
SKPTLDM 29 APRIL 2011(JUMAAT): Larian rentas desa telah diadakan untuk pelajar tahap 2 SKPTLDM. Larian ini meliputi kategori lelaki dan perempuan mengikut rumah pasukan masing-masing iaitu hijau, kuning, merah dan biru. Jarak yang perlu di lalui ialah 5km bagi lelaki dan 4km bagi perempuan. Lokasi larian melibatkan sekitar Kem TLDM. Walaupun hujan renyai sepanjang acara dijalankan namun ia mendapat kerjasama dan sokongan daripada guru dan pelajar SKPTLDM. Para peserta yang menduduki tempat pertama hingga ke sepuluh akan mendapat hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah.
Guru besar Tuan Hj Noh dan barisan penolong kanan puan Khatijah, En.Durairaj dan puan Maziah telah diberi penghormatan untuk melepaskan para peserta larian. Setiap peserta juga akan menyumbangkan mata kepada diri sendiri dan juga rumah pasukan sekiranya dapat menghabiskan larian. Larian ini diadakan pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Selain itu acara larian juga turut mendapat kerjasama daripada Unit PROTELA TLDM yang mengawal lalu lintas bagi menjaga keselamatan para peserta larian.
"MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH"
No comments:
Post a Comment