MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 9 March 2012

MAJLIS INTERAKSI ANTARA GURU-GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6

09/03/2012(JUMAAT): Majlis interaksi antara guru-guru yang mengajar tahun 6 dan ibu bapa telah berjaya diadakan di dewan SKPTLDM. Turut hadir pada majlis ini ialah Leftenan Komander Mohd Sham Bin Saimon YDP PIBG dan Staf Sarjan Encik Nasrul dari KD Malaya TLDM.

Majlis dipengerusikan oleh ustazah NurHuda bt Azizi daripada Panitia Pendidikan Islam. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Syarbaini dan seterusnya ucapan daripada guru besar Ramlan bin Hussin dan YDP PIBG.


(LAIN-LAIN GAMBAR KE FB UB&K)...
Selepas sahaja ucapan alu-aluan daripada jemputan maka diadakan interaksi antara guru-guru matapelajaran teras tahun 6 dengan ibu bapa. Guru-guru tersebut menerangkan secara terperinci kepada ibu bapa perkara yang berkaitan dengan subjek yang diajar. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Azira Bt Pudzi (B.Melayu), Noni Hanizar (Sains), Norfaazila Hamzah (B.Inggeris) dan Matematik (Puan Noor Zahira Noordin). Turut memberi ucapan ialah wakil dari bimbingan dan kaunseling iaitu cikgu Ahmad Zuliadi Bin Mustafa yang menerangkan kepada ibu bapa tentang program Mentor dan Mentee yang akan dilaksanakan sepenuhnya selepas cuti sekolah nanti.

Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh adik Syafiq Sham. Majlis berakhir dengan bacaan yassin oleh ibubapa, guru dan pelajar lebih kurang jam 11.00pagi.

No comments: