MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday 27 May 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Majid Dan Cikgu Rosmawatie

27 Mei 2011 (Jumaat): Majlis perpisahan dua orang guru SKPTLDM iaitu cikgu Majid dan cikgu Rosmawatie telah diadakan pada hari ini di perkarangan SKPTLDM. Perarakan bermula di tapak perhimpunan sekolah sehingga ke pintu masuk. Perarakan ini diadakan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada kedua-dua guru tersebut. Cikgu Majid akan bersara bermula jun nanti manakala cikgu Rosmawatie akan bertukar ke sekolah yang baru di Negeri Sembilan. Sepanjang majlis berlangsung suasana sayu dan sedih oleh pelajar dan kakitangan SKPTLDM memandangkan kedua-dua guru tersebut banyak berjasa kepada mereka. Namun apakan daya semua harus menerima hakikat bahawa setiap pertemuan ada perpisahan. Sepanjang perarakan tersebut ia diiringi oleh barisan pentadbir sekolah iaitu Tn.Haji Noh, Pn.Maziah, Pn.Khatijah dan En. Durairaj. Kami warga SKPTLDM berdoa agar cikgu Majid dan cikgu Rosmawatie sentiasa dirahmati dan diberkati sepanjang mengharungi kehidupan seharian dan semoga ukhwah yang terbina sebelum ini terus disemai sehingga ke akhir hayat.

No comments: