MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Tuesday 5 April 2011

Program Sayangi Diri

Program Sayangi diri telah diadakan di makmal bestari SKPTLDM pada 2 April 2011 yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sepanjang program ini berlangsung ia dikendalikan oleh Wakil LPPKN iaitu Puan Razania dan Encik Khairunniza. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada peserta hal-hal yang berkaitan perkembangan awal remaja, perihal keselamatan seksualiti/fizikal diri, maklumat dan kemahiran bertindak terhadap emosi diri dan melatih peserta supaya mendapat lebih kemahiran dalam penjagaan diri. Program ini berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut: Tarikh : 2, 9, 16 April 2011 Hari : Sabtu Tempoh Masa : 8.00 hingga 1.00 Ptg Sasaran : Semua Pelajar tahun 5 Tempat : Makmal Bestari SKPTLDM Pakaian : Pakaian Sukan Sekolah Peralatan Yang : Alat Tulis Perlu Dibawa Para peserta akan menghadiri program tersebut mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh UBK.

No comments: