MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Monday 7 January 2013

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SKPTLDM TAHUN 2013



Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin sekolah seperti pengawas, ketua kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat penting untuk dikuasai oleh semua ahli yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya mereka  dapat memacu diri mereka ke arah kecemerlangan sahsiah. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan prestasi dan kualiti kepimpinan mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.

OBJEKTIF
o   Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan kepada peserta.

o   Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi cabaran menjalankan tugas

o   Memberi kefahaman mendalam kepada perserta tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi.

o   Memberi pendedahan terhadap kaedah dan konsep pengurusan masa yang praktikal kepada peserta.

o   Melahirkan pemimpin  yang berkarisma dan berfikiran terbuka serta mempunyai jati diri yang kuat.



KUMPULAN SASARAN
KUMPULAN SASARAN
JUMLAH
1.      Pengawas Sekolah

56 Orang
2.      Pengawas Pusat Sumber

54 Orang
3.      Ahli Pebimbing Rakan Sebaya

15 Orang
JUMLAH PESERTA
125 Orang


PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: 22  Februari  2013
Hari : Jumaat - Sabtu
Masa: 3.00 pm (Jumaat)  – 3.00 pm (Sabtu)
Tempat: Kem Amir Chalet Kampung Baru, Setiawan

KAEDAH PERLAKSANAAN
Kursus kepimpinan yang dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif



JAWATANKUASA PELAKSANA
1.      Pengerusi : Ramlan bin Hussin                                                       Guru Besar
2.      Naib Pengerusi 1: Pn Khatijah Bt Ali                                               PK 1
3.      Naib Pengerusi 2: Pn Hjh Maziah Bt Abd. Rahman                           PK HEM
4.      Setiausaha 1: Ahmad Zuliadi Bin Mustafa                                       
5.      Penolong Setiausaha: Pn Norbi Bt Ayob                                         
6.      Ahli Jawatankuasa

Pendaftaran:-
Asfarrita Bt Jaafar
Salmiah Bt A.Rani


Disiplin  Dan Keselamatan:
Norsikin Bt Mohd Zain
Mohd Fadzil Bin Zainal Abidin
Mohd Adam Bin Ahmad Razali
Noraswani bt Norfaiz


Peralatan /  LCD / Siaraya
Ahmad Zuliadi Bin Mustafa

Sijil & Cenderahati
Salwa Bt Wadud
Azizah Bt Abd Rahim

Makanan dan Minuman
Norbi bt Ayob
Nureha Bt Mohamad

Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang akan diadakan ini. Mereka diharapkan lebih bermotivasi dan cenderung untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pemimpin pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek.

Sekian terima kasih,

AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA)
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

No comments: