MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 18 July 2012

CERAMAH MOTIVASI IBU BAPA / GURU TAHUN 6

**IBUBAPA KHUSUK MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI OLEH EN.HAMIDON**

18/07/2012 (Rabu): Ceramah motivasi keibubapaan telah diadakan di dewan SKPTLDM yang melibatkan ibubapa pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012. Program motivasi ini diadakan untuk memastikan ibubapa turut memainkan peranan penting sebagai pendorong untuk anak-anak mereka mencapai keyaan dan kecemerlangan di dalam UPSR yang akan dihadapi nanti. **CIKGU NORFAAZILA HAMZAH MEMPENGERUSIKAN PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN**



**BACAAN DOA OLEH USTAZ SYAIBANI**

Penceramah jemputan kali ini ialah en. Hamidon Bin Jamli iaitu Kaunselor Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung.Program yang dimulai pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi telah menarik ibubapa mendengar ceramah dan aktiviti yang dijalankan oleh en.Hamidon dengan pelbagai kaedah penyampaian.

**EN.HAMIDON PENCERAMAH JEMPUTAN DARI PPD MANJUNG**

MATLAMAT
Program ini diadakan atas dasar untuk meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah. Menyedari bahawa peranan ibu bapa amat penting dalam merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan seorang murid, maka pihak sekolah telah mengusahakan program yang seumpama ini.

**UCAPAN RINGKAS DARI GURU BESAR EN.RAMLAAN BIN HUSSIN SEBELUM SESI CERAMAH MOTIVASI DIMULAKAN**

OBJEKTIF
-Memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya keprihatinan mereka dalam memastikan disiplin belajar anak-anak.
-Memberi motivasi dan berkongsi strategi berkaitan kaedah menarik minat murid untuk mencintai ilmu dan berusaha untuk berjaya.
-Memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa dan tenaga untuk mambantu anak-anak mereka yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.
**SOKONGAN IBU BAPA SANGAT DIPERLUKAN UNTUK KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK MEREKA DALAM UPSR 2012**

No comments: