MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 11 October 2013

Program Bina Insan Murid Tahun 4K,4K,5P Dan 5K SKPTLDM

11/10/2013(Jumaat): Pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan  dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang  meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat. Di dalam islam panduan yang sempurna dan lengkap telah diterangkan tanpa  cacat cela bagi manusia untuk menjalani kehidupan seharian.

Pada 10/10/2013 telah diadakan Program Bina Insan Murid yang bertemakan "Murid Harapan Di Masa Hadapan" yang melibatkan semua pelajar tahun 4 Kualiti, 4 Pintar, 5 Kualiti dan 5 Pintar. Program tersebut diadakan di SKPTLDM bermula  jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung ialah ceramah motivasi, permainan kreatif, solat hajat dan bacaan yasin. Program ini juga turut dihadiri oleh ibubapa pelajar terutamanya semasa aktiviti motivasi dan bacaan yasin dan solat hajat. 

USTAZAH MARSIRAH PENCERAMAH JEMPUTAN DARI SMKA SULTAN AZLAN SHAH MEMBERI CERAMAH MOTIVASI KEPADA PELAJAR BAGAIMANA MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH SERTA ANAK YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT 

Program yang diadakan ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan yang diharapkan oleh mereka, ibubapa dan guru, mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar dan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi dan mentranformasikan  pembangunan pelajar  ke arah melahirkan generasi  yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam.


PELAJAR BEGITU KHUSYUK MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZAH MARSIRAH

Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk membentuk diri lebih positif dan  belajar dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek.


KEHADIRAN IBUBAPA SEMASA SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SANGAT BAIK DAN PIHAK SEKOLAH MENGHARAPKAN SOKONGAN DARIPADA IBUBAPA DAPAT DITERUSKAN BAGI BERSAMA-SAMA MEMBINA KECEMERLANGAN PELAJAR

USTAZ AHMAD SYAIBANI MENGETUAI MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT  YANG TURUT DIHADIRI OLEH NYDP P.I.B.G EN.ZULMAN


SEBAHAGIAN IBUBAPA YANG HADIR DALAM MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN


NYDP P.I.B.G EN.ZULMAN MENYAMPAIKAN  UCAPAN  SEBAGAI WAKIL DARI PIHAK IBUBAPA TENTANG HASRAT PIHAK P.I.B.G DARIPADA IBUBAPA, PELAJAR DAN GURU





EN.RAMLAN BIN HUSSIN GURU BESAR SKPTLDM MENYAMPAIKAN UCAPAN DIHADAPAN HADIRIN TENTANG SARANA SEKOLAH YANG DISARANKAN OLEH PIHAK KPM


ANTARA AKTIVITI DALAM KUMPULAN  YANG DIADAKAN PADA WAKTU PETANG BAGI MENILAI TAHAP KERJASAMA, KREATIVITI, TANGGUNGJAWAB DAN SAHSIAH PELAJAR


KERJASAMA DAN TOLONG MENOLONG SALAH SATU SIKAP YANG  DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG



Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pihak sekolah dan guru-guru yang  memastikan program berjalan dengan lancar, ibubapa yang turut memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka dengan menghadirkan diri dalam slot program yang dianjurkan ini.

Oleh: A.Z.B.M

Monday 30 September 2013

MAKLUMAN AWAL:PROGRAM BINA INSAN MURID SKPTLDM

PENDAHULUAN

Pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan  dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang  meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat. Di dalam islam panduan yang sempurna dan lengkap telah diterangkan tanpa  cacat cela bagi manusia untuk menjalani kehidupan seharian.

Pembangunan Sahsiah Pelajar merupakan satu elemen yang penting dalam pencegahan masalah gejala disiplin di kalangan pelajar  yang meliputi semua aspek iaitu  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berpandukan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Sehubungan dengan itu, program ini memfokuskan pembentukan sikap dan pembangunan potensi diri bagi mengurangkan masalah disiplin di sekolah dengan menerapkan nilai-nilai islam dalam perlaksanaannya.


OBJEKTIF
o   Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan yang diharapkan oleh mereka, ibubapa dan guru.

o   Mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar.

o   Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi dan mentranformasikan  pembangunan pelajar  ke arah melahirkan generasi  yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam.


KUMPULAN SASARAN
KUMPULAN SASARAN
JANTINA
Lelaki
Perempuan
Jumlah
1.      Tahun 4 Pintar

19 Orang
21 Orang
40 Orang
2.      Tahun 4 Kualiti

 13 Orang
28  Orang
41  Orang
3.      Tahun 5 Pintar
22 Orang
14 Orang
36 Orang

4.      Tahun 5 Kualiti
11 Orang
26 Orang
37 Orang

JUMLAH
65 Orang

 89 Orang
154 Orang

PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: 10 Oktober  2013
Hari : Khamis
Masa: 3.30 pm – 10.00 pm
Tempat: SKPTLDM



KAEDAH PERLAKSANAAN

Program  yang dijalankan meliputi aktiviti LDK, bacaan yasin, solat hajat dan ceramah motivasi.

* SURAT MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA/PENJAGA AKAN DIEDARKAN PADA 1/10/2013....

Tuesday 10 September 2013

Bermulanya UPSR...

10/9/2013 (Selasa): Pada hari ini bermulanya saat yang mendebarkan bagi pelajar tahun 6  yang menduduki UPSR. Ujian ini bermula pada 10 hingga 12 september 2013. Pada pagi ini ia dimulai dengan peperiksaan kertas bahasa Melayu dan Matematik
Cikgu Noni Hanizar memberi amanat dan peringatan terakhir kepada calon UPSR sebelum memasuki dewan peperiksaan dan turut dihadiri oleh guru-guru tahun 6.

Bacaan doa  dimulai oleh wakil calon UPSR agar Allah memberi ketenangan  semasa menjawab soalan UPSR

Calon-calon UPSR menunggu dengan penuh debaran sebelum memasuki dewan peperiksaan

Menunggu kertas soalan diedarkan oleh pengawas peperiksaan

Friday 6 September 2013

Aktiviti Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 SKPTLDM

6/9/2013: Sempena sambutan bulan kemerdekaan negara ke-56 beberapa aktiviti melibatkan warga SKPTLDM seperti pertandingan nyanyian lagu bertema patriotik peringkat sekolah, pertandingan lagu patriotik peringkat daerah, pertandingan mewarna dan melukis poster dan konvoi kemerdekaan peringkan daerah Manjung

Penyertaan pelajar dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik sangat memberangsangkan  dimana seramai 16 orang pelajar telah menyertainya. Ia dianjurkan oleh UB&K pada 4/9/2013





Adik Ell Nashiha Norshahila Bt Harun peserta dari SKPTLDM menyampaikan lagu bertajuk Perwira dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik peringkat daerah Manjung pada 5/9/2013


Peserta daripada Sk Seri Manjung telah menjuarai pertandingan lagu patriotik peringkat daerah Manjung bagi tahun 2013 dengan menyampaikan lagu bertajuk warisan. Tahniah diucapkan

Konvoi daripada SKPTLDM yang diketuai oleh guru besar En.Ramlan Bin Hussin telah menyertai konvoi kenderaan yang dianjurkan PPD Manjung. Dalam konvoi tersebut beliau telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan hiasan kenderaan.


Tuesday 20 August 2013

Pelancaran Sambutan Bulan Kemederkaan

20/8/2013: Majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan ke-56  diadakan pada pagi ini di tapak perhimpunan sekolah. Ia dipengerusikan oleh Ustazah Ruhaida selaku guru bertugas pada minggu ini. Majlis dimulai dengan nyanyian negaraku dan jalur gemilang oleh semua pelajar dan guru-guru. Seterusnya ucapan ringkas dan perasmian yang disempurnakan oleh PK Hem puan Hajah Siti Zaharah.

Diakhir majlis pelajar diperdengarkan alunan pantun yang di sampaikan oleh  Balqis Umairah Bt Julijam dari kelas 5 Kualiti.

Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pelbagai aktiviti yang telah dirancang yang akan dilaksanakan sehingga 16 september 2013. Aktiviti tersebut melibatkan semua pelajar SKPTLDM dan ia bertujuan menyemaikan semangat patriotik dikalangan pelajar melalui aktiviti yang akan dijalankan. Pada kali ini tema sambutan kemerdekaan ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.





Tuesday 30 July 2013

MAJLIS PERASMIAN HARI ANTI DADAH SKPTLDM 2013

30/7/2013 (Selasa): Majlis pelancaran hari anti dadah SKPTLDM telah dilancarkan pada hari ini dan dirasmikan oleh guru besar En.Ramlan Bin Hussin di tapak perhimpunan sekolah. Ia dimulai dengan ucapan pengerusi majlis iaitu cik Komathi selaku guru bertugas pada minggu ini. Seterusnya ucapan ringkas daripada cikgu Norbi yang menerangkan maklumat bahaya dadah dan aktiviti yang akan dijalankan selepas ini. Aktiviti tersebut melibatkan penyertaan semua pelajar. Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan melukis, mewarna poster, teka silangkata, keluarga bebas dadah, hebahan maklumat dan ceramah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Diharap semua warga sekolah dapat  manfaat daripada Hari Anti Dadah yang diadakan, terutamanya pelajar agar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan nanti. Selain itu semua warga sekolah juga dialu-alukan untuk menandatangani di kain rentang yang disediakan sebagai tanda mereka benci dadah. Dan tandatangan yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang.


CIKGU NORBI SEDANG MENERANGKAN SECARA RINGKAS TENTANG DADAH DAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN KEPADA PELAJAR 


BARISAN GURU TURUT BERSAMA-SAMA SEMASA MAJLIS PELANCARAN HARI ANTI DADAH SKPTLDM

PERSEMBAHAN MENARIK DARIPADA PRASEKOLAH DENGAN MENYAYIKAN LAGU  DENGARLAH SAYANG


PERSEMBAHAN SAJAK DADAH  YANG  MANTAP OLEH PELAJAR  YANG DIPILIH


GURU BESAR MENANDATANGANI KAIN RENTANG YANG MENUNJUKKAN WARGA SKPTLDM BENCI DADAH SEMASA MAJLIS PERASMIAN

PK 1 PN.KHATIJAH  (atas) DAN PK HEM PN HAJAH SITI ZAHARAH  (bawah) JUGA TURUT MENANDATANGANI KAIN RENTANG  TANDA BENCI KEPADA NAJIS DADAH


WARGA SKPTLDM BOLEH MEMBUAT TANDATANGAN YANG  KREATIF PADA KAIN RENTANG YANG DILETAKKAN DI SEBELAH PINTU UB&K SEBAGAI TANDA BENCI PADA DADAH



Sunday 21 July 2013

Program Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR

21/7/2013: Program teknik menjawab soalan sains bagi calon UPSR 2013 diadakan di dewan SKPTLDM. Teknik tersebut disampaikan oleh fasilitator dari Ana Muslim Encik Yatim Bin Dolir juga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Keramat Kuala Lumpur. Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

Beliau juga terlibat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai penggubal kertas soalan sains UPSR. Kedatangan beliau ke SKPTLDM secara sukarela sebagai meneruskan kesinambungan hubungan beliau dengan pihak sekolah sebelum ini.


Sepanjang mengikuti program, pelajar telah memberi tumpuan yang baik dan melibatkan diri secara aktif  dengan menjawab soalan lisan dan bertulis yang disediakan oleh fasilitator. Diharap calon UPSR SKPTLDM 2013 dapat manfaat apa yang disampaikan oleh en. Yatim sebagai persediaan awal menghadapi kertas soalan matapelajaran sains nanti.
Sebahagian daripada guru yang hadir bersama dalam Program Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR
Cikgu Maznah, cikgu Azizah dan cikgu Norbi sedang melibat beberapa buah buku dan cenderhati yang dibawa oleh en.Yatim untuk dijual.


PK 1 Pn Khatijah menyampaikan sedikit cenderahati kepada en Yatim atas sumbangan  beliau memberi tips menjawab soalan sains UPSR kepada pelajar SKPTLDM secara percuma

Setinggi ucapan terima kasih kepada en.Yatim sekeluarga yang sudi datang ke SKPTLDM dan memberi ilmu yang mafaat kepada calon UPSR SKPTLDM