MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 24 January 2014

Pertandingan Super Spontan Banteras Aedes

24/1/2014 (Jumaat): Persembahan super spotan dari Guru Besar dan pelajar moral yang  berkaitan dengan bahaya nyamuk aedes kepada manusia apabila digigit kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus dan demam denggi yang boleh membawa maut. 




Dimaklumkan juga bahawa sempena bulan  membanteras Aedes, pihak sekolah mengadakan pertandingan super spotan yang berkaitan dengan nyamuk aedes kepada semua pelajar skptldm tidak melebihi 3 orang dalam 1 kumpulan / individu dan persembahan tidak melebihi 5 minit. Jika berminat boleh berdaftar melalui cikgu Zuliadi di bilik bimbingan dan Kaunseling. Pertandingan akan dijalankan sepanjang hari perhimpunan pada bulan februari dan penyertaan adalah terhad. Hadiahnya adalah seperti beriku:

JOHAN : RM100.00
NAIB JOHAN : RM60.00
KETIGA: RM40.00




Friday 17 January 2014

Majlis Perpisahan Staf SKPTLDM

16/1/2014: Antara staf SKPTLDM yang bertukar/berpindah ialah cikgu Nadiah (Kuala Lumpur), cikgu Norfaazila (SK Seri Samudera) dan pn.Aishah  (PPD Manjung). Terima kasih atas sumbangan khidmat yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SKPTLDM. Semoga berjumpa lagi dan berkhidmat dengan penuh dedikasi lagi ditempat yang baru.




Ucapan ringkas dari NYDP PIBG en.Zulman 


Penyampaian sedikit cenderahati daripada kelab guru kepada staf SKPTLDM yang berpindah


Bacaan doa oleh ustaz Ahmad Syaibani

Guru-guru yang bersama meraikan majlis perpisahan staf SKPTLDM

Thursday 16 January 2014

Ceramah Denggi Dari Pejabat Kesihatan Sitiawan Di Sk Pangkalan TLDM 1

16/1/2014 (Khamis): Ceramah telah disampaikan oleh en.Sani dari pejabat kesihatan Sitiawan semasa berhimpunan pagi sekolah yang melibatkan tahun 3,4,5 dan 6. Banyak info yang berguna dan manfaat kepada semua warga sekolah bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan yang berpunca daripada nyamuk aedes. Menurut beliau beberapa tempat di blok dalam pangkalan TLDM telah dikenal pasti tempat pembiakkan nyamuk aedes. Selain itu juga beliau memberi ingatan supaya elakkan daripada bermain di waktu senja dan di awal pagi kerana waktu tersebut nyamuk aedes banyak berkeliaran. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan pejabat kesihatan yang berhampiran sekiranya berlaku sebarang masalah dan tanda-tanda dijangkiti daripada nyamuk aedes.






Monday 13 January 2014

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

13/1/2013 (Isnin): Semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber (PSS) menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1 iaitu puan Khatijah Bt Ali. Majlis tersebut dipengerusikan oleh puan Salmiah selaku guru pengawas dan disiplin sekolah dan puan Azizah selaku guru PSS. Selepas menerima watikah perlantikan mereka bersama-sama melafazkan ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas yang baru bagi tahun 2014 iaitu saudari Ain Izzati Bt Ramli. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Fadzil.








Monday 6 January 2014

PROGRAM TAHUN 1

PROGRAM  TAHUN 1
“DARI MATA TURUN KE HATI”




Program “Dari Mata Turun Ke Hati” diadakan untuk pelajar tahun satu yang menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari segi pendidikan  mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah,  guru-guru dan kawan-kawan.

Matlamatnya ialah mendedahkan bakal murid-murid Tahun satu kepada suasana persekolahan sebenar dan memberi penerangan kepada mereka  mengenai hal ehwal sekolah yang perlu mereka ketahui.

Objektif
  • Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya lebih bersedia
  •      Mengenali  suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi  mengenai  guru-guru serta persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik khas.
  •       Menjelaskan kepada mereka hal-hal berkaitan persekolahan yang perlu mereka ketahui bagi mereka demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara murid dan guru


Tarikh Perlaksanaan
Tarikh       : 10 Januari 2014
Hari           : Jumaat
Masa        : 10.05 pagi – 11.35 pagi
Tempat     : Makmal Komputer  Bestari SKPTLDM

Penglibatan

Semua Pelajar Tahun 1 SKPTLDM Dan Guru Mata Pelajaran  


Aktiviti
Aktiviti dilaksanakan seperti penerangan guru, tayangan slaid/video dan penglibatan aktif pelajar melalui bahan edaran.


          
Program yang dilaksanakan  diharap  melahirkan pelajar  yang mempunyai personaliti positif, berfikiran terbuka serta bertanggungjawab selaras dengan usaha mewujudkan pendidikan  yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pengisian aktiviti  akan menyumbang ke arah meningkatkan hubungan  dan komunikasi  serta  dapat membantu usaha ke arah meningkatkan imej sekolah. 

Friday 3 January 2014

Program Transisi Tahun 1

3/1/2014: Program transisi tahun 1 bermula pada 2/1/2014 selama  2 minggu. Banyak aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru dan pelbagai ragam murid di hari pertama persekolahan...