MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 23 May 2013

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 4 BESTARI DAN 5 BESTARI


24/5/2013 (Jumaat): Pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan  dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang  meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat. Di dalam islam panduan yang sempurna dan lengkap telah diterangkan tanpa  cacat cela bagi manusia untuk menjalani kehidupan seharian.

Pembangunan Sahsiah Pelajar merupakan satu elemen yang penting dalam pencegahan masalah gejala disiplin di kalangan pelajar  yang meliputi semua aspek iaitu  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berpandukan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Sehubungan dengan itu, program motivasi yang melibatkan pelajar tahun 4B dan 5B memfokuskan pembentukan sikap dan pembangunan potensi diri bagi mengurangkan masalah disiplin di sekolah dengan menerapkan nilai-nilai islam dalam perlaksanaannya.


OBJEKTIF
o   Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan.

o   Mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar.

o   Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat dan mentranformasikan  pembangunan pelajar  ke arah melahirkan generasi  yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam.


Sesi 1: Penceramah jemputan dari SK Panchor cikgu Normazlan Md Raja

Sesi Kerohanian: Pelajar solat berjemaah disurau sekolah yang diimani oleh ustaz Ahmad Syaibani

Sesi Petang: Pelajar menjalankan aktiviti permainan yang dikendalikan oleh cikgu Zuliadi

Para peserta disediakan makan tengah hari dan petang semasa program motivasi diadakan


Sesi Malam: Kehadiran ibubapa sangat baik untuk menjayakan aktiviti solat hajat, bacaan yasin dan ceramah motivasi

Ibubapa sedang mendengar ceramah pembangunan sahsiah yang disampaikan oleh ustaz Ismail Shaari dari SMK Layang-Layang Kiri

Sebahagian para ibu yang hadir

Ustaz Ismail sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar dan ibubapa yang berkaitan dengan sahsiah



Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk membentuk diri lebih positif dan  belajar dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan  pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pentadbir sekolah, guru-guru, pelajar, ibubapa dan P.I.B.G yang telah menjayakan program motivasi kali ini.

Sunday 12 May 2013

Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

Saturday 11 May 2013

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR ANAK-ANAK ATM

 11/5/2013: Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi telah selesai program teknik menjawab soalan UPSR 2013 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM dengan kerjasama ATM-Pernama TLDM. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Tujuan program ini dijalankan untuk mendedahkan kepada calon UPSR 2013 tentang teknik menjawab soalan UPSR yang sebenar seperti Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Teknik menjawab soalan matapelajaran yang terlibat telah diterangkan secara jelas oleh guru-guru / penceramah yang dijemput dimana mereka mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemeriksa kertas UPSR. 



Sepanjang program berlangsung para pelajar telah memberi tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan mereka faham dan dapat mengaplikasikan dalam menjawab soalan dalam setiap mata pelajaran yang terlibat. Kerjasama guru-guru matapelajaran dan AJK yang terlibat juga sangat baik dan bersama-sama mengawal disiplin pelajar dari awal hingga akhir program.


Pihak UB&K mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar, guru-guru, ibu bapa, penceramah jemputan dan pihak pentadbir dalam menjayakan program kali ini. Semoga apa yang dijalankan pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua bakal calon UPSR SKPTLDM tahun 2013.

CIKGU SYARIF: BAHASA MELAYU PENULISAN

CIKGU ZALINA: BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


PELAJAR TURUT DISEDIAKAN MAKAN PAGI DAN TENGAH HARI SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

PELAJAR MEMBERI TUMPUAN YANG PENUH BAGI MEMASTIKAN MEREKA FAHAM APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN

DISIPLIN PELAJAR SANGAT MEMUASKAN SEPANJANG PROGRAM BERJALAN


CIKGU ZULKIFLI: MATEMATIK

CIKGU FAZILAH: CIKGU BAHASA INGGERIS

CIKGU ROSLI: SAINS

Monday 6 May 2013

PROGRAM: KEMPEN NILAI MURNI

6/5/2013: Kempen nilai murni "Budi Bahasa Budaya Kita" yang dianjurkan UB&K bermula hari ini. Dimana diadakan secara ringkas majlis pelancarannya dengan penerangan  program oleh cikgu Norbi, nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya Kita dan hebahan aktiviti yang akan diadakan sepanjang kempen berlangsung. Antara aktiviti yang akan diadadakan seperti pertandingan koir tahun 5, membuat banner tahun 4  dan pemilihan tokoh sahsiah dan nilai murni tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti  tersebut akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan  melalui hebahan di papan kenyataan UB&K.

CIKGU NORBI (B&K) MENERANGKAN SECARA JELAS DAN RINGKAS PROGRAM KEMPEN NILAI MURI YANG DIADAKAN

PELAJAR BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA SEMASA MAJLIS PELANCARAN