MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 30 October 2021

Taklimat Psikologi #3A : Konsep Asas Krisis

28 Oktober 2021 (Khamis): Kesejahteraan diri adalah elemen penting untuk memastikan setiap individu memiliki kehidupan yang berkualiti. Tindakan mengenepikan aspek psikologi dalam rutin harian memberi impak yang negatif dalam keharmonian sesebuah organisasi. Warga Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM (SKPTLDM) yang terdiri daripada kalangan guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) juga tidak terkecuali menghadapi pelbagai isu kehidupan yang perlu dibantu dalam mengurus konflik intrapersonal dan interpersonal agar isu-isu yang dihadapi dapat ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya.


Guru Besar, Rohaizan Bin Mohammed Hanif Sedang menjelaskan taklimat Psikologi 3A kepada guru-guru menerusi google meet sebelum mesyuarat bulanan guru dimulakan

Sehubungan itu, untuk meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru dan AKP dengan elemen #3A iaitu AWARE, ALERT, ACTION ataupun SEDAR, PEKA, TINDAK  ia jelaskan terperinci oleh guru besar semasa mesyuarat bulanan guru. Kali ini tajuk yang dikongsi ialah berkaitan dengan Konsep Asas Krisis. Krisis merupakan satu keadaan yang berlaku tanpa diramal dan menyebabkan individu dalam keadaan  terganggu dan bercelaru. Krisis berlaku apabila keseimbangan psikologi manusia  terganggu dan mekanisme menangani masalah tidak  mampu membawa semula individu kepada  keseimbangan itu.

Cikgu Taufik Guru SKPTLDM turut berkongsi pengalaman dalam menangani isu yang melibatkan psikologi 3A kepada guru-guru.

Dengan  usaha ini mampu meningkatkan tahap keyakinan warga SKPTLDM menghadapi cabaran terutama sekali dalam menghadapi musim pandemik yang melanda kini.








Wednesday 20 October 2021

Program Ceramah Keibubapaan Peringkat Sekolah

19/10/2021 (Selasa): Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM  telah mengadakan ceramah keibubapaan sempena sambutan bulan kaunseling peringkat sekolah. Selai itu pelbagai aktiviti dirancang untuk murid-murid dan ibu bapa. Salah satu aktiviti ialah ceramah keibubapaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM. 

Ceramah diadakan secara langsung menerusi youtube bermula jam 9.30pagi hingga 11.00 pagi. Penceramah jemputan  ialah En. Muhathir Bin Makhtar, Ketua Pengerak KPIBKS PPD Manjung / Exco KPIBKS JPN Perak. 


Program tersebut dikendalikan oleh pengacara majlis cikgu Norbi Binti Ayob guru Bimbingan dan Kaunseling. Pada awal program dimulai dengan penerangan aktiviti ceramah keibubapaan, diikuti dengan ucapan penolong kanan pentadbiran Puan Zalina Bt Zakaria seterusnya ceramah keibubapaan oleh penceramah jemputan.
Cikgu Norbi sebagai pengacara majlis ceramah keibubapaan dan turut memberi maklumat  program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zalina menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan kepada semua penonton di live yotube  dan ucapan terima kasih kepada unit bimbingan dan kaunseling atas penganjuran ceramah keibubapaan

En. Muhathir Bin Makhtar, penceramah jemputan sedang menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan peranan ibubapa dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna dalam era pandemik.

Diakhir ceramah diadakan pula cabutan bertuah yang dikendalikan oleh cikgu Ahmad Zuliadi Bin Mustafa iaitu guru Bimbingan Dan Kaunseling. Sebanyak 20 cabutan bertuah disediakan kepada penonton yang bertuah.
Cikgu Zuliadi sedang mengendalikan slot cabutan bertuah. Seramai 20 penonton bertuah mendapat voucher KFC yang disediakan

Akhir kata, unit bimbingan dan kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti guru-guru, murid, PIBG dan pentadbir atas sokongan dan keprihatinan menjayakan aktiviti ceramah keibubapaan pada kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan yang ada kami mengucapkan berbanyak kemaafan dan akan diperbaiki pada masa akan datang.


Video ceramah keibubapaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM yang diadakan secara live yotube

Friday 1 October 2021

Laporan Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Sepanjang PDPR Bulan September

 1/10/2021 (Jumaat): Berikut adalah aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling sepanjang PDPR bula september. Aktiviti yang dilaksanakan melibatkan semua murid tahap1 dan 2 yang berfokus kepada 4 bidang utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu Pembangunan Sahsiah Diri Muri, peningkatan Disiplin Diri Murid, Pendidikan Kerjaya Murid dan Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid.

Semua info aktiviti dimaklumkan kepada murid menerusi telegram rasmi bimbingan dan kaunseling setiap hari PDPR. Kaedah perlaksanaan aktiviti adalah seperti menyebarkan poster minda sihat dan motivasi, perlaksanaan modul kelas, kreativiti murid, kuiz secara online, menyiapkan aktiviti di dalam buku tulis B&K, pertandingan dan sebagainya.

Setiap hari murid perlu  mengisi borang kehadiran aktiviti B&K yang dibuka jam 1.00pm hingga 11.00pm setiap hari PDPR. Berdasarkan borang kehadiran tersebut sebanyak 2720  respon murid  terhadap aktiviti yang disedikan daripada bulan julai hingga september.

ANTARA HASIL KERJA DAN GAMBAR MURID MEMBUAT AKTIVITI YANG DISEDIAKAN OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



Sunday 12 September 2021

PROGRAM MOTIVASI : CERITA INSPIRASI - KERJAYA SEORANG PEGUAM.

11 September 2021 (Sabtu):  Program motivasi: Cerita Inspirasi Kerjaya Seorang Peguam anjuran bimbingan dan kaunseling SK Pangkalan TLDM secara Google meet telah diadakan pada hari ini  melibatkan semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6. 

Panel jemputan ialah Puan Nur Huda Binti Roslan iaitu seorang peguam di Tetuan S.B Cheah & Associates dan juga merupakan bekas pelajar SK Pangkalan TLDM. Program diadakan bermula jam 10 pagi hingga 11.30pagi. Dimulai dengan ucapan oleh moderator iaitu cikgu Norbi guru bimbingan dan kaunseling, bacaan doa oleh adik Sufi daripada Pembimbingan Rakan Sebaya(PRS) dan ucapan ringkas dari guru besar SKPTLDM encik Rohaizan Bin Mohamed Hanif.

Program ini salah satu daripada 4 fokus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu fokus pendidikan kerjaya murid. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kerjaya seorang peguam seterusnya memberi motivasi kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

Bagi murid yang mengikuti program ini mereka diberikan sijil penyertaan dan kehadiran akan direkodkan dalam Amalan Baik Murid (SSDM) selain itu juga mereka turut diberi peluang untuk  menjawab kuiz yang berkaitan kerjaya seorang peguam melalui google form yang disediakan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program iaitu pihak sekolah, guru, murid-murid dan ibubapa. 



Wednesday 1 September 2021

Penyampaian Cenderahati Kepada Murid

 1/9/2021 (Rabu); Pada hari ini telah diadakan penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang telah melaksanakan aktiviti anjuran bimbingan dan kaunseling sepanjang bulan jun, julai dan ogos. Aktiviti tersebut ialah poster motivasi murid, bakat murid, sahut cabaran tahun 1 dan 3, cabutan bertuah tahun 2 dan  ucapan murid. 

Seramai 110 orang murid mendapat cenderahati seperti alat tulis, buku nota dan piala. Hadiah-hadiah tersebut  diambil oleh ibubapa dan murid di bilik bimbingan dan kaunseling bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Bagi murid atau ibu bapa yang tidak dapat hadir untuk mengambil cenderahati tersebut kerana blok dalam tempoh kuarantin dan lain-lain masalah pihak bimbingan dan kaunseling akan menetapkan satu tarikh lain untuk mereka.

Terima kasih kepada semua murid dan ibu bapa serta pihak sekolah atas kerjasama dan komitmen  yang diberikan kepada bimbingan dan kaunseling sepanjang melaksanakan aktiviti tersebut. 

Bagi murid-murid yang tidak dapat cenderahati dari bimbingan dan kaunseling, peluang masih ada lagi kerana banyak lagi aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan september. Jangan lupa sentiasa cakna dengan info aktiviti di telegram bimbingan dan kaunseling

Di bawah adalah sebahagian gambar penyampaian cenderahati kepada murid dan ibu bapa









Friday 20 August 2021

Psikologi: Cara Tangani STRES Dan Teknik Deep Breathing

 20/8/2021 (Jumaat): Penerangan 8 cara menangani Stress dan Teknik Deep Breathing oleh guru besar SK Pangkalan TLDM Encik Rohaizan Bin Mohamed Hanif  kepada guru dan AKP sebelum taklimat pengurusan sekolah pada jam 3.00 petang. Penerangan diadakan melalui Google Meet. 

VIDEO 8 CARA MENANGANI STRES

VIDEO TEKNIK DEEP BREATHING

GAMBAR TAKLIMAT OLEH GURU BESAR












Wednesday 11 August 2021

AKTIVITI PDPR BIMBINGAN DAN KAUNSELING BULAN JULAI

 11/8/2021: Berikut adalah antara aktiviti yang disediakan oleh Bimbingan Dan Kaunseling sepanjang bulan Julai. Aktiviti tersebut melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. Segala info aktiviti disampaikan menerusi telegram rasmi bimbingan dan kaunseling dan group kelas masing-masing.  Antara kaedah yang digunakan untuk menyampaikan info dan aktiviti ialah melalui telegram,  google form, google meet, buku tulis, wordwall dan sebaginya. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang aktif melibatkan diri dan menyiapkan semua aktiviti yang disediakan. Juga kepada guru kelas yang turut memberi kerjasama kepada unit bimbingan dan kaunseling kami ucapkan ribuan terima kasih.

JADUAL AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPANJANG BULAN JULAI 2021


Dibawah adalah antara gambar yang dihantar oleh murid sedang menyiapkan aktiviti yang disediakan oleh bimbingan dan kaunseling sepanjang Julai











Sunday 18 July 2021

Saringan Minda Sihat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM

 18/7/2021: Saringan minda sihat peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM diadakan pada 17 julai untuk tahun 5 dan 18 julai untuk tahun 6. Saringan minda sihat diadakan secara online menerusi  Google Meet yang dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling iaitu cikgu Norbi dan cikgu Zuliadi. Saringan diadakan bermula jam 10.00 pagi dikediaman pelajar masing-masing. 

Bagi murid yang mempunyai masalah internet dan sebagainya untuk menyertai Google Meet pada tarikh 17 dan 18 julai,  Unit Bimbingan Dan Kaunseling akan menetapkan satu tarikh lain untuk murid-murid jawab saringan tersebut. 

Cikgu Norbi sedang memberi taklimat kepada murid sebelum mereka menjawab saringan minda sihat secara atas talian

Sebahagian murid sedang menjawab soalan saringan minda sihat dirumah masing-masing