walaupun nilai hadiah tidaklah seberapa tetapi apa yang penting segala usaha pelajar untuk mencapai keputusan terbaik di dalam peperiksaan dihargai oleh pihak sekolah. Seramai 30 orang pelajar yang telah menerima hadiah mengikut kelas, dimana 5 orang yang terpilih bagi setiap kelas. Selain dari itu nama-nama pelajar beserta gambar mereka turut dipamerkan di papan kenyataan sekolah. TAHNIAH kepada semua pelajar semoga teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi dalam peperiksaan PKSR 2.
PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM PKSR 1 2012

Monday 18 June 2012

PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH SKPTLDM 2012

18/06/2012: Perasmian minggu anti dadah yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SKPTLDM berjaya di sempurnakan oleh Guru Besar iaitu en.Ramlan Bin Hussin. Sebelum perasmian bermula pengenalan ringkas tenntang dadah dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu anti dadah oleh guru bimbingan dan kaunseling pn.Norbi bt Ayob.

Saturday 16 June 2012

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (17 Jun 2012) InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.

Wednesday 6 June 2012

Luahan Pada Allah Atau Di Facebook?..

Rangkaian Sosial sememangnya satu fenomena yang drastik berlaku seiring dengan perubahan zaman yang serba canggih ini. Tatkala memasuki zaman berinternet ibarat dunia tanpa sepadan tambahan dengan pelbagai jenis interaktif dan penarikan yang menjadikan internet lebih menarik dan mengikuti kitaran kehidupan.