MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 9 July 2012

KELAS BIMBINGAN INTENSIF CALON UPSR 2012

09 Julai 2012 (Isnin): Kelas intensif yang melibatkan matapelajaran matematik dan Sains bagi pelajar tahun enam yang akan menduduki UPSR. Kelas tersebut diadakan sepanjang 1 hari yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A diadakan di dewan yang melibatkan 70 orang pelajar dan Kumpulan B diadakan di Makmal Bestari iaitu seramai 30 orang.

Program ini diadakan atas dasar membantu meningkatkan prestasi matapelajaran sains dan matematik dengan menggunakan kaedah latih tubi menjawab soalan secara kumpulan kecil/kaedah yang bersesuaian agar murid dapat fokus kepada teknik-teknik penting yang diajar.

Penglibatan semua guru tahun 6 sepanjang program dijalankan bagi memastikan disiplin murid terkawal. Semoga dengan adanya program seperti ini diharap semua calon UPSR tahun 2012 mendapata mafaat yang sepenuhnya.

Cikgu Razana dan Mimi Anita (Matapelajaran Matematik)

Cikgu Natherah memerhatikan pelajar menyelesaikan masalah soalan sains

Cikgu Razana menerangkan cara menjawab soalan matematik dengan cara yang betul dan turut dibantu oleh cikgu Mimi Anita

No comments: