MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 20 July 2012

FADHILAT SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Wednesday 18 July 2012

CERAMAH MOTIVASI IBU BAPA / GURU TAHUN 6

**IBUBAPA KHUSUK MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI OLEH EN.HAMIDON**

18/07/2012 (Rabu): Ceramah motivasi keibubapaan telah diadakan di dewan SKPTLDM yang melibatkan ibubapa pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012. Program motivasi ini diadakan untuk memastikan ibubapa turut memainkan peranan penting sebagai pendorong untuk anak-anak mereka mencapai keyaan dan kecemerlangan di dalam UPSR yang akan dihadapi nanti. **CIKGU NORFAAZILA HAMZAH MEMPENGERUSIKAN PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN**



**BACAAN DOA OLEH USTAZ SYAIBANI**

Penceramah jemputan kali ini ialah en. Hamidon Bin Jamli iaitu Kaunselor Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung.Program yang dimulai pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi telah menarik ibubapa mendengar ceramah dan aktiviti yang dijalankan oleh en.Hamidon dengan pelbagai kaedah penyampaian.

**EN.HAMIDON PENCERAMAH JEMPUTAN DARI PPD MANJUNG**

MATLAMAT
Program ini diadakan atas dasar untuk meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah. Menyedari bahawa peranan ibu bapa amat penting dalam merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan seorang murid, maka pihak sekolah telah mengusahakan program yang seumpama ini.

**UCAPAN RINGKAS DARI GURU BESAR EN.RAMLAAN BIN HUSSIN SEBELUM SESI CERAMAH MOTIVASI DIMULAKAN**

OBJEKTIF
-Memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya keprihatinan mereka dalam memastikan disiplin belajar anak-anak.
-Memberi motivasi dan berkongsi strategi berkaitan kaedah menarik minat murid untuk mencintai ilmu dan berusaha untuk berjaya.
-Memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa dan tenaga untuk mambantu anak-anak mereka yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.
**SOKONGAN IBU BAPA SANGAT DIPERLUKAN UNTUK KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK MEREKA DALAM UPSR 2012**

Tuesday 17 July 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SKPTLDM

17/07/2012 (SELASA): program lawatan sambil belajar telah berjaya diadakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Peserta bertolak dari sekolah pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas Arwana di depan pintu pagar 2 sekolah. Peserta lawatan yang terdiri daripada 40 orang pelajar pusat sumber, PRS dan pengawas beserta 3 orang guru pengiring dan 2 orang pekerja am sekolah.

Monday 16 July 2012

PEMANTAUAN JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

***Puan Norbi sedang memberi maklumat kepada Puan Maszatul yang berkaitan dengan perkhidmatan dan program serta aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling**

16/07/2012 (ISNIN): Pemantauan oleh Jabatan Pelajar Perak di SKPTLDM sempena pemilihan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKPTLDM dalam pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Perak. Antara tempat yang di pantau ialah bilik Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Pemantauan dilakukan oleh Puan Wan Maszatul Laili Bt Meor Rohidi dan En.Hamzan Bin Aziz. Mengikut ulasan yang diberikan oleh puan Maszatul Laili dan en. Hamzan, mereka berpuashati dengan hasil pemantauannya di UB&K samada dari segi penyediaan dokumentasi, program, edaran maklumat, info aktiviti, keceriaan dan sebagainya.

Beliau juga turut menekankan penggunaan web/blog dalam menyampaikan maklumat. Walaubagaimanapun semua media maklumat telah pun disediakan oleh UB&K sejak awal lagi. Selain itu juga UBK turut menyediakan Facebook (Bimbingan Kaunseling Skptldm) dan juga Youtube (skptldm) dalam memberi info aktiviti UB&K.

**Bergambar Bersama Pemantau JPN Perak.

Dibawah adalah klip video yang telah ditunjuk dan ditonton oleh Pegawai Pemantauan untuk anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Perak.

Sunday 15 July 2012

PANORAMA SKPTLDM

Klip video untuk Pusat Sumber SKPTLDM sempena pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat JPN Perak tahun 2012.

Saturday 14 July 2012

LADAP GURU SKPTLDM

**PUAN KHATJAH SEDANG MENERANGKAN TENTANG PENGENALAN MBM&MBI DI SEKOLAH


14 Julai 2012 (sabtu): Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru SKPTLDM telah diadakkan di Makmal Bestari B1 yang bermula jam 8.30 pagi dipengerusikan oleh Pn Azizah. Ia dimulai dengan ucapan oleh puan Khatijah Bt Ali Penolong Kanan 1 yang menjelaskan pengenalan oleh pihak kementerian tentang MBM&MBI dan puan Syikin menerangkan secara terperinci tentang MBM di sekolah. Turut diterangkan tentang pembelajaran matapelajaran sains oleh Pn.Natherah

Monday 9 July 2012

KELAS BIMBINGAN INTENSIF CALON UPSR 2012

09 Julai 2012 (Isnin): Kelas intensif yang melibatkan matapelajaran matematik dan Sains bagi pelajar tahun enam yang akan menduduki UPSR. Kelas tersebut diadakan sepanjang 1 hari yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A diadakan di dewan yang melibatkan 70 orang pelajar dan Kumpulan B diadakan di Makmal Bestari iaitu seramai 30 orang.

Friday 6 July 2012

LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2012

Para pelajar merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Rosaknya sesebuah negara pada masa depan bergantung kepada nilai-nilai dan sikap generasi masa kini. Di sekolah, Unit pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah dan kerajaan dalam hal meningkatkan kesedaran tentang penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan kakitangan.

Tuesday 3 July 2012

SENARAI NAMA PEMENANG PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA MINGGU ANTI DADAH SKPTLDM SECARA ONLINE

TAHNIAH!..Berikut adalah senarai nama pemenang pertandingan kuiz sempena minggu anti dadah SKPTLDM yang berakhir pada 1 julai 2012. Keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan pemenang dibuat berdasarkan jawapan yang tepat dan slogan. Jika ada jawapan yang sama tepat keputusan akan dibuat berdasarkan slogan yang menarik.
Senarai pemenang:-
NAMA PEMENANG KELAS
NUR ILLIYA IZWIN 6P
NURUL AMIRAH IZZATI 5K
NUR ADAWIYATUL NAJHAH 5K
RAJA HARITH ZAKWAN 4H
GLEDY'S 6H

Semua senarai di atas boleh menutut hadiah di bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula pada 6 Julai 2012. Sekian terima kasih.