MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Wednesday 13 April 2011

Motivasi Kecemerlangan UPSR 2011/2012

Rabu: 14 April 2011:- Motivasi kecemerlangan UPSR telah diadakan di kantin SKPTLDM pada jam 11 pagi hingga 12.50 tengah hari. Peserta terdiri daripada semua pelajar ahun 5 dan 6. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pusat Motivasi Elit, Klang Selangor. Penceramah motivasi kali ini ialah DR.Shahabuddin Al-Ustaz Mun dan dibantu oleh 2 orang fasilitator yang dibawa khas oleh beliau. Sepanjang program ini berlansung semua peserta merasa gembira dan seronok dengan cara penyampaian dan isi ceramah yang disampaikan. Selain itu juga guru-guru SKPTLDM juga turut mengambil kesempatan untuk bertanyakan kepada Dr. Shahabuddin tentang masalah perkembangan anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental. Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang perkara yang perlu ada dalam diri mereka untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan seperti ciri-ciri pelajar cemerlang, persiapan dan langkah-langkah awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Sokongan yang dimainkan oleh Penolong Kanan 1, Puan Khatijah sepanjang program tersebut turut menjayakan ceramah motivasi yang diadakan. Diakhir program penceramah memberi sedikit informasi kepada pelajar yang berminat untuk menyertai program motivasi yang akan diadakan pada 17 April 2011 bertempat di Dewan Majlis Daerah Manjung di bawah kendalian beliau.

No comments: