MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 21 March 2019

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING




21/3/2019(Khamis): Bimbingan dan kaunseling skptldm telah mengambil bahagian dalam pertandingan pembentangan amalan terbaik bimbingan dan kaunseling peringkat daerah Manjung tahun 2019.

Pembentangan diadakan di bilik kuliah 2 uniKL MIMET Lumut. Tajuk perbentangan ialah Salam Dhuha dan disampaikan oleh cikgu Ahmad Zuliadi bin Mustafa

Pada pertandingan ini ia diadili oleh barisan juri dari PPD Manjung iaitu encik.Zubairi bin Haris dan pn.Hajah Kelthum BT Abu



Seramai 12 orang guru bimbingan dan kaunseling mewakili sekolah masing2 membentangkan amalan terbaik bimbingan kaunseling yang dilaksanakannya disekolah


Monday 11 March 2019

Motivasi Keibubapaan Dan Taklimat Psikometrik



8 MAC 2019(Jumaat): Program motivasi dan keibubapaan dan taklimat psikometrik dilaksanakan untuk semua pelajar tahun dan ibu bapa tahun 6. Program ini bertujuan  untuk  meningkatkan motivasi diri,  membina sahsiah dan keperibadiaan serta mempunyai sikap bertanggungjawab semasa berada di sekolah sebagai persediaan menghadapi PPSR. Dan mengentahui dan memahami tentang psikometrik dan kepentingannya untuk pemilihan ke sekolah menengah yang bersesuaian selepas tamat PPSR.

Pn.Rohaya selaku pengacara majlis menyampaikan  ucapan alu-aluan kepada hadirin yang hadir 
Program ceramah keibubapaan dan taklimat psikometrik bermula pada jam 3.00 petang dimulai  dengan ucapan pengacara majlis iaitu cikgu Rohaya dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih daripada guru besar encik Rohaizan Bin Mohamed Hanif  kepada semua ibubapa, pelajar dan guru-guru yang hadir untuk  menjayakan program  ini
 
Guru besar SKPTLDM encik Rohaizan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa, guru dan pelajar tahun 6 yang bersama-sama menjayakan aktiviti pada hari ini 

Seterusnya program ceramah keibubapaan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Zikro Bin Othman dari UniKL Mimet Manjung. Dalam ceramah yang disampaikan beliau menjelaskan tentang peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk cemerlang di dunia dan akhirat dengan tidak memingkirkan al-quran sebagai satu kewajipan untuk membacanya setiap hari.
Ceramah motivasi keibubapaan oleh ustaz Zikro kepada ibubapa dan pelajar berkaitan dengan kecemerlangan anak untuk dunia dan akhirat 

Setelah ceramah tamat penerangan tentang psikometrik oleh cikgu Ahmad Zuliadi Bin Mustafa kepada ibu bapa dan pelajar. Beliau menerangkan dengan jelas perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan  psikometrik untuk tahun 6 seperti kaedah perlaksanaan ujian, 9 konstruk yang perlu diketahui oleh pelajar,  prosedur pentaksiran dan sebagainya.
Cikgu Zuliadi dari bimbingan dan kaunseling memberi taklimat ringkas kepada ibubapa dan pelajar tahun 6 berkenaan dengan psikometrik


Diakhir program diadakan penyampaian cenderamata oleh guru besar  kepada penceramah jemputan dan majlis berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang. 
Guru besar en.Rohaizan menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan iaitu ustaz Zikro selepas menyampaikan ceramah beliau. 
Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua guru, pelajar dan ibubapa  tahun 6 serta guru bimbingan dan kaunseling di atas segala usaha yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan program ceramah keibubapaan dan taklimat psikometrik.



x

Monday 4 March 2019

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

4 MAC 2019 (ISNIN): Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementeriaan Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol, dan HIV/AIDS. Bagi mengingatkan pihak sekolah tentang kepentingan melaksanakan program/aktiviti pendidikan pencegahan dadah maka diadakan program/aktiviti seperti ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah "KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA".

Maka pada hari ini di bawah Unit PendidikanPencegahan Dadah (PPDa), pihak sekolah telah berjaya melancarkan sambutan hari antidadah peringkat sekolah di tapak perhimpunan yang disertai oleh guru dan pelajar. Aktiviti pada pagi ini adalah seperti membaca perutusan hari antidadah dan perasmian yang disampaikan oleh guru besar Rohaizan Bin Mohamed Hanif, nyanyian lagu Dadah Durjana oleh semua pelajar dan guru serta diakhiri dengan nyanyian lagu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) oleh pengawas PRS. Dimana mereka akan membantu pihat Unit PPDa sekolah untuk menjayakan program yang dirancang.


Cikgu Zuliadi, guru PPDa sebagai pengacara majlis menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan yang berkaitan dengan program hari antidadah pada hari ini.

Guru Besar encik Rohaizan Bin Mohamed Hanif merasmikan majlis sambutan hari antidadah peringkat sekolah yang turut diiringi oleh Puan Noni Hanizar Bt Zainal Penolong Kanan Hem dan Puan Hajah Siti Zaharah Bt Mokhtar Guru Penolong kanan Pentadbiran

Monday 18 February 2019

Majlis Perasmian Program Pemuafakatan KPM dan PDRM : Jom Ke Sekolah

18/2/2019: Majlis Perasmian Program Pemuafakatan KPM dan PDRM : Jom Ke Sekolah peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1 berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah(PPS) iaitu Koperal Noor Azah Bt Ahmad dari Balai Polis Seri Manjung.





Saturday 19 January 2019

Perjumpaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

19/1/2019: Perjumpaan PRS kali pertama sesi tahun 2019 diadakan di open class pada jam 8.30pagi  yang dikendalikan oleh guru penasihat iaitu cikgu Norbi dan cikgu Zuliadi dari unit bimbingan dan kaunseling SKPTLDM.


Perjumpaan ini bertujuan membincangkan beberapa perkara seperti perlantikkan jawatankuasa PRS, peranan PRS disekolah dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.


Dengan falsafah PRS "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain" diharap ahli PRS dapat mempraktikkan di dalam  menjalankan tugas harian di sekolah dan dapat membentuk keperibadiaan dan sahsiah yang terbaik di sekolah sebagai role model kepada pelajar-pelajar lain.



Selain itu tugas utama PRS adalah membantu unit bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan setiap program dan aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya nanti PRS akan menerima watikah perlantikkan dan beberapa kursus yang akan diberikan untuk memastikan mereka tahu dan faham tentang tugas serta peranan mereka di sekolah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DILANTIK PRS TAHUN 2019. TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MENGIZINKAN ANAK JAGAAN MENJADI AHLI PRS. TERLEBIH DAHULU PIHAK KAMI MEMOHON KEMAAFAN JIKA ADA SEBARANG KEKURANGAN SEPANJANG MENGENDALIKAN PRS TAHUN INI. SEGALA CADANGAN PIHAK PENJAGA BOLEH AJUKAN DI WHATSAPP PRS. PIHAK KAMI SANGAT MENGALU-ALUKAN CADANGAN ANDA.

Wednesday 16 January 2019

PERJUMPAAN BSMM KALI 1 SESI 2019

16/1/2019:perjumpaan kali pertama persatuan BSMM SKPTLDM1 diadakan di kelas tahun 6 Delima. Turut hadir ialah guru-guru penasihat yang mengendalikan perjumpaan kali ini. Perjumpaan ini diadakan bertujuan mesyuarat agung untuk melantik jawatankuasa BSMM bagi sesi persekolahan tahun 2019. Seramai 67 orang ahli yang hadir . Sebelum itu ahli-ahli dingatkan membawa buku log dan kain anduh setiap kali perjumpaan oleh guru penasihat.

 Perjumpaan diadakan bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.30petang.

JAWATANKUASA BSMM SKPTLDM1 SESI 2019

LATIHAN KAWAD