MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 25 February 2013

Luahan Hati seorang IBU



Anakku,

Apabila ibu memarahi kamu,
Janganlah merasakan ibu seorang yang jahat,
melainkan niat ku untuk membentuk mu,
menjadi seorang insan yang berguna,
didunia mahupun akhirat.

Anakku,
Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu,
Ketahuilah kamu bahawa luka di tangan dan tubuh kamu,
terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu,
kerana terpaksa memukul anak nya,
untuk memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku,
Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan,
Ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan,
uuntuk berpisah dengan jantung hati ibu,
semaata-mata untuk melihat anaknya berjaya.

Anakku,
Jika ada keinginan mu ditentang,
Janganla kamu membenci ibu mu ini,
kerana ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang,
kerana akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Anakku,
hati seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya menangis dihadapannya,
tetapi tidak akan sekali-kali membenarkan keinginan itu membunuh anaknya,
di masa hadapan.

Anakku,
Ibu ibarat seorang lilin yang membakar diri,
untuk menerangi anaknya,
dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun,
anaknya tidak sesekali dibiarkan susah dan lapar.

Anakku,
Jika kamu sakit,
Ibu rela menggantikan tempat itu dari melihat kamu menahan kesakitan,
Jika kamu menjadi buta,
Ibu sanggup memberi mata ibu,
Jika kamu memerlukan buah pinggang,
ambil lah buah pinggang ibu,
Jika kamu sedang nazak,
Ibu sanggup memberi nyawa ibu andai boleh dilakukan,
Namun ibu bukannya Tuhan,
Begitulah tingginya kasih sayang seorang ibu.

Anakku,
seandainya telah sampai waktu ibu pergi menghadap Ilahi,
jaga lah dirimu sebaik ibu mu ini menjaga dirimu,
jagalah maruah mu untuk kesenangan ibu dan ayah disana,
dan jangan sekali-kali dilupakan,
Ibu terlalu menyanyangimu,
melebihi nyawa ibu.

Anakku,
walaupun jasad dimamah bumi,
namun doa seorang ibu untuk anaknya tidak pernah hilang,
malah akan sentiasa dihati ibu,
walau dimana ibu berada.

Anakku,
bila ibu sudah tiada,
ingatlah ibu didalam doamu,
semoga kamu menjadi isteri dan ibu yang baik,
suatu hari nanti,

Anakku..
Kau lah permata hatiku.

No comments: