MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 27 May 2011

Ceramah Dan Pameran Anti Dadah

27 Mei 2011(Jumaat): Sempena minggu anti dadah yang berlansung selama seminggu yang bermula pada 23-27 mei Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit PPda SKPTLDM telah mengadakan satu ceramah dan pameran dadah. Ceramah tersebut disampaikan oleh wakil dari Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Manjung iaitu en.Izhar bin Abidin. Ceramah yang disampaikan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bahaya dadah terhadap mental dan fizikal. Selain daripda itu ia turut menerangkan kesan, akibat dan punca remaja terlibat dengan dadah. Program ini melibatkan semua pelajar tahap 2 yang diadakan di kantin sekolah. Sebagai penutup majlis ceramah pihak PPDA telah memberi cenderamata kepada pihak AADK dan Sekolah sebagai tanda penghargaan kerana majlis ceramah pada tahun ini. Diakhir program pelajar di jemput untuk melihat bahan pameran yang berkaitan dengan dadah di tempat yang disediakan. Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Majlis Perpisahan Cikgu Majid Dan Cikgu Rosmawatie

27 Mei 2011 (Jumaat): Majlis perpisahan dua orang guru SKPTLDM iaitu cikgu Majid dan cikgu Rosmawatie telah diadakan pada hari ini di perkarangan SKPTLDM. Perarakan bermula di tapak perhimpunan sekolah sehingga ke pintu masuk. Perarakan ini diadakan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada kedua-dua guru tersebut. Cikgu Majid akan bersara bermula jun nanti manakala cikgu Rosmawatie akan bertukar ke sekolah yang baru di Negeri Sembilan. Sepanjang majlis berlangsung suasana sayu dan sedih oleh pelajar dan kakitangan SKPTLDM memandangkan kedua-dua guru tersebut banyak berjasa kepada mereka. Namun apakan daya semua harus menerima hakikat bahawa setiap pertemuan ada perpisahan. Sepanjang perarakan tersebut ia diiringi oleh barisan pentadbir sekolah iaitu Tn.Haji Noh, Pn.Maziah, Pn.Khatijah dan En. Durairaj. Kami warga SKPTLDM berdoa agar cikgu Majid dan cikgu Rosmawatie sentiasa dirahmati dan diberkati sepanjang mengharungi kehidupan seharian dan semoga ukhwah yang terbina sebelum ini terus disemai sehingga ke akhir hayat.

Thursday 26 May 2011

Sambutan Perayaan Hari Guru 2011 Peringkat Daerah Manjung

Lumut 26 Mei 2011(Khamis); Sambutan hari guru peringkat daerah Manjung telah diadakan di Dewan Ramli Ngah Talib, Marina Island Resort. Sambutan tersebut diadakan untuk meraikan golongan pendidik diseluruh daerah Manjung. Majlis ini telah dirasmikan oleh isteri Dato' Seri Kong Cho Ha ( Menteri Pengangkutan merangkap ahli Parlimen Lumut). Atucara program sambutan tersebut antaranya ialah seperti nyanyi lagu negaraku, lagu negeri Perak,Lagu Perak sentiasa dipuncak, Ucapan Tuan PPD, ucapan perasmian, menaikan bendera hari guru, koir "guru malaysia", penyampaian anugerah kepada pesara guru, guru inovatif, tokoh kepimpinan guru, pingat penghormatan guru dan pengistiharan tokoh guru 2011. Dalam majlis tersebut SKPTLDM telah mewakili 6 orang guru termasuk guru besar Tn.Haji Noh. Sementara seorang wakil guru dari SKPTLDM telah menerima anugerah guru cemerlang prasekolah iaitu puan Zuhana. Majlis tersebut dimulakan pada jam 2.00 petang hingga 5.15 petang.

Tuesday 24 May 2011

Sukan SKPTLDM 2011

24 Mei 2011 (Selasa): Acara sukan padang Skptldm telah berlangsung di padang sekolah yang melibatkan acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan sukaneka prasekolah. Acara yang dipertandingkan mengikut rumah pasukan iaitu hijau, kuning, biru dan merah.

Saturday 21 May 2011

Program Sayangi Diri Tahun 5 Kumpulan 3

21Mei 2011( Sabtu): Program Sayangi Diri yang telah dianjurkan oleh Unit bimbingan dan kaunseling bersama LPPKN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program kali diadakan untuk pelajar tahun 5 kumpulan 3 yang telah ditangguhkan yang sepatutnya dadakan pada 19 April 2011. Atas kekangan masa dari pihak LPPKN maka ia diadakan pada hari ini. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan yang dikendalikan oleh Puan Razania dan pembantunya. Dari pihak Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM dan UBK khasnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada LPPKN kerana sudi menjadikan SKPTLDM salah sebuah sekolah yang berada di bawah program tahun 2011 pihak LPPKN.

Monday 16 May 2011

Atucara Hari Guru 16 Mei 2011

AKTIVITI HARI GURU 2011 1. Perarakan masuk ke padang 2. bacaan doa oleh ustaz Fadhil 3. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Ro'idah 4. Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh Cikgu Salwa 5. Bacaan Ikrar yang diketuai oleh cikgu Ahmad Zuliadi 6. Ucapan Oleh Guru Besar Haji Noh 7. Nyanyian lagu Guru Malaysia

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2011 SKPTLDM

16 Mei 2011(Isnin): Tarikh 16 mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut adalah sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Pesekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajran Kebangsaan sehingga kini. Dengan itu pada hari ini Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM telah bersama-sama dengan seluruh sekolah di Malaysia telah menyambut hari guru. Antara objektifnya ialah menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan, pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat, memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibbah antara guru dan menilai secara objektif peranan guru dalam dunia transformasi pendidikan pada masa kini dengan bertemakan "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mendapat kerjasama dan sokongan daripada guru-guru dan pihak pentadbir. Atucara yang disusun rapi telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Atucaranya adalah seperti berikut: 7.30 : -perarakan guru dari kantin ke tapak perhimpunan -nyanyian lagu negaraku -nyanyian lagu negeri Perak -Nyanyian lagu sekolah -Bacaan Doa : Ustaz Fadhil -Bacaan Perutusan Menteri pelajaran: Puan Salwa -Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran:Puan Ro'idah -Bacaan Ikrar guru:En.Ahmad Zuliadi -Nyanyian lagu Guru Malaysia 9.00 : -OUTDOOR GAME:REHAT - Jalinan Kasih(mengayam ketupat) - Ikatan Kasih - Talian Kasih - Telefon Kasih - Jaringan Kasih 10.30 : Indoor Game:REHAT -Sajak, Pantun Seloka -Dikir Barat PRS -Tarian Endang Pengawas -Melodi Kasih -Penyampaian Hadiah 12.00: Besurai DAN 1.00 Jamuan untuk guru yang diadakan di Lumut Orchard Inn Alamanda Restaurant & Cafe