Antara barang yang dijual ialah minuman, buah-buahan, dadih, cenderamata, alat tulis,dan lain-lain lagi. Turut dijual juga ialah buku cerita keluaran khas oleh UB&K. Harga barangan yang dijual berpatutan dan mampu dibeli oleh pelajar.
Hasil jualan tersebut akan disumbangkan ke dalam tabung UB&K untuk kegunaan aktiviti yang dirancang dan pengurusan lain.
Sepanjang aktiviti dijalankan turut mendapat sambutan daripada guru-guru dan pekerja am yang lain. Dan pihak UB&K mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti UB&K kali ini.
Selain dari aktiviti jualan UB&K juga turut menganjurkan pertandingan menulis karangan, melukis poster dan mewarna. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar SKPTLDM tahap 1 dan tahap 2. Dan aktivti jualan sahaja dikhaskan untuk ahli PRS.
No comments:
Post a Comment