MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 16 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2011 SKPTLDM

16 Mei 2011(Isnin): Tarikh 16 mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut adalah sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Pesekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajran Kebangsaan sehingga kini. Dengan itu pada hari ini Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM telah bersama-sama dengan seluruh sekolah di Malaysia telah menyambut hari guru. Antara objektifnya ialah menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan, pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat, memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibbah antara guru dan menilai secara objektif peranan guru dalam dunia transformasi pendidikan pada masa kini dengan bertemakan "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mendapat kerjasama dan sokongan daripada guru-guru dan pihak pentadbir. Atucara yang disusun rapi telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Atucaranya adalah seperti berikut: 7.30 : -perarakan guru dari kantin ke tapak perhimpunan -nyanyian lagu negaraku -nyanyian lagu negeri Perak -Nyanyian lagu sekolah -Bacaan Doa : Ustaz Fadhil -Bacaan Perutusan Menteri pelajaran: Puan Salwa -Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran:Puan Ro'idah -Bacaan Ikrar guru:En.Ahmad Zuliadi -Nyanyian lagu Guru Malaysia 9.00 : -OUTDOOR GAME:REHAT - Jalinan Kasih(mengayam ketupat) - Ikatan Kasih - Talian Kasih - Telefon Kasih - Jaringan Kasih 10.30 : Indoor Game:REHAT -Sajak, Pantun Seloka -Dikir Barat PRS -Tarian Endang Pengawas -Melodi Kasih -Penyampaian Hadiah 12.00: Besurai DAN 1.00 Jamuan untuk guru yang diadakan di Lumut Orchard Inn Alamanda Restaurant & Cafe

No comments: