MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 30 March 2012

Pogram Pembangunan Sahsiah Pelajar

30/03/2012 (Jumaat):- Program pembangunan sahsiah pelajar yang diadakan pada minggu ini iaitu bermula pada 26/03/2012 (isnin)dan berakhir pada 30/03/2012 (jumaat) telah selesai dijalankan. Ia melibatkan tahun 5 dan tahun 6. Manakala untuk tahun 3 dan 4 akan diadakan pada minggu hadapan. Namun ia bergantung kepada kebenaran guru matapelajaran untuk menggantikan kelas mereka oleh guru bimbingan dan kaunseling..

Friday 23 March 2012

Perjumpaan Mentor Bersama Mentee kali-1

23/03/2012 (Jumaat): Perjumpaan antara mentor bersama mentee diadakan pada hari ini bermula jam 11.50 pagi. Perjumpaan kali ini sebagai proses awal membina hubungan yang mesra di antara mentor dan mentee. Selepas ini mentee boleh merujuk kepada mentor mereka sekiranya ada sebarang masalah dalam segi akademik, peribadi dan sebagainya..

Tuesday 20 March 2012

Program Teknnik Menjawab Soalan UPSR

20/03/2012 (selasa):- Alhamdulillah program teknik menjawab soalan UPSR tahun 6 telah selesai dan sempurna diadakan selama dua hari bermula 19/03/2012. Penglibatan semua guru matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik sangat baik serta kerjasama daripada pelajar juga diucapkan berbanyak terima kasih.
Dengan tamatnya program ini di harap pelajar dapat mengaplikasikan dalam peperiksaan yang sebenar.

Aktiviti Bersama Wakil Affin Bank


20/03/2012 (selasa):- Penerangan aktiviti ceramah Bijak Belanja yang dikendalikan oleh wakil Affin Bank Cawangan Pangkalan TLDM iaitu Cik Azlin binti Ahmad Sauti dan Cik Idayuhaniz Abd Khalid pada jam 12 tengah hari..


Pelajar yang terdiri darpada tahun 4K telah memberi kerjasama dan sepenuh perhatian ketika program bijak belanja di jelaskan oleh wakil Affin Bank.

Monday 19 March 2012

Program Teknnik Menjawab Soalan UPSR Siri 1

19/03/2012(Isnin): Program teknik menjawab soalan bagi calon UPSR 2012 diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh cikgu Norbi Binti Ayob yang bertajuk "Belajar Cara Belajar". Program yang dilaksanakan melibatkan semua matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Teknik-teknik menjawab soalan UPSR disampaikan oleh guru matapelajaran yang terlibat. Program ini dijalankan selama 2 hari iaitu isnin dan selasa.


Pelajar Khusyuk Mendegar ceramah yang disampaikan oleh Puan Norbi.

Friday 9 March 2012

MAJLIS INTERAKSI ANTARA GURU-GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6

09/03/2012(JUMAAT): Majlis interaksi antara guru-guru yang mengajar tahun 6 dan ibu bapa telah berjaya diadakan di dewan SKPTLDM. Turut hadir pada majlis ini ialah Leftenan Komander Mohd Sham Bin Saimon YDP PIBG dan Staf Sarjan Encik Nasrul dari KD Malaya TLDM.

Majlis dipengerusikan oleh ustazah NurHuda bt Azizi daripada Panitia Pendidikan Islam. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Syarbaini dan seterusnya ucapan daripada guru besar Ramlan bin Hussin dan YDP PIBG.


(LAIN-LAIN GAMBAR KE FB UB&K)...