MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 21 May 2012

AKTIVITI HARI GURU:merebut kerusi


Antara aktiviti Hari Guru SKPTLDM yang telah dijalankan. Aktiviti yang mnenyeronokkan ini telah mendapat sambutan semua guru. Dalam pertnadingan merebut kerusi ustazah Nurhuda telah muncul juara mengalahkan cikgu Nor faazila. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru SKPTLDM yang sporting....

Saturday 12 May 2012

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012

12/05/2012 (SABTU): Bengkel teknik menjawab soalan untuk calon UPSR tahun 2012 diadakan di dewan SKPTLDM yang melibatkan semua pelajar tahun 6 SKPTLDM. Program ini adalah program tahunan untuk anak-anak tentera terutamanya anak-anak TLDM. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.15 petang.

Wednesday 9 May 2012

TENTANG HARI IBU

Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

Sunday 6 May 2012

06 Mei 2012 (Ahad): Program pembangunan sahsiah pelajar tahun 6 telah berjaya diadakan di SKPTLDM dengan lancar mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Program ini berlangsung selama 2 hari yang bermula pada 5 mei dan berakhir pada 6 mei 2012.