MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Sunday 6 May 2012

06 Mei 2012 (Ahad): Program pembangunan sahsiah pelajar tahun 6 telah berjaya diadakan di SKPTLDM dengan lancar mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Program ini berlangsung selama 2 hari yang bermula pada 5 mei dan berakhir pada 6 mei 2012.

Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam adalah bertujuan meningkatkan motivasi murid-murid dan menanam semangat cintakan kepada Allah, ibu bapa dan orang yang membantu mereka dalam mencapai kejayaan.
1. Membimbing murid-murid dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, murid, dan ahli masyarakat.
2. Membentuk murid agar mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dan melatih mereka dalam kemahiran penyelesaian masalah
3. Membimbing murid menghargai diri dan ketegasan diri serta menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
4. Menerangkan kepada pelajar bahawa sikap juga adalah penyumbang kepada kejayaan mereka

Sepanjang program dijalankan para peserta melibatkan diri secara aktif setiap aktiviti yang di kendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SKPTLDM. Setiap aktiviti yang dijalankan untuk menilai sahsiah pelajar dari segi kerjasama, tanggungjawab, amanah, prihatin, kreativiti dan sebagainya. Diharap dengan program yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada peserta untuk cemerlang dalam pelajaran mereka.

LAIN-LAIN GAMBAR KLIK DISINI

No comments: