MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 16 February 2012

KURSUS JURULATIH UTAMA SAHABAT PPDa-PETRONAS TAHUN 2012



16/02/2012(Khamis): Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya telah selesai sudah Kursus Jurulatih Utama Sahabat-Petronas yang telah diadakan di Hotel Virgo Resort Teluk Batik selama 3 hari 2 malam. Kursus yang diadakan pada kali ini merupakan siri ke-4 yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Perak dan Petronas.Kursus ini melibatkan 54 buah sekolah termasuk 24 sekolah rendah dan 30 sekolah menengah 3 daerah iaitu Manjung, Hilir Perak dan Perak Tengah. Kursus yang diadakan ini telah bermula pada 14/02/2012 dengan peserta membuat pendaftaran pada jam 2.30 petang dan berakhir pada hari khamis dengan majlis penutup dirasmikan oleh Puan Wiza Rozahrin bt Mohd Radzi Penolong Pengarah PPDa Perak.





Kursus ini telah melatih para peserta untuk menjadi fasilitator bagi mengedalikan beberapa program PPDa yang akan diadakan nanti seperti kursus Fasilitator 13-14 April, Orientasi Sahabat-Petronas pada 15 mei (sekolah rendah) dan 19 mei (sekolah menengah) dan Majlis Anugerah Alumni Sahabat PPDa-Petronas pada bulan oktober/november nanti



Kursus ini berjaya dijalankan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti ice breaking, LDK, Ceramah dan penyelesaian masalah. Antara fasilitator yang terlibat ialah En.Izamudin, En.Sayuti, Pn.Wiza, En. Azman dan Tn Hj Zainudin. Aktiviti yang dikendalikan oleh mereka sedikit sebanyak boleh membantu pihak bimbingan dan kaunseling dan PPDa mengaplikasikan di sekolah untuk pembangunan sahsiah pelajar.



Sepanjang kursus ia dijalankan, penglibatan semua peserta sangat baik. Mereka turut memberi kerjasama samaada dari segi menjana idea, memberi pendapat, membuat aktiviti dan sebagainya. Dan sepanjang kursus ini juga secara tidak langsung ia turut membina sebuah jambatan persahabatan antara daerah manjung dengan daerah lain-.

Bagi pihak UB&K dan PPDa SKPTLDM kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Fasilitator, Unit PPDa Perak, PPD Manjung, Penceramah dan sahabat-sahabat PPDa di atas kerjasama dan dorongan serta buah fikiran sepanjang penglibatan dalam Kursus Utama Sahabat PPDa-PETRONAS tahun 2012.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada UB&K dan PPDa SKPTLDM terutamanya Jurulatih Utama yang baru dilantik atas penyiaran berita dan maklumat ini. Diharapkan ilmu yang diperolehi dalam kursus tersebut dapat digunakan untuk membantu anak-anak kita.

Sayuti Ibrahim
Unit PPDa, JPN Perak.