MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 9 April 2012

Program Minggu Kerjaya SKPTLDM 2012

09/04/2012 (Isnin):Minggu Kerjaya 2012 yang dianjurkan oleh UBK SKPTLDM adalah untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh pelajar dan secara tidak langsung mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kerjaya pilihan mereka kelak.

. OBJEKTIF
o Memberi kefahaman terhadap konsep kerjaya daripada perlbagai sumber khususnya di bidang sains dan teknologi.
o Menyatukan pengentahuan dengan kemahiran dan pemikiran berkaitan kerjaya melalui aktiviti yang kreatif.
o Mendedahkan pelajar khususnya pelajar tahun 6 mengenai proses-proses yang perlu dilalui oleh mereka untuk memilih sekolah yang sesuai selepas tamat tahun 6 sesuai dengan cita-cita mereka
o Memberi kefahaman mendalam kepada pelajar tentang aliran kerjaya yang sesuai berdasarkan minat mereka.
o Membina keyakinan diri dan pengalaman nilai-nilai murni ke dalam setiap aktiviti yang disertai.

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SKPTLDM
PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: Bermula 09 April 2012
Hari : Isnin
Tempat: Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM

KAEDAH PERLAKSANAAN
Minggu kerjaya yang dijalankan meliputi aktiviti pertandingan, pameran, jualan dan penglibatan aktif pelajar seperti Mewarna poster, Tahap 1, Jualan, melukis Poster Tahap 2, Menulis Cerita dan pameran kerjaya.

Program yang dianjurkan diharapkan dapat memberi manfaat dan pengentahuan kepada semua pelajar seterusnya maklumat yang tepat untuk pelajar mencapai kerjaya impian mereka. Selain itu diharapkan pelajar lebih bermotivasi dan cenderung untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan intelek.

No comments: