MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 6 July 2012

LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2012

Para pelajar merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Rosaknya sesebuah negara pada masa depan bergantung kepada nilai-nilai dan sikap generasi masa kini. Di sekolah, Unit pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah dan kerajaan dalam hal meningkatkan kesedaran tentang penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan kakitangan.

Para pelajar memerlukan pengentahuan yang tepat dan berkesan untuk memastikan langkah-langkah awal yang perlu diambil bagi mengelakkan terjebak kepada najis dadah sepanjang menuju ke alam remaja yang penuh cabaran. Minggu anti dadah yang dilaksanakan akan memberi impak yang besar kepada pelajar kerana pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan melalui aktiviti yang dijalankan seperti ceramah, pameran dan pertandingan

Matlamat

1. Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua murid tentang keburukan dan bahaya dadah.

2. Murid dapat membentuk budaya, tingkah laku positif, dan mengamalkan nilai-nilai murni seterusnya dapat mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala dadah.



Objektif

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid serta warga sekolah tentang bahaya dadah dan kesannya.

2. Membolehkan murid-murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

3. Meningkatkan kemahiran murid dalam menghadapi penyalahgunaan dadah dan menggelakkan diri dari terjerumus dengan gejala dadah.

4. Memupuk sikap menjauhi najis dadah dan mengetahui najis dadah boleh membawa maut sejak di sekolah rendah.

1. Pelancaran Minggu Anti Dadah

Aktiviti sempena Program Minggu Anti Dadah telah dilancarkan dengan jayanya pada 18 Jun 2012 di tapak perhimpunan sekolah semasa perhimpunan mingguan. Minggu Anti Dadah telah dirasmikan oleh guru besar SKPTLDM iaitu En.Ramlan Bin Hussin dengan disaksikan oleh semua pelajar dan guru-guru. Sebelum perasmian majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi perhimpunan pagi iaitu Puan Salmiah dan seterusnya penerangan tentang dadah dan perjalanan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu anti dadah oleh puan Norbi Bt Ayob dan diakhiri dengan persembahan koir oleh pelajar tahun 5P dengan lagu ”Masyarakat Madani Tanpa Dadah”.

2. Ceramah Dan Pameran Oleh AADK

Pada 28 Jun 2012 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SKPTLDM telah menjemput pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung untuk memberi ceramah dan mengadakan pameran di sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Masdura, iaitu pegawai AADK di kantin sekolah yang melibatkan semua pelajar tahap 2 dan beberapa orang guru. Selepas daripada ceramah, pihak AADK telah mengadakan pameran tentang dadah seperti info dadah, gambar dadah, bahan-bahan yang mengandungi dadah dan sebagainya. Aktiviti iini bermula pada jam 11.50 dan berakhir pada jam 1.50 tengah hari



3. Info Dadah

Sepanjang Minggu Anti Dadah berlangsung pada 18 hingga 29 jun, pihak PPDa SKPTLDM turut mempamerkan info-info berkaitan dengan dadah sebagai informasi dan pengentahuan kepada semua pelajar dan guru serta kakitangan sokongan yang lain. Info tersebut dipamerkan di sudut PPDa dan papan kenyataan Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Maklumat tersebut sangat berguna sebagai panduan kepada pelajar untuk menjauhi bahaya dadah dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terjebak dengan najis dadah.



4. Kuiz Dadah Penyertaan pertandingan kuiz anti dadah telah dibuka kepada semua pelajar tahap 1 dan 2 yang bermula pada 20 jun dan berakhir pada 1 julai 2012. Kuiz untuk minggu anti dadah kali ini hanya dibuat secara online dengan melayari blog Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPTLDM. Seramai 5 pemenang yang dipilih berdasarkan jawapan yang tepada dan slogan dadah yang menarik.

5. 5 Minit Dadah Oleh Pelajar

Aktiviti lain yang diadakan sempena Minggu Anti Dadah ialah 5 minit dadah yang disampaikan oleh beberapa pelajar yang dipilih oleh guru. 5 minit dadah yang disampaikan memberi info kepada semua pelajar tentang dadah melalui bacaan pantun, koir dan sajak. Aktiviti ini dijalankan semasa perhimpunan pagi sekolah.

Penilaian
Sepanjang Minggu Anti Dadah dijalankan, setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Penglibatan pelajar dan guru dalam setiap aktiviti yang dijalankan sangat baik dan turut mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah. Pelajar-pelajar yang dipillih untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan memberi kerjasama yang memuaskan dan setiap maklumat yang dipamerkan diambil perhatian oleh pelajar dengan mendapatkan info-info tentang dadah di sudut PPDa dan papan kenyataan. Selain itu, pihak jemputan seperti AADK Daerah Manjung juga telah dapat diundang untuk memberi ceramah dan pameran berkaitan dengan dadah. Sepanjang aktiviti dijalankan keselamatan dan disiplin pelajar dapat dikawal dengan baik oleh guru yang bertugas.

No comments: