MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Thursday 21 February 2013

Program Guru dan Sekolah Penyayang


Program Guru dan Sekolah Penyayang

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Aktiviti Selepas PMR Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 pada 11 Oktober, 2011 bertempat di Pejabat Pelajaran Putrajaya telah menetapkan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah akan menjadi Setiausaha kepada Program Guru dan Sekolah Penyayang manakala jawatan setiausaha Program Sekolah Selamat diberikan kepada Guru Disiplin.

Sehubungan itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang dengan slogan “Murid Didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan”. Dalam pelaksanaan program atau kempen tersebut, amalan dan pembudayaan elemen 9P dan 5K secara holistik hendaklah disemai agar dapat direalisasikan dalam konsep penyayang di sekolah pada semua peringkat dari pihak pengurusan, guru, bilik darjah, P & P, peraturan sekolah, PIBG, Pengawas, PRS, Pemimpin murid, Satf sokongan, pekerja dan pengawal keselamatan.

Elemen 9P adalah :                                    Elemen 5K adalah :

1.     Penyayang                                            1. Kesepunyaan
2.     Penerimaan                                           2. Kemesraan
3.     Penghormatan                                       3. Kepuasan
4.     Pengiktirafan                                         4. Keseronokan
5.     Prihatin                                                 5. Kesabaran
6.     Persefahaman
7.     Permuafakatan
8.     Perpaduan
9.     Persaudaraan

Antara contoh program yang dirancang hendaklah menuju ke arah :

1.     Kumpulan Pengurusan sekolah
1.1  Pentadbir yang dapat mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan
1.2  Pentadbir yang dapat memahami, merasai dan menghayati jiwa murid
1.3  Pentadbir yang dapat memenuhi keperluan murid untuk belajar dan keselamatan yang terjamin
1.4  Pentadbir yang bersikap rasional dan stabil dari segi emosi dan psikologi.


2.     Kumpulan Guru
2.1 Guru yang “caring and friendly’   dan menerima murid tanpa syarat
2.2 Guru yang penyayang, penyabar dan sentiasa tersenyum
2.3 Guru yang memenangi hati murid, sentuhan jiwa dan minda serta berupaya memahami
      murid
2.4 Guru yang meransang kreativiti, daya fikir dan pencetus inspirasi murid
2.5 Guru yang mempunyai penampilan diri dan karektor yang menarik
2.6 Guru yang sentiasa bersikap terbuka dan positif

3.     Pengajaran dan Pembelajaran
3.1  P&P yang menarik dan menyeronokkan mengikut kepelbagaian murid
3.2  P&P yang banyak menggunakan ‘soft skill’
3.3  P&P yang memberi rangsangan positif untuk menggalakkan pembelajaran

4.     Kumpulan Staf Sokongan
4.1  Staf sokongan yang sentiasa prihatin, membantu dan mesra pelanggan

5.     Peraturan Sekolah
5.1  Peraturan yang bersifat mendidik dan fleksible berdasarkan akta, peraturan dan surat
      arahan yang bersesuaian dengan situasi.

6.     Pemimpin Murid
6.1 Pemimpin murid sebagai ‘role model’
6.2 Pemimpin murid yang berperanan dan berkesan

7.     Kumpulan PIBG
7.1  PIBG yang berperanan mencari dana dan mewujudkan hubungan dua hala termasuk
menyumbangkan kepakaran.

No comments: