MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 23 April 2012

Bimbingan Kerjaya Tahun 4Harmoni

23/04/2012 (Isnin): Bimbingan kerjaya untuk tahun 4 H telah diadakan pada jam 12.50 hingga 1.50 di kantin SKPTLDM. Bimbingan ini diadakan sempena minggu kerjaya yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar jenis kerjaya yang mereka impikan. Selain itu juga aktiviti yang dijalankan ini juga memupuk semangat kerja berpasukan, kemahiran interpersonal dan lain-lain nilai murni.Bimbingan ini diadakan secara berkumpulan iaitu sebanyak 5 kumpulan yang terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki. Pelajar dikehendaki mencari jenis-jenis kerjaya berdasarkan bahan yang disediakan iaitu surat khabar. Mereka dikehendaki bekerjasama berkumpulan untuk mendapat pelbagai jenis kerjaya dan di tampal di kertas manila kad.

Pelajar membentangkan hasil kerja mereka secara berkumpulan secara bergilir-gilir.

No comments: