MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 16 July 2012

PEMANTAUAN JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

***Puan Norbi sedang memberi maklumat kepada Puan Maszatul yang berkaitan dengan perkhidmatan dan program serta aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling**

16/07/2012 (ISNIN): Pemantauan oleh Jabatan Pelajar Perak di SKPTLDM sempena pemilihan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKPTLDM dalam pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Perak. Antara tempat yang di pantau ialah bilik Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Pemantauan dilakukan oleh Puan Wan Maszatul Laili Bt Meor Rohidi dan En.Hamzan Bin Aziz. Mengikut ulasan yang diberikan oleh puan Maszatul Laili dan en. Hamzan, mereka berpuashati dengan hasil pemantauannya di UB&K samada dari segi penyediaan dokumentasi, program, edaran maklumat, info aktiviti, keceriaan dan sebagainya.

Beliau juga turut menekankan penggunaan web/blog dalam menyampaikan maklumat. Walaubagaimanapun semua media maklumat telah pun disediakan oleh UB&K sejak awal lagi. Selain itu juga UBK turut menyediakan Facebook (Bimbingan Kaunseling Skptldm) dan juga Youtube (skptldm) dalam memberi info aktiviti UB&K.

**Bergambar Bersama Pemantau JPN Perak.

Dibawah adalah klip video yang telah ditunjuk dan ditonton oleh Pegawai Pemantauan untuk anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Perak.

No comments: