MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Saturday 12 May 2012

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2012

12/05/2012 (SABTU): Bengkel teknik menjawab soalan untuk calon UPSR tahun 2012 diadakan di dewan SKPTLDM yang melibatkan semua pelajar tahun 6 SKPTLDM. Program ini adalah program tahunan untuk anak-anak tentera terutamanya anak-anak TLDM. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.15 petang.

Sepanjang program dijalankan ia turut melibatkan semua guru SKPTLDM sebagai fasilitator untuk membantu penceramah jemputan.

Penceramah-penceramah yang dijemput terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman sekitar sekolah daerah Manjung. Mereka juga terdiri di kalangan pemeriksa kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dengan adanya bengkel seperti ini ia mendedahkan kepada pelajar tentang cara atau teknik yang betul untuk menjawab kertas soalan UPSR yang akan dihadapi pada bulan september nanti.



Penceramah jemputan pada tahun ini ialah :-
1. Pn.Choo Mei Ying ( Bahasa Inggeris)
2. En.Abdul Sharif Bin Sabdin (Bahasa Melayu Penulisan)
3. En.Hashim Bin Taib (Sains)
4. En.Haris Bin Hj Hussin (Bahasa Melayu Pemahaman)
5. En.Rohaizan Bin Mohd Hanif

No comments: