MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 22 September 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 KPTLDM 1


Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Khasnya  generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati hari kemerdekaan.  “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama   panitia-panitia yang lain beserta pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2014. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru.

Objektif sambutan kali ini ialah menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara, melahirkan murid kreatif dan inovatif dengan, dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan dan menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara.


Sambutan bulan kemerdekaan peringat sekolah berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat.  Iaitu dari majlis persmian sehingga majlis penutupan  pada 22 september 2014. Perasmian sambutan bulan kemerdekaan dilancarkan pada 18 ogos 2014 oleh guru besar en.Ramlan Bin Hussin. 


Manakala majlis penutupan diadakan pada 22 september 2014 yang dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu puan Khatijah Binti Ali. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan sambutan diterangkan oleh cikgu Norbi Bt Ayob iaitu guru bimbingan dan kaunseling semasa majlis perasmian. Aktiviti tersebut melibatkan semua pelajar dan guru-guru.  



Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan melukis dan mewarna poster, pertandingan mural untuk guru, nyanyian lagu patriotik  setiap pagi  dan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik  terbuka serta info merdeka yang ditampal di sudut patriotisme sebagai bahan bacaan pelajar.








 Aktiviti pertandingan yang melibatkan pelajar diadakan pada waktu PdP matapelajaran sivik dan kenegaraan, kajian tempatan dan PSV dengan kawalan dan panduan yang diberikan oleh guru yang terlibat. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang  diadakan pada majlis penutupan yang disampaikan oleh puan Khatijah semasa perhimunan mingguan sekolah.


Sepanjang aktiviti sambutan diadakan dari awal perasmian sehingga majlis penutupan  semua pelajar dan guru memainkan peranan penting bagi menjayakan program sambutan. Apa yang jelas dapat dilihat ialah setiap kelas dan bilik khas dihias dengan jalur gemilang dan nyanyian lagu patriotik pada setiap pagi.



 Mereka juga turut memberi kerjasama yang baik dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap pertandingan yang diadakan dan lebih 80% pelajar telah  menghantar lukisan yang diwarnai dan dilukis kepada guru matapelajaran yang terlibat.


Program Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2014 berjalan  dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah  serta objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan baik.