MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 14 April 2018

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

14/4/2018: Kem sahsiah dan disiplin diadakan selama 2 hari yang bermula pada 13 april dan berakhir pada 14 april di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1. Objektif utama ialah peningkatan disiplin diri dan pembangunan sahsiah diri murid. Seramai 70 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahap 2 lelaki dan perempuan.

Aktiviti bermula jam 6.00petang  dengan pendaftaran pelajar dan berakhir pada jam 10.30pagi keesokan harinya dengan aktiviti ceramah yang disampaikan oleh En.Mahadi Bin Bin Zamri dari PPD Manjung. Antara aktiviti lain ialah seperti solat maghrib dan isyak berjemaah, tazkirah disampaikan oleh ustaz Syaibani, muhasabah diri yang disampaikan oleh ustazah jemputan dan SK Seri Selamat iaitu puan Asiah dan aktiviti-aktiviti lain yang dikendalikan oleh guru-guru SkPTLDM1.
Slot Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh en.Mahadi dari PPD Manjung

Pelajar membuat pendaftaran untuk kem Sahsiah Dan Disiplin
Pelajar Mendengar takzirah ringkas yang disampaikan oleh cikgu Adam selepas solat isyak dan oleh ustas Syaibani selepas solat Magrib
Malam Muhasabah diri yang dikendalikan oleh Ustazah Asiah dari SK Seri Selamat


Sebahagian guur yang turut  hadir membantu menjayakan kem Pemantapan Sahsiah Dan Disiplin 2018