MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 27 February 2012

PROGRAM MENTOR MENTEE SKPTLDM AKAN DIJALANKAN PDA BULAN MAC

PENDAHULUAN

Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.

Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. individu yang di pandu dan di pimpin.

Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.

. Terdapat pelbagai jenis program mentor-mentee. Program mentor-mentee boleh diperkenalkan dalam konteks yang lebih formal atau informal. Namun objektifnya adalah sama untuk membolehkan mentee mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif yang ditetapkan demi untuk meningkatkan pencapaian dan imej sekolah. Dalam situasi ini mentee yang menerima bimbingan dapat berpegang kepada objektif sekolah demi untuk menjaga kualiti yang berterusan.

PENGENALAN

Mentor mentee merupakan suatu program yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk hubungan antara pelajar yang dikawal sebagai mentee manakala tenaga guru sebagai mentor. Hubungan mentor dan mentee ialah:-
1. Sebagai ibubapa angkat kepada anak angkat
2. Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor
3. Hubungan ibubapa angkat dengan ibubapa pelajar
4. Hubungan ibubapa angkat dengan kaunselor, guru kelas dan matapelajaran

ORGANISASI SISTEM MENTOR

Para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah bimbingan seorang guru (mentor) yang akan bertindak sebagai bapa/emak angkat bagi setiap pelajar (mentee).

OBJEKTIF

Program mentor mentee mempunyai objektif yang tertentu seperti:-
1. Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti yang disasarkan oleh pihak sekolah.
2. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi.
3. Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar
4. Membina hubungan yang lebih baik antara guru denan ibubapa pelajar.
5. Mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah pelajar termasuk masalah keluarga,peribadi dan pelajaran.

KUMPULAN SASARAN
Semua Pelajar Tahun Enam SKPTLDM yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

TANGGUNGJAWAB MENTOR
1. Gabung jalin secara sempurna semasa sesi perkenalan, perbincangan dan tentang pengalaman semasa sesi berlangsung, rumusan sesi dan penutup.
2. Mewujudkan suasana berbentuk yakin diri dalam pembelajaran, keterbukaan, kemesraan dan seterusnya mentee dengan sendirinya mencuba dan mendorong kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran.
3. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai cirri-ciri yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan berpengetahuan.
4. Sentiasa mengingatkan mentee tentang matlamat program dan mengaitkan teori serta pengalaman mentee.
5. Mewujudkan komunikasi berkesan antara mentor dan mentee, dengan ini mentee tahu dengan jelas arahan yang diberikan dan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing.
6. Sentiasa peka dengan perkembangan mentee dalam akademik, sahsiah dan bersama merancang aktiviti atau program penambahbaikan terhadap kelemahan yang dikenalpasti.

PANDUAN MENTOR
1. Membuat persediaan rapi dan mengentahui serta memahami matlamat program yang dijalankan.
2. Bina ruang untuk mengenali mentee dan seterusnya membentuk satu kelompok pembelajaran yang kondisif agar sebarang masalah dapat dibincangdengan dengan penuh keterbukaan oleh kumpulan.
3. Memberikan suasana yang cukup selesa kepada mentee untuk mereka berasa selamat berkongsi perasaan/pengalaman masing-masing.
4. Memastikan mentee berasa diperlukan, berperanan dan perasaan dipunyai dalam kumpulan.
5. Sentiasa bersemangat dan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku dan dibincangkan.
6. Menunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan dan sentiasa bertanyakan pandangan ahli kumpulan

AKTIVITI PERJUMPAAN MENTOR MENTEE
Sepanjang Program Berlangsung, Penorakaan kendiri,Potensi diri
Semakan pencapaian keputusan peperiksaan/ujian Memperkenalkan diri/ latar belakang
Mewujudkan kemesraan dan bina hubungan
Ciri-ciri negatif dan positif mentee
Perbincangan keputusan peperiksaan/ujian
Menetapkan matlamat
Pelan pelajar
Penyeliaan Mentor
Membina matlamat belajar
Membuat perancangan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Menyemak dan mengenalpasti kelemahan dan seterusnya merancang program/aktiviti yang sesuai untuk meperbaiki kelemahan mentee
Kemahiran belajar dan Membaca

Jenis-jenis bahan bacaan
Mengingat, mencatat nota dan sebagainya
Belajar berkumpulan
Konsep belajar berkumpulan

Aktiviti belajar berkumpulan
Persediaan menghadapi peperiksaan
Persiapan asas
Senarai tugasan penting menghadapi peperiksaan
Persiapan fizikal, emosi dan kerohaniaan
Menyiapkan semua latihan dan tugasan yang disediakan oleh mentor / guru matapelajaran


SENARAI GURU YANG TERLIBAT

Guru yang terlibat ialah semua guru yang mengajar tahun 6 seperti di bawah:-
ROHAIDA BT MOHAMAD
HAJAH NOR AZAH BT AHMAD
AZIRA BT PUDZI
SAARI BIN ABDULLAH
HJH RAZANA BT DASIMON
MOHD SHAH BIN MD SANI
NOOR AINI BT ABD RAHMAN
NORFAAZILA BT HAMZAH
SALWA BT ABD WADUD
NOOR ZAHIRA BT NOORDIN
NONI HANIZAR BT ZAINAL
MOHD FADHIL BIN ZAINAL ABIDIN
NURLIA BT ABDULLAH
M.KOMATHY A/P MANIKAM
MAZNAH BT ABD MALEK
SALMIAH BT ABD RANI
NORASWANI BT NORFAIZ
HASHIM BT JAIN

No comments: